Monday, December 24, 2012

Life Is A Gift - Projek Aida

Arwah Aida


Tanggal 22 Disember 2012 merupakan tarikh program tahlil dan bacaan yaasiin untuk arwah aida dan ahli KanWork yang lain yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2012 dan sebelumnya. Program ini telah beberapa kali di tunda tarikhnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, alhamdulillah program ini menjadi kenyataan dan lebih dari 50 ahli dan sukarelawan KanWork hadir.

Flashback, seperti kebiasaannya selepas menonton Reflection  (TV Al Hijrah) dan Tanyalah Ustaz (TV 9), saya bergegas ke pokok buah pulasan untuk di bawa ke majlis tersebut. Berbekalkan tangga aluminium dan cutter saya pun memotong buah pulasan tersebut sambil berdoa kepada Allah agar tidak jatuh.Maklumlah orang tua jika jatuh  buruk padahnya. Bukan suami tak mahu tolong tetapi saya lebih suka menguruskannya sendiri. Mudah-mudahan dapat lebih pahala. Selepas masukkan buah pulasan ke dalam kotak, saya mula untuk bersiap diri dan menunaikan solat dhuha. Tengok jam dah pukul 9.30 pagi, sedangkan mengikut program, pendaftarannya adalah pada masa itu.Selepas bersalaman dengan suami,  saya terus mencapai kuih-kuih dan buah pulasan  untuk dimasukkan ke dalam kereta sambil berdoa agar ada rakan yang  akan membantu membawa naik makanan ini ke pejabat KanWork/CaRe.

Start kereta dan  terus pecut kerana masa mencemburui saya. Tiba di trafic light saya potong queue dan terus drive tanpa ambil kisah tentang perasaan pemandu  lain yang telah lama menunggu. Tapi, Allah maha kuasa dan menentukan segalanya. Semasa melunjur laju,  saya terlepas pandang apabila tiba di riadak ke Hospital Serdang (untuk ke KanWork) dan terpaksalah saya pusing semula melalui Putrajaya dan keluar melalui gate/pintu nombor satu. Waktu itu saya teringat pada pesanan seorang ustaz dalam radio IKIM bahawa potong queue pun merupakan satu  berdosa. Astaghfirullah, saya lupa untuk laksanakan apa yang saya dengar dan pelajari. Dengan hati yang sedih saya terus memandu dan  akhirnya sampai juga di bangunan Fakulti Perubatan UPM. Memang betul lah bahwa kita merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Dalam kiraan saya akan sampai sebelum jam 10 pagi tetapi lain jadinya. Apabila keluar dari kereta, saya tersempak pula dengan Dr. Siti yang bermurah hati offer untuk tolong bawakan makanan ke pejabat KanWork di Tingkat 7.. Alhamdulillah, bila kami sampai, bacaan yaasiin baru hendak dimulakan. Tahlil dan bacaan yaasiin dipimpin oleh bapa arwah aida.

Selepas tahlil dan bacaan yaasiin, majlis diteruskan dengan pelancaran Program Life Is A Gift - Projek Aida oleh abang arwah iaitu Dr. Mazlan Bin Haji Kamaruddin. Beberapa orang telah di jemput untuk memberi maklumat tentang pengalaman mereka dengan arwah aida. Di antaranya adalah Professor Mazanah, Dr. Nor, ayahanda arwah Aida dan saya sendiri.

Sememangnya tepat sekali seperti yang diperkatakan oleh arwah aida tentang Life is a gift.  She is intelligent and far sighted enough to GIVE without hoping for the return except from Allah. She GIVE and GIVE till the end of her life and will be remembered by the people whom she touches their hearts. insyaallah and Alfatihah for arwah.

Setiap orang islam yang aktif dalam melakukan kerja-kerja nyata (amal soleh), Allah janjikan kualiti hidup yang lebih baik seperti dalam firmannya:
"Barang siapa yang melakukan amal soleh baik laki-laki maupun wanita dalam keadaan ia beriman, maka pasti akan kami hidupkan ia dengan al-hayat al-thoyibah (hidup yang berkualiti tinggi) - Surah 16 An Nahl ayat 97.

Aida melihat dan menukarkan sakit kansernya  kepada sesuatu yang positif dan menggunakan pengalaman sakit kansernya untuk menolong dan membantu orang lain. Bukan orang sihat sahaja boleh menghulur bantuan tetapi sesiapa sahaja termasuklah orang sakit. Cuma bantuan itu mungkin dalam bentuk yang berlainan.  Pengorbanan beliau mengingatkan saya pada "kata-kata hikmat yang diberikan oleh Iman Shuaib Webb tentang,
 "There is Ismail in all of us" . Maksud beliau bahawa setiap dari kita ada perasaan untuk berkorban dalam diri seperti Nabi Ismail a.s. Selanjutnya samada kita jadikan perasaan berkorban kepada amalan harian untuk membantu orang yang sangat memerlukannya.

Arwah Aida

Sesungguhnya pengorbananmu AIDA (Anda Istimewa Disisi Allah) akan mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa. Marilah pembaca blog ini  sama-sama memberi sokongan dalam pelbagai bentuk untuk menjayakan Projek Aida yang murni itu.

Sebagai kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri dan menjiwai  ayat 1-3 surah Al- Asr berbunyi:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh."






Tuesday, December 18, 2012

rumah terbuka/open house


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin


Open House Hari Raya Aidilfitri 2012

Semalam, sekembalinya anak saya dari  solat maghrib di surau tmn kami, beliau memaklumkan bahawa ada jemputan rumah terbuka di rumah tn. hj. saidin pada 26 ogos, jam 11.30 pagi. Inilah rumah pertama di taman kami mengadakan open house pada bulan syawal tahun ini. Betapa gembiranya saya dapat berita tersebut kerana dapatlah saya  beraya selepas menyempurnakan puasa enam bulan syawal dan berkenalan dengan tuan rumah tersebut..Selepas berbincang anak beranak, kami sepakat akan pergi ke open house tersebut pada masa yang ditentukan.

Apabila sampai di rumah tersebut, kami bertemu dengan tuan rumah dan terus di minta untuk menikmati hidangan yang disediakan. Semasa kami menjamu selera, saya sempat berkenalan dengan  dengan pn. Habsah(kenalan tuan rumah) yang kebetulan duduk semeja dengan kami. Sambil berbual, beliau sempat menceritakan tentang .suaminya juga seorang survivor kanser  usus tahap empat. Menurut pn. Habsah,  doktor yang merawat suaminya sudah give up tetapi pn. Habsah  dan suami tidak rela berputus asa, Beliau suami isteri terus berusaha berubat dan berdoa kepada Allah. Alhamdulillah, suami pn. Habsah sihat dan kini  telah  bekerja semula. Apa yang menarik tentang suami pn. Habsah ialah beliau tidak mahu bercakap tentang kanser lagi  dan seolah-olah  hendak melupakan pengalaman pahitnya.

Apa yang perlu difahami oleh sahabat/saudara mara yang mempunyai rakan/saudara mengidap sakit kanser ialah tentang penerimaan/impak sakit kanser bagi kanser survivors. Penerimaan berbeza kerana ada kanser survivor seperti suami pn. Habsah tidak mahu membincangkan lagi  tentang kanser dan hendak terus melupakan pahit getir serta liku-liku yang diharungi  untuk keluar dari kemelut kanser.

Sesetengah kanser survivors pula suka berkongsi pengalaman bagi memberi maklumat dan sokongan kepada pesakit kanser yang baru/lain. Melalui KanWork (Persatuan Kanser Selangor dan Wilayah Persekutuan) saya dapati ramai ahli-ahlinya menjadi volunteers untuk membantu melalui kumpulan sokongan dan program outreach. Ada di antara ahli KanWork bila dapat mikrofon tak berhenti-henti bercakap tentang pengalaman mereka untuk tujuan berkongsi. Ibarat pepatah melayu, Manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain." Semuanya bergantong pada individu kanser survivors itu sendiri. Kita perlu menghormati keputusan mereka kerana kita tidak berada ditempat mereka yang merana/menderita kesakitan  bertahun-tahun lamanya.

Melalui pengalaman saya dan juga sebilangan rakan kanser survivors, ada yang agak sensitif apabila ditanya tentang kesihatan mereka. Mereka agak terasa dan tersentap bila ditanya: Contoh:
"Apa kabar dan sihat ke? ( Berkata dalam hati, Macamlah kami tak sihat.Jika tak sihat tak kan datang jemputan kahwin ni).
Cuba ubah pertanyaan kepada "Apa kabar dan dah  lama tak jumpa?'
Pengalaman saya semasa tahun kedua survivor, memang sensitif bila rakan tanya saya sihat ke apabila bertembung dalam majlis-majlis tertentu. Mereka tidak salah bertanya , cuma saya yang sensitif dengan pertanyaan tersebut. Ia seolah-olah macam satu phobia kerana mengingatkan saya pada derita dan merananya sakit kanser yang saya harungi.
Nasihat saya, bila berjumpa atau ziarah pesakit kanser atau terserempak dengan kanser survivors, berfikirlah dulu sebelum bercakap supaya tidak memberi tekanan/stress kepada mereka. Keprihatinan anda akan meringankan sakit mereka dan tidak mengimbas kembali ingatan kepada pengalaman pahit yang mereka deritai dan  lalui..



Monday, December 17, 2012

Jiran Oh Jiran!


Itik oh Itik

Kebiasaannya saya akan berjogging pada hujung minggu ia itu pada pagi hari sabtu dan ahad. Selepas mengikuti program reflection oleh penceramah favourite saya imam shuaib webb dan Tanyalah Ustaz barulah saya keluar untuk memulakan jogging keliling taman selama lebih kurang setengah jam.

Sambil berjogging saya berzikir dan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Alhamdulillah betapa bersyukurnya saya kerana dapat melihat alam ini satu hari lagi.  Indahnya alam ini dengan pokok yang menghijau serta diwarnai dengan warna merah kerana pada masa ini adalah musim buah  rambutan dan buah pulasan. Keheningan pagi dimeriahkan lagi dengan kicauan burung-burung. seolah-olah berbual antara mereka.

Semasa berjogging di antara celah-celah rumah, saya terlihat seorang wanita sedang mengemas kawasan diluar rumahnya. Memang telah lama saya ingin berkenalan dengan tuan rumah ini dan syukurlah pada pagi ini saya dapat bersua muka dengannya. Saya menegur beliau dan mengucapkan salam serta bertanya kabar. Kelihatan beliau berpeluh-peluh kerana sibuk mencangkul dan terdapat seekor itik jantan sedang  menemani wanita ini.

Mukaddimah saya tertumpu pada cerita tentang itik tersebut kerana kebetulan beberapa bulan lalu terdapat dua ekor itik sesat memasukki kawasan ternakan itek dan ayam kami. Puas kami memikirkan dan bertanya jiran tentang asal usul itik ini tapi menemui jalan buntu.Entah kenapa hati saya mengatakan  insyaallah hari ini saya akan dapat jawapannya. Kami berkenalan dan bertukar-tukar nama. Rupa-rupanya nama wanita ini misteri ini adalah Cik Mah. Saya melemparkan pertanyaan sama ada cik mah  pernah kehilangan dua ekor itiknya. Beliau memaklumkan memang ada kehilangan 2 ekor itik beberapa bulan lalu dan memohon maaf sekiranya itik tersebut mengganggu ketenteraman penduduk taman ini. Seterusnya saya mohon maaf juga kerana itik-itik tersebut telah dimasak rendang dan di bahagi-bahagikan kepada kawan-kawan pada minggu lepas. Wanita ini tersenyum mendengar nasib itiknya dan menghalalkan keatas apa yang berlaku.

Selepas cerita tentang itik tersebut, saya beralih topik kepada jemputan bacaan yaasiin di taman dan mempelawa cik mah untuk turut serta. Beliau keberatan untuk bercerita tentang pengalamannya tetapi menolak pelawaan saya kerana takut disalah tafsir kedudukannya sebagai single (spinster). Pengalaman pahit beliau di masa lalu membuat cik mah memencilkan diri dari masyarakat taman ini. Beliau takut disalah tafsir nanti seolah-olah mahu menggoda atau cuba mengambil suami orang di taman ini. Cik mah ini bukan calang calang wanita tetapi adalah wanita yang educated kelulusan kimia dari salah sebuah universiti di Kanada. Pernah memegang jawatan tinggi di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia. Bukan sahaja berkelulusan tinggi, pernah berjawatan tinggi tetapi  ilmu agama juga tinggi.  Kasihan, sungguh kasihan nasib wanita ini. Sudahlah hidup single, bebanan ditambahkan lagi dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Hati rasa tidak sedap bila mengetahui jiran berkeadaan sedemikian.  Teringat saya pada hadis Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya."

Jiran bukan sahaja bermaksud sebelah rumah tetapi bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.(Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud)

Firman Allah Taala didalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:

"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkannya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yang bukan kerabat."

Pada pendudukan taman berkenaan, jika kita telah mencuit/menyakitkan  hati dan perasaan  cik mah itu, marilah kita menyambung semula  silaturrahim dengan cik mah. Ingatlah, bukan kehendak cik mah untuk hidup single tapi telah ditakdirkan Allah.

Seperti kata ustaz Azhar, semua  benda/perkara datang dari Allah, termasuklah jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Kita hanya merancang dan segalanya  Allah yang menentukan. . Surah Al Hadid, ayat 22,

      "Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk
         itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Bagi wanita yang berumahtangga dan berkeluarga, bersyukurlah.  Ingatlah bahawa setiap apa yang dikurniakan kepada kita, dan setiap apa yang terjadi pada kehidupan kita semuanya merupakan ujian yang datangnya dari Allah Yang Maha Esa.  Allah jadikan kehidupan kita sedemikian rupa sebagai suatu bentuk ujian bagi melihat sejauh mana keimanan dan kesyukuran kita terhadap nikmatnya.

Bagi wanita  single, bersyukurlah juga. Sekiranya single itu dianggap sebagai musibah, seorang ustaz di TV9 (17/12/12) menasihatkan supaya:
 1.Bersabar
2. Ingat Allah dan berdoalah kepadanya
3. Tengoklah pada orang lain yang lebih teruk lagi daripada kita
4. Cari ilmu untuk takwilkan musibah tersebut untuk dijadikan pahala supaya akan beroleh ganjaran
     di akhirat kelak.
5. Berzikir kepada Allah untuk mendapat ketenangan.

Di akhir perbualan kami, cik mah suarakan hasrat beliau untuk mengadakan kelas tuition secara percuma bagi subjek kimia dan matematik untuk anak-anak orang susah/miskin di rumahnya. Beliau minta saya carikan beberapa orang murid untuknya. Saya lontarkan pertanyaan kepada cik mah, "kenapa tuition di rumahnya tidak di rumah anak-anak yatim sebagai contoh?. Menurut beliau adalah untuk mengelak dari fitnah sekiranya pihak berkenaan tahu tentang statusnya. Untuk cik mah yang budiman, tabahlah menghadapi dugaan kerana orang beriman jika kena musibah adalah  peringatan sebagai tanda Allah sayangkannya.

Nasihat saya pada diri sendiri dan masyarakat, janganlah pandang rendah dan serong pada wanita single. Mereka juga makhluk allah yang mempunyai hati dan perasaan  Jika  satu hari nanti terjadi pada anak atau keluarga sendiri berstatus single bagaimana agaknya penerimaan kita? Fikir-fikirkanlah!

Monday, November 12, 2012

Sukarelawan KanWork


 Antara Sukarelawan yang menyumbang bakti

 Breast Check up

Sempena bengkel sukarelawan KanWork yang akan diadakan di Janda Baik pada 16 hingga 18 November ini, saya hadiahkan kepada mereka sebuah sajak bertajuk Sukarelawan KanWork khas untuk ahli-ahli KanWork yang sentiasa bersemangat untuk menghulur bantuan kepada yang memerlukan demi untuk sebuah kehidupan.

Sukarelawan KanWork:

Kau adalah intan terpilih
Kau bersemangat waja, berhati mulia
Kau seorang perwira
Kerana kau mengharumkan nama
Tugasmu sungguh  murni dan disanjungi
Kau sungguh istimewa buat KanWork

Sukarelawan KanWork:

Kau korbankan masamu
Kau korbankan wang ringgitmu
Kau korbankan tenaga dan keringatmu
Demi untuk membantu:
Insan yang menderitai kanser
Insan yang memerlukan khidmat nasihatmu

Sukarelawan KanWork:

Kau tidak kedekut ilmu
Kau tidak lokek pengalaman
Kau kongsi ilmu dan pengalaman pada mereka yang memerlukan
Kau sungguh hebat kerana bukan semua insan sepertimu
Sanggup berkorban demi sebuah kehidupan

Sukarelawan KanWork:

Kau pergi ke rumah, ke hospital, ke kampung dan desa
Hanya untuk menghulurkan tanganmu
Hanya untuk pinjamkan hati dan telingamu
Khas untuk mendekati mereka
Khas untuk membakar semangat mereka
Agar mereka terus berjuang demi kehidupan
Agar mereka terus berlawan demi kesihatan

Sukarelawan KanWork

Sentuhanmu pengubat hati
Bicaramu penenangkan jiwa
Senyumanmu penawar luka
Kehadiranmu memberi cahaya
Teruskan tugasmu, teruskan perjuanganmu
Demi untuk yang berdukacita, yang menderita
Semoga mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa
Amin Ya Rabbal Alamin.

Hasil Nukilan; Hjh. Rokiah untuk semua sukarelawan KanWork










Wednesday, October 31, 2012

Sajak - Aida Dalam Kenangan

Hati saya terpanggil untuk menulis sebuah sajak khas untuk wanita istimewa ini setelah mendapat jemputan dari KanWork untuk menghadiri Majlis Tahlil arwah Aida yang asalnya pada 3 November tetapi kemudiannya ditunda ke 10 November 2012.
                               

  
AIDA DALAM KENANGAN (Duduk depan bertudung hijau)

Aida
Kau sangat istimewa kerana ketabahan dan ketaqwaan mu,
Kau sentiasa pasrah,
Sebelas tahun, ya, sebelas tahun kau berjuang mengharungi dunia kanser,
Kau lalui liku-liku kehidupan dengan gagah, sabar dan tenang,
Kau tidak pernah mengeluh walaupun berat tanggungan mu,

Aida
Anda Istimewa Dan Amat Disanjungi kerana:
Kau seorang perwira KanWork,
Bekerja tanpa mengenal penat lelah,
Membantu tanpa mengharapkan balasan,
Tanganmu sentiasa terbuka untuk memberi dari menerima,
Kau ibarat sebatang lilin yang menerangi dunia kami,

Aida
Keayuan mu dan kelembutan suara mu pengubat dukalara,
Senyuman mu penawar mimpi ngeri,
Kata-kata mu sebagai penenang jiwa,
Keikhlasan mu sebagai penambat hati,
Kau wanita hebat yang sukar dicari ganti,
Kau hanya SATU bukan seribu,

Aida
Kini perjalanan mu telah sampai ke destinasi,
Perjuangan mu telah tiba ke garis penamat,
Penderitaan mu telah dinoktahkan,
Kau telah berjaya mengharungi dugaan dari Yang Maha Esa,

Aida
Pemergian mu di tangisi dan dirindui,
Kami kehilangan seorang sahabat sejati,
Tapi,
Kami redha atas kehendak Illahi,
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mu AIDA yang dikasihi.
AMEEN

Nukilan:
Rakan Seperjuangan mu Kak Rokiah












3K - Kembara Kesedaran Kanser Bermula Di sini

Petugas Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah (KanWork) memaklum dan melamar saya  melalui email dan sms untuk turut serta dalam program 3K iaitu Kembara Kesedaran Kanser yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Oktober2012 di Tanjung Karang, Selangor. Pada mulanya saya keberatan untuk turut serta kerana ada urusan peribadi yang perlu ditangani.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui kerana dengan izinnyalah juga urusan peribadi saya dipermudahkan sehingga saya dapat mengikuti program ini. Saya menghubungi KanWork menyatakan setuju untuk menyertai program ini dan mohon dimaklumkan tentang tugas saya di Tanjung Karang (TK). Tanpa berlengah, saya menghubungi Pn. Umie untuk tumpang kenderaan ke TK.

Pada pagi 13 Okt. kami berlima menaiki kenderaan yang dipandu oleh Lucy ke TK. Kami sesat dan dalam hujan lebat akhirnya kami sampai ke dewan berkenaan. Hidangan minum pagi telah disediakan dan kami dijemput untuk menikmatinya. Selepas menjamu selera, kami mula set up bahan-bahan pameran untuk tontonan dan tatapan para pengunjung.

Tepat jam 10 pagi pameran dibuka untuk orang ramai dan dalam keadaan hujan lebat masih ramai orang kampung berbilang bangsa yang datang ke pameran kami. Berbagai soalan berkenaan kanser dilontarkan kepada kami dan boleh dikatakan beberap orang daripada pengunjung adalah bekas pesakit kanser atau mempunyai saudara mara yang mengidap sakit kanser.

Sesungguhnya pameran ini adalah sangat bermakna bagi kami kerana kami dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan pengunjung pameran di Tanjung Karang. Semoga pameran ini dapat diteruskan oleh CaRe dan KanWork demi untuk kesedaran dan pencegahan kanser dikalangan rakyat jelata.

Tuesday, October 30, 2012

Rumah Banglo, Rumah Teres

Alhamdulillah, kami ditakdirkan untuk berhijrah dari Johor Bahru ke Putrajaya pada tahun Mei 2004. Semasa tinggal di rumah kediaman yang disediakan oleh kerajaan di presinct 11, suami saya sibuk mencari tanah untuk kami buat rumah dan dapatlah di Taman Desa Sentosa (TDS), Bangi. Semasa kerja-kerja mendirikan rumah hendak dimulakan, kami membuat sedikit majlis doa selamat di tapak tersebut dan menjemput ustaz serta jemaah surau TDS.
 Pada tahun 2006, apabila rumah kami siap, kami pun berpindah ke Taman tersebut. Maklumlah orang baru ke tempat baru. Kami  membuat kunjung hormat ke rumah Ketua Taman, Tok Penghulu dan penduduk pioneer di situ untuk menjalin perhubungan kejiranan dan silaturrahim.

 Kumpulan Yassin


Wanita Anggun

Pilihan kami untuk bermastautin di sini adalah tepat kerana kami merasa selesa dengan masyarat di Taman ini. Pergaulan di antara penduduk rumah teres dan banglo sangat akrab dan mesra tanpa mengira status dan  berjalan dengan baik. Semasa saya dalam rawatan kimoterapi, ramai kawan-kawan TDS datang menziarah saya. Begitu juga bila kita dengar kawan-kawan dari rumah teres sakit, kita akan ziarah dan beri sokongan moral. Kerjasama yang diberikan oleh penduduk di sini bukan setakat ziarah semasa sakit tapi kunjung mengunjung semasa open house raya, menyediakan makanan berbuka puasa untuk jemaah surau TDS, menyempurnakan jemputan bacaan yaasiin oleh satu kumpulan yaasiin wanita TDS, mengurus (mandi, kafan, solat) jenayah wanita TDS atau ibu bapa mereka yang tinggal bersama di TDS, bergotong royong untuk majlis Qurban setiap Raya Haji (lelaki urus binatang Qurban dan wanita memasak di surau TDS), solat hajat untuk anak TDS yang hendak menjalani peperiksaan, solat hajat untuk penduduk  TDS yang sakit atau akan menjalani pembedahan, kelas feqah dan banyak lagi aktiviti yang kami buat bersama-sama tanpa mengira status. Seronok memang seronok kerana kita mengamalkan cara hidup islam.

Ibadah Korban - Si Kecil turut membantu

Gotong royong melapah lembu


 Kaum wanita gotong royong untuk memasak daging korban

Chef Ziela dan gang sibuk memasak sop daging korban


Terkenang saya semasa saya duduk di rumah teres Bandar Baru UDA, Tampoi, Johor Bahru. Depan rumah saya adalah rumah-rumah banglo yang penduduknya terdiri dari orang Malaysia dan orang Singapura. Rumah banglo disana mempunyai kumpulan yaasiin wanitanya sendiri dan tidak bercampur dengan kumpulan yaasiin rumah teres. Begitulah keadaan masyarakat di sana.

Jika difikirkan, harta benda yang kita ada di dunia ini tidak bawa ke kubur pun. Yang kita bawa nanti adalah  sedekah jariah atau ilmu memberi kepada faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya. Renung-renungkanlah ya!.

Sunday, October 7, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah


 Senaman Qigong

Tiba-tiba saya dapat sms dan email dari petugas KanWork meminta saya turut serta dalam senaman qigong di Taman Tasek Cempaka, Bangi. Sudah lama saya tidak turut serta dalam senaman tersebut kerana urusan rumahtangga dan memenuhi jemputan bacaan yaasiin, tahlil dan macam-macam lagi aktiviti.Saya maklumkan yang tidak dapat hadir tapi pihak KanWork minta saya hadir sebab ada penggambaran oleh RTM1 dan director program ini minta saya hadir untuk di wawancara selepas senaman nanti. Saya berasa pelik dari mana beliau tahu tentang saya yang kerdil ini. Saya dimaklumkan oleh pihak KanWork bahawa director tu kenal saya melalui blog rokiahsurvivor ini.Alhamdulillah ada juga yang baca blog saya dan nampak faedah sharing pengalaman  dalam blog itu.


Rakan-rakan bersama senaman Qigong

Persediaan sebelum rakaman

Pada hari yang dijanjikan iaitu 6 Oktober tepat jam 8.00 pagi saya telah terpacak di lokasi tapak senaman qigong. Sifu qigong dan rakan ahli persatuan KanWork telah berkumpul menunggu kehadiran krew RTM1.
Apabila crew RTM sampai, kami pun berkumpul untuk senaman qigong dan penggambaran dimulakan. Selepas tamat penggambaran, crew RTM mula untuk mewawancara kanser survivors bagi mendapatkan maklumat tentang kehidupan mereka selepas sakit kanser. Oleh kerana kesuntukan masa, crew RTM mohon supaya penggambaran diteruskan di rumah saya pada keesokkan harinya pada jam 8.30 pagi. Saya bersetuju dan menjemput kawan-kawan kanser survivors yang terlibat dan tidak terlibat dengan penggambaran ke rumah saya pada 7 Okt. 2012 untuk support program RTM ini.
Se awal jam 8.00 pagi kawan-kawan kanser survivors telah datang ke rumah saya dan pada jam 9.30 pagi mucullah crew RTM1. Buat pertama kali diadakan penggambaran di rumah saya dan sudah tentu kami sekeluarga excited. Crew RTM mula set up camera dan lain-lain peralatan dan selepas itu bermulalah penggambaran mengenai kisah hidup saya selepas kanser.
Sebenarnya, THERE IS LIFE AFTER CANCER. TO ME LIFE IS MORE COLOURFUL AND MEANINGFUL AFTER CANCER. IT ALL DEPEND ON INDIVIDUAL TO COLOUR AND BRING MEANING TO THEIR LIVES. Hidup perlu diteruskan. Ajal maut semua adalah ketentuan ALLAH.  Mengalami sakit kanser memberi kita seribu macam pengajaran. Suka, duka, sakit, stress dan bermacam-macam lagi.  Berdasarkan pengalaman tersebut,  kita perlulah menghargai apa jua yang dianugerahkan oleh Allah dan bersyukur atas nikmat/dugaan tersebut.
Memandangkan kita diberi peluang kedua selepas kanser, sewajarnya kita berseyukur kerana masih diberi peluang dan  seharusnya pada pandangan saya kita gunakan masa terhad yang diberi dengan sebaik-baiknya.
Bagi rakan kanser survivors yang masih berkerjaya dalam perkhidmatan awam, swasta atau persendirian/berniaga, tugas dan tanggungjawab perlu diteruskan demi mengisi masa yang ada, berkongsi pengalaman, mencari rezeki dan sebagainya. Yang penting apa juga yang dilakukan hendaklah kita ada passion terhadapnya. Sebagai contoh, seorang rakan survivors saya Pn. Umie membuka salon dan mengajar aerobik sebelum kanser dan masih diteruskan selepas kanser kerana ia bukan sahaja sebagai punca rezeki tetapi adalah untuk mengisi masa lapang dan minat serta passion dalam bidang tersebut.
 Saya pula memang berminat dalam tanam menanam pokok. Minat ini saya teruskan selepas kanser bagi menghiburkan saya dan hasil tanaman dihadiah/disedekahkan pada kawan-kawan. Di samping itu, saya juga meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama, kumpulan yaasiin, buat jualan amal untuk mengisi tabung KanWork  dan sebagai volunteers untuk membantu pesakit kanser lain (house visit/phone call). Kegemaran saya juga turut berubah selepas kanser, dari suka  menonton filem/drama  kepada mendengar dan menonton ceramah-ceramah agama.  Bukan sahaja untuk mendalami/ulangkaji tentang  agama islam, tetapi juga  saya cuba mengelak dari stress semasa menonton filem/drama seram dan ganas.   Sebagai ingatan pada saya dan pembaca blog ini, stress  is not good for health and  survivors. Saya belum jumpa kajian mengaitkan stress dengan kanser tetapi dari temubual saya dengan beberapa orang pesakit kanser yang berulang(recurrence cancer after 5,9,11 and 12 years survivors), mereka memang mengalami stress kerana bebanan kerja, suami meninggal dunia, masaalah keluarga dan sebagainya.


Imam Shuaib Webb

Walaubagaimanapun,  jika sebelum ini kita sibuk dengan duniawi, pada saya, dewasa ini  kita sepatutnya lebih  mendekatkan diri  pada Allah yang Maha Kuasa. Tidak salah jika kita terus berkerjaya atau ada aktiviti-aktiviti harian yang lain tetapi biarlah kerjaya dan aktiviti itu kearah menanam saham akhirat. Seperti kata Imam Shuaib Webb (TV Al Hijrah), gunakan Al Quran sebagai GPS kita supaya kita tidak sesat dalam hidup ini. Kita perlu bersedia sebelum Allah menjemput kita menemuinya. Sujudlah Pada Yang Esa Dan Taburlah Budi dan Bakti sebelum kita disemadikan buat selamanya. Hidup hanya sekali tetapi peluang dan peringatan TIDAK mungkin DUA kali.
Fikir-fikirkanlah!

Thursday, October 4, 2012

Hargai Kesihatan Anda Sebelum Terlambat

Entah kenapa, tiba-tiba saya rasa gelisah dan hati tidak tenteram bila teringat pn. ros. Tengahari ini iaitu 4 oktober, saya pergi menziarah rakan kanser survivor pn . ros yang tinggal di putrajaya. Saya bawa bersama air buah roselle yang saya buat malam tadi dan juga kerepek ubi. Sebelum itu, saya sudah talipon ros memaklumkan akan ziarah ini dan mohon jangan dijamukan apa-apa untuk kami. Kebetulan saya berpuasa pada hari ini dan rakan saya pula dalam keadaan tidak selera makan kerana mengandung. Kali terakhir saya ziarah beliau adalah pada tahun 2011 bersama pn. wan hanisah. Oleh kerana kami adalah volunteers, pihak hospital putrajaya minta kami buat home visit ke rumah Ros. Semasa lawatan kami pada tahun 2011, beliau masih dalam cuti sakit barah payudara untuk menjalani rawatan di hospital Putrajaya. Ros adalah seorang guru muda yang mempunyai seorang anak perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan dua.
Hari ini saya agak terkejut apabila melihat ros kerana mukanya bengkak, kedua-dua kakinya bengkak, tangan kirinya juga bengkak dan di bandage. Rupa-rupanya kanser ros telah merebak ke  kulit. Tiga suku anggota ros kecuali muka dan tangan kanan yang masih belum di mamah oleh sel kanser. Ya Allah sungguh kasihan melihat penderitaan ros. Semasa kami berbual, beliau beberapa kali mengerang kesakitan kerana luka-luka di badannya. Saya mohon untuk melihat dan sungguh kasihan kerana badan ros, kedua-dua belah kakinya, tangan kirinya telah di bandage dan kelihatan kesan darah di bandage tersebut. Saya dimaklumkan oleh ros yang beliau mendapat khidmat hospital swasta untuk menukar bandagenya setiap hari dan juga merawat kedua belah kaki dan tangan kirinya yang bengkak. Nurse mengambil masa lebih dua jam untuk menukar bandage ros pada setiap hari dengan bayaran
RM 100.00 tidak termasuk merawat anggota yang bengkak. Saya tidak dapat bayangkan apabila nurse buka bandange ros. Pasti sakit kerana kuping-kuping kulit akan ikut sekali melekat pada bandage tersebut. Ya Allah, kau berilah kekuatan pada hambamu ini dan ringankanlah sakitnya.
Menurut ros, beliau juga menghadapi kesukaran untuk makan kerana tekaknya kering dan susah untuk telan. Doktor sekarang sudah tidak beri apa-apa ubat  untuk ros dan sekarang ros hanya buat dressing setiap hari.
 Atas sebab kesihatan ros, beliau telah di medical boardkan oleh jabatannya. Begitulah lumrah hidup yang ibarat pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.
Apa yang mampu saya katakan pada ros adalah perkataan tabah, sabar dan berdoalah kepada Allah yang maha mengetahui atas segalanya. Sebelum saya balik, saya doakan semoga Allah ringankan sakit ros dan di beri kesihatan yang baik. Mendengar doa saya, ros menangis dan saya biarkan beliau menangis supaya ros dapat release tension yang dialaminya selama ini. Ros memang tabah kerana dalam masa kami berbual, beliau tidak sedikitpun  mengeluh atau complaint tentang sakitnya,  kecuali mengerang menahan kesakitan.
Kepada pembaca blog ini, jagalah kesihatan anda dan berdoalah kepada Allah semoga sihat dan dalam rahmatnya. Marilah kita berdoa, semoga Allah meringankan sakit pn. Ros dan beri kekuatan, dipertingkatkan iman kepada beliau bagi menghadapi dugaan ini serta pulihkan sakit pn.ros. Ameen.

Thursday, September 20, 2012

Gugurnya seorang sukarelawati KanWork yang dedikasi


sijil penghargaan  

Semoga roh arwah ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman


Malam tadi, saya menerima sms bertalu-talu dari rakan-rakan KanWork (persatuan kanser negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) memaklumkan Pn. Nor Aida salah seorang kanser survivor sedang sakit tenat di HUKM. Saya baru sahaja berjumpa beliau di Majlis sambutan hari raya pada 8 September 2012 anjuran CaRe dan KanWork di Fakulti Perubatan UPM.
Dalam perjumpaan tersebut aida yang  menggunakan kerusi roda dan sudah tidak boleh bercakap dengan cara menulis pada kertas bersungguh-sungguh minta kami adakan Charity Sale pada masa itu juga. Beliau menunjukkan barangan yang di bawa bersama seperti kek carrot buatan beliau sendiri, sejadah, pakaian, breast prosthesis (payudara palsu untuk pesakit kanser), klip rambut dan lain-lain lagi. Pada masa itu, hati saya sudah tidak sedap dan rasa macam sesuatu akan berlaku tapi saya pendamkan perasaan tersebut.

Saya tidak pasti apa berlaku selepas itu  sebab saya bergegas balik sebelum majlis tamat kerana ada tugas lain yang menanti.(menjadi penyambut tetamu di majlis kahwin pertama anak sahabat saya). Walaupun begitu saya tetap tidak lupa untuk memanjatkan doa untuk aida yang saya kenali sebagai seorang wanita yang kuat, dedikasi, gigih, rajin, tidak mementingkan diri, selalu available untuk membantu pesakit kanser lain walaupun beliau sendiri tidak sihat. Beliau merupakan tulang belakang dan orang kuat KanWork sehinggalah sakit kansernya berulang untuk kali ketiga dalam tempoh 11 tahun. Walaupun dalam keadaan sakit dan menggunakan kerusi roda, aida tetap hadir dalam majlis-majlis yang diadakan oleh CaRe dan KanWork.  Terima kasih kepada suami aida yang sentiasa tenang, sabar, senyum selalu,  very understanding, supportive dan sentiasa mendampingi isterinya.

Jauh juga aida berulang alik dari rumah ibunya di Taman Dato Keramat  ke pejanat KanWork di UPM, Serdang. Bayangkan bagaimana beliau hendak mengurus keluarga dan juga Persatuan sukarela ini. Tapi dibibirnya tetap terukir senyuman walaupun banyak kerja persatuan menanti seperti buat panggilan mesyuarat, buat minit mesyuarat, organise majlis ceramah-ceramah dan lain-lain lagi.

Teringat saya bagaimana pada mulanya saya berkenalan dengan aida. Semasa saya dalam rawatan di HUKM, saya dikehendaki menjalani rawatan Herceptin dan saya memerlukan maklumat lanjut tentang rawatan tersebut. Saya menghubungi Pn. Umie (rakan kanser survivor) dan beliau memberi saya nombor talipon aida untuk mendapat penerangan mengenai rawatan tersebut. Kami berhubungan tapi belum pernah berjumpa. Satu hari semasa saya menjalani rawatan Herceptin di HUKM, saya terserempak dengan seorang wanita yang tinggi lampai and charming. Saya melontarkan pertanyaan kepada beliau,  yang macam kita pernah berkenalan. Kami berdua gelak besar bila ketahui bahawa kami lah orangnya yang sering berhubung melalui talipon.

Pagi hari ini (20 September), saya menerima sms mengatakan yang aida telah kembali ke rahmatullah. Saya hubungi Pn Umie untuk booking pergi bersama melawat allahyarhamah di rumah ibunya. Dengan di pandu oleh cik gu Norehan, kami sampai pada jam 9.30 pagi. Ramai orang di perkarangan dan dalam rumah tersebut yang sedang membaca yaasiin diketuai oleh bapa arwah aida sendiri. Kelihatan suami dan anak -anak (3 orang) arwah yang sama-sama dalam majlis bacaan yaasiin tersebut. Hati saya sungguh sayu apabila melihat anak lelaki bongsu arwah yang baru berumur 11 tahun itu. Sebelum meninggalkan rumah tersebut, saya sempat mengucapkan takziah kepada ibu dan suami arwah. Semoga Allah beri ketabahan dan merahmati mereka di atas pemergian anak/isteri yang dikasihi.
Walaupun aidi telah tiada tapi jasa-jasa beliau tetap di kenang. Semoga investment aidi di dunia ini akan diberi ganjaran oleh Allah jua. Kepada pembaca blog ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Nor aida bte Kamaruddin dan ditempatkan roh beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen

Tuesday, September 4, 2012

Reunion Form 6 (1972/3) High School Muar


classmates ku...

Pn Rozana

Saya telah dihubungi melalui sms oleh salah seorang classmates yang telah lama tidak dengar kabar berita iaitu Pn. Rozana mengenai jemputan ke majlis reunion form 6 (1972/3), High School Muar  dan persaraan beliau yang akan diadakan pada 28 Ogos 2012 jam 8.30 malam di Hotel Pelangi, Muar. Oleh kerana excited hendak jumpa kawan-kawan lama saya pun terus menalipon Rozana untuk mendapat maklumat lanjut mengenai majlis reunion/persaraan tersebut. Selepas menanya kabar, saya bertanya pula tentang siapa classmates yang akan hadir. Beliau pun menyebut seorang demi seorang dan saya maklumkan akan confirm kehadiran setelah mendapat izin dari suami.

Setelah mendapat izin untuk menghadiri majlis tersebut, saya pun menghubungi Rozana semula. . Mulalah saya memikirkan untuk pakai baju apa dan disesuaikan dengan tudung serta kasut apa. Bukan untuk menunjuk-nunjuk (tak ada apa pun yang nak ditunjukkan) tapi biarlah presentable pada umur 58 tahun ni.  Maklumlah, 40 tahun tidak jumpa classmates. Oleh kerana saya masih bekerja, saya pun mohon cuti pada 28 dan 29 Ogos.  Selepas solat zohor  pada  28 Ogos saya memandu terus ke Muar untuk tumpang bermalam di rumah kakak saya,  kak kepol. Apabila azan maghrib berkumandang, saya terus solat dan bersiap untuk ke hotel Pelangi. Sedang bersiap, kak kepol menjenguk saya dan mohon bantu menyolekkan saya. Terharu saya dibuatnya kerana kak kepol juga hendak saya kelihatan presentable.

Memandangkan sudah lama tidak memandu di bandar Muar, saya sesat dan membuat 2 pusingan untuk sampai ke hotel tersebut. Alhamdulillah masih belum terlewat. Apabila saya melangkah masuk ke dalam dewan,  kelihatan classmates sedang sibuk berbual dan bergelak tawa. Sebaik sahaja mereka terpandang saya,  classmates terus ke arah saya bagi menanyakan samada saya masih ingat siapa mereka. Pertanyaan cepu mas sebab ada yang saya sudah lupa nama dan ada tidak kenal kerana di mamah usia. . Maklumlah 40 tahun berlalu, satu perjalanan masa yang lama dan jauh.. Ada yang sudah kekurangan rambut, ada yang rambut sudah bertukar warna dari hitam ke putih, ada yang sudah ada garis-garis  kedewasaan di muka dan ada yang kelihatan kurang cergas akibat  seperti dulu akibat pembedahan lutut dan ada yang mungkin akibat dari mengalami sakit veteran. Malu saya sebab saya tidak dapat hendak sebut nama classmates seorang demi seorang. Tiba-tiba muncul Rozana, host majlis ini,  yang masih kelihatan demure, berbaju kurung dan bertudung, tidak gemuk/masih trim, masih berkaca mata tapi bingkainya  mengikut trend sekarang. Kami bersalaman dan Ruzana mengucapkan terima kasih atas kehadiran saya memenuhi jemputannya.

 Tidak semua classmates dapat hadir kerana ada yang ada urusan keluarga dan ada yang tidak sihat.  Malam reunion ini lebih meriah dan berseri lagi dengan kehadiran Dato' Johan Jaafar ( salah seorang classmates kami) dari Kuala Lumpur, yang sanggup meluangkan masa  untuk bersama-sama kami. Saya difahamkan yang pada keesokkan hari Dato' akan ke Singapura atas urusan kerjanya di sana. Malam masih muda dan sambil menjamu selera,  masing-masing terus merisek kabar dan mulalah bercerita tentang peristiwa-peristiwa lucu semasa di tingkatan 6 dulu. Dewan bergema dengan gelak tawa kami.

Selepas makan, majlis memberi peluang pada classmates yang ingin berkongsi cerita atau memberi ucapan. Setelah beberapa orang classmates berucap,  saya mengambil kesempatan ini untuk mendeklamasi sebuah sajak bertajuk:

HIGH SCHOOL MUAR

Satu nostalgia,
Kau tersergam indah,
Masih tegap, kukuh dan
menabur bakti,

Disini kita berjumpa,
Disini kita gelak ketawa,
Dan bergurau senda,
Disini kita menimba ilmu,
Disini kita menempa nama,

Tahun 1972-1973 kita bersama,
Sungguh indah persahabatan
 antara kita,
Selepas 40 tahun kita berjumpa
dan bersua semula,
Kini kita masih ceria dan asyik bercerita,
Tentang kisah-kisah lama,
Tapi, kita tidak lagi muda,

Semoga,
 Pertemuan ini mengeratkan
Silaturrahim antara kita,
Pertemuan ini diberkati  Yang Maha Esa,
Perpisahan selepas ini juga,
Di rahmati  Yang Maha Esa,
Ameen, Ameen, Yarabbal Alameen

Majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan  Ruzana  memotong kek Hari Lahirnya ( jatuh pada 29 Ogos)  diikuti dengan nyanyian selamat hari jadi dari kami. Beliau juga diberi peluang untuk  membuat ucapan amanat kepada guru-guru sekolahnya yang turut hadir sempena Majlis Persaraannya sebagai Guru Besar Sekolah Simpang Empat, Muar dan  Ruzana turut mengucapkan terima kasih kepada classmates yang  dapat memenuhi undangan beliau untuk Majlis Reunion High School Muar. ini.

Selamat bersara Rozana dan didoakan semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati you serta bahagia disamping keluarga. Thanks for making this reunion a reality and success.

Tuesday, August 7, 2012

Rahsia Aura Diri Insan Berjaya

Pada 6 ogos 2012 saya berpeluang untuk mendengar ceramah motivasi  bertajuk Rahsia Aura Diri Insan Berjaya anjuran jabatan. Penceramahnya orang muda dan dapat menarik perhatian pendengar dengan cara persembahannya yang lively dan interaktif.

Penceramah menekankan tentang peranan penting:
  1.  Senyum sebagai satu sedekah terutamanya di bulan ramadan.
  2. Terapi salam yang dapat mewujudkan kasih sayang, menyegarkan silaturrahim dan menyuburkan
       keinsanan. Beliau berkongsi sebuah hadis seperti berikut:
      "Tidaklah dua orang muslim saling bertemu kemudian berjabat tangan kecuali akan diampuni
       (dosa-dosa) mereka berdua sebelum mereka berpisah"
 3.  Ucapan terima kasih dan memetik sebuah hadis berbunyi:
     "Sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia, maka ia tidak berterima kasih (bersyukur)
      kepada ALLAH"
4.  Segarkan rasa bertuhan yang merupakan teras integriti tinggi. Biasakan diri dengan sebutan
      SYUKUR  dan ALHAMDULILLAH.

Apa yang menarik tentang ceramah ini adalah Jadual Senarai Semak Ibadah Ramadhan Al-Mubarak yang saya ingin kongsikan seperti di bawah. Cuba kita semak apa yang telah kita lakukan bagi mempertingkatkan amalan di bulan ramadan ini. Saya doakan semoga saya dan pembaca blog ini akan dapat berada lagi di ramadan tahun depan. insyaallah!

  Jadual Senarai Semak Ibadah di Bulan Ramadan

 Tajuk -Terapi Salam

 Cara Salam 1

 Cara Salam 2 - badan mengadap dan mata berpandangan

 Cara Salam 3

Cara Salam 4

Saturday, August 4, 2012

Kita insan terpilih di bulan ramadan

Gambar kenangan bersama Prof. Madya Dr. Hayaati

 
Gambar bersama ahli persatuan KanWork
Saya sememangnya sangat meminati personaliti terkenal ini dan alhamdulillah hari ini 4 ogos saya dapat berjumpa dan mendengar ceramah dari Prof.Madya Dr. Sharifah Hayaati di CaRe/KanWork, Universiti Putra Malaysia,Serdang,Selangor.

Tajuk ceramah sangat menarik dan amat berkait rapat dengan kanser survivors/warriors iaitu: KITA INSAN TERPILIH. Prof memulakan ceramahnya dengan menekankan bahawa kita adalah insan terpilih kerana dapat berada dalam bulan ramadan yang merupakan bulan yang terpilih dan teristimewa dari bulan-bulan lain. Mengikut hadis Rasulullah," Bagi kamu itu adalah puasa atau ramadan, bulan paling baik" (sebab bulan ramadan tidak setanding dengan bulan-bulan lain). Apabila kita tahu kebaikan ramadan, barulah kita rasa seronok sebab akan tertanam dalam diri kita bahawa aku adalah insan terpilih untuk berada dalam bulan ramadan. Barakah dan rahmat yang diberikan Allah adalah berganda-ganda dalam bulan ramadan. Rebutlah peluang keemasan ini dan gunakanlah sepenuhnya bulan ramadan ini dengan pelbagai aktiviti seperti, berpuasa, membaca Quran, berzikir, solat terawih, solat sunat,qiamullail,  bersedekah, tolong orang dan sebagainya. Allah naikkan darjat orang berpuasa di bulan ramadan walaupun orang berpuasa itu tidor. Turun naik nafas pun merupakan tasbih bagi orang berpuasa. Ingatlah bahawa  ramadan tahun depan kita belum tahu lagi akan dapat berada dalam bulan tersebut.

 Kita insan terpilih bukan sahaja kerana dapat berada didalam bulan ramadan tetapi juga dapat duduk didalam majlis ilmu ini yang merupakan majlis yang paling baik daripada yang baik kerana dengan ada ilmu, kita akan jadi insan yang lebih baik. Carilah ilmu sebab ilmu menjadikan kita berfikiran positif.

Kita adalah insan terpilih kerana Allah uji dan Allah sayang pada kita. Orang paling teruk diuji adalah para ambiak dan nabi sebab Allah sayang pada mereka. Bacalah doa nabi Ayub. Rujuk surah Al Anbiya (Ayat 83-85).  Bila kita berdoa, kita ingat Allah dan Allah ingat kita. Gunakan gelombang minda (bertembung ingatan) dengan Allah. Jika kita ingat Allah, Allah akan berganda-ganda ingat kita.

Indahnya ujian, ia mengingatkan dan mendekatkan kita kepada Allah. Orang yang diuji perlu banyak bersabar, tahan, redha kerana sabar itu sangat indah dan sangat tinggi makamnya. Sabar adalah qalam Allah. Apabila seseorang itu melalui ujian dengan sabar, ia akan dapat kejayaan sebab melalui ujian itulah kita akan dapat ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Kita akan ada kekuatan selama kita redha dan bersyukur kepada Allah. Ingat pada D.U.I.T. ia itu:

D - Doa. Banyakkan berdoa kerana doa akan menentukan kita masuk syurga atau neraka.
U - Usaha. Kita tidak tahu awal kita baik dan akhirnya akan baik. Oleh itu perlu sentiasa  
       berusaha  memohon kepada Allah.
I -  Istighfar. Banyakkan beristighfar kerana allah akan beri kita hati yang tenang, beri
      tempat keluar dari masalah dan Allah beri rezeki dari yang tidak disangka-sangka.
T -Taubat. Banyakkan kita bertaubat.

Marilah kita guna lidah kita untuk ajak orang kepada kebaikan seperti mana Bilal bin Rabah yang punya suara yang hebat melaungkan azan untuk mengajak orang kepada solat. Insyaallah.
.

Monday, July 30, 2012

Cancer warrior/Wira kanser

Saya amat tertarik dengan istilah cancer warrior atau wira kanser yang digunakan oleh Datin Dr. Nor Azizah di dalam ceramahnya kepada kami atas tajuk "How To Remain Healthy - A Holistic Approach" pada 16 Jun 2012 di CaRE,  UPM.
Menurut Datin, pesakit kanser sepatutnya dipanggil sebagai cancer warriors. Saya amat bersetuju kerana pesakit kanser berjuang bermati-matian untuk melawan sakit kanser demi untuk survive dan sihat semula seperti sediakala.
Datin memulakan ceramah dengan menyarankan supaya pesakit melihat secara keseluruhan kehidupannya apabila Allah beri sesuatu penyakit kerana dimensi kesejahteraan dalam kehidupan meliputi aspek sosial, intelek, emosi, kerjaya, keimanan dan fizikal/minda.  Kesemua aspek tersebut hendaklah di urus secara seimbang, secara holistik Sebagai contoh, aspek fizikal hendaklah dijaga dari segi kebersihan, pemakanan dan riadah serta rehat secukupnya. Dari segi aspek minda, seseorang itu hendaklah bersikap positif, mempunyai minda terbuka dan sentiasa bertawal serta redha dengan apa yang berlaku keatas dirinya.
Dalam ibadah pula, seseorang itu perlu menuntut ilmu bagi bekalan akhirat, menunaikan solat, membaca Alquran/sunnah dan berpuasa. Jiwa juga perlu tenang dan caranya adalah dengan berzikir, bersihkan hati, maaf-bermaafan dan melawan nafsu.

a. Berikut adalah cara untuk mengurangkan risiko mendapat sakit kanser:

1. Dapatkan sumber pemakanan dari tumbuhan dan serat.
2. Kurang pengambilan lemak dan protein haiwan.
3. Kurangkan pengambilan produk susu.
4. Kawal tahap gula dalam darah.
5. Pilih makanan alkali
6. Aktif - Banyakkan oksigen dalam badan sebab oksigen dapat mencegah pertumbuhan kanser.

b. Ikutlah diet Rasulullah iaitu:
    - 90% natural dan bijiran,
         -  60% sumber bijirin
         - 30% buah dan sayuran,
         -  10% bahan haiwan
- Makanan yang segar (tiada awet)
- Mengurangkan kalori melalui berpuasa dan teratur masa.

Y. Bhg. Datin sedang memberi ceramah


Makanan anti kanser adalah seperti berikut:                                                                  :
1. Cabbage, broccoli, cauliflower, tomatoes yang lightly cook/steam.
2. Use plenty of garlic and onions.                                                    
3. Drink Japanese Green Tea, Soya.                                                 
4. Fruits - Berries, oranges, lemon.                                                    
5. Omega 3 from fish, sardines.                                                            
6. Dark chocolate.                                                                            

Anti Kanser Diet


Buah Durian Belanda

Surah Al-Baqarah








Jualan Amal di Perbadanan Putrajaya

Setelah berbulan-bulan lamanya mengumpul barangan terpakai yang masih boleh digunakan sumbangan dari kawan-kawan, barulah pada tanggal 25 dan 26 Julai 2012 dapat dilangungkan jualan amal untuk mengisi Tabung Persatuan Kanser Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork). Terima kasih kepada Puspanita, Putrajaya kerana memberi tapak jualan secara percuma kepada KanWork. Hanya sewa kerusi dan meja yang perlu dibayar oleh KanWork. Alhamdulillah lokasi tapak jualan yang KanWork dapat amat bersesuaian sekali walaupun tidak berdekatan dengan pintu masuk ke lobi Dewan, Bangunan Perbadanan Putrajaya.
Sebelum mengadakan jualan amal ini, hati saya berdebar-debar takut tidak dapat respond dari pengunjung kerana maklumlah KanWork menjual barangan terpakai sedangkan gerai lain menjual barang-barang baru. Setiap hari sebelum tarikh jualan, saya berdoa kepada Allah semoga ramai orang datang dan beli barangan sumbangan ahli Kanwork/CaRe dan dari kawan-kawan. Maklumlah, pada tarikh yang sama Kemen. Perdagangan Dalam Negeri Dan Pengguna  juga mengadakan jualan gudang sempena Hari Raya di Putrajaya.



Bergambar Sebelum Memulakan Tugas Jualan
Rakan Kongsi Baikkkkkk Punya 

Sedang Sibuk Melayan Pelanggan
Banyaknya barang jualan - kedai makin besar d hari terakhir jualan
Antara Barang-barang Jualan

Alhamdulillah pada hari jualan, ramai yang detang membeli belah di gerai KanWork. Pagi-pagi lagi seawal jam 9.00 pagi pengunjung sudah menjenguk ke gerai kami. Sepanjang hari, ada pembeli yang datang dua, tiga kali. Sambil menjual, saya cuba menarik perhatian pengunjung dengan kata-kata lucu/lawak iaitu: 
"Mari-mari datang membeli, Tak beli rugi, Nanti malam termimpi-mimpi." Datang tengok, jualan kami hanya setahun sekali.
Hasil jualan adalah lumayan dan dapatlah RM2600.00 untuk tabung KanWork. Alhamdulillah, 2 hari dalam ruang berhawa dingin dan tempat yang selesa kami dapat menjual sebanyak jumlah tersebut.

Dalam kegembiraan di hari kedua jualan amal, kami dikejutkan dengan berita kereta-kereta kami yang diletak di bahu jalan di saman oleh pehak Perbadanan Putrajaya. Pada pagi 27 Julai 2012 selepas menghantar barangan yang tidak habis dijual ke Islamic Relief Malaysia Charity Shop di Bangi(supaya amal jariah para penyumbang barangan berpanjangan)saya bergegas ke pejabat Perbadanan Putrajaya untuk menyelesaikan 4 kereta sukarelawan/wati yang telah disaman. Hampir pitam saya bila dimaklumkan bahawa setiap saman dikenakan RM150.00. Saya merayu pada pegawai berkenaan dan di minta mengisi borang rayuan yang akan dimaklumkan keputusannya selepas 2 minggu nanti. Mudah-mudahan sempena bulan ramadan yang penuh barakah ini , kami akan dapat berita gembira dari pehak Perbadanan Putrajaya.

Di sini saya bagi pihak Kanwork ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang berikut:
Y.B. Dato Jalilah bte Mahdan,Pn. Nor Aini bte Zabidi, Pn. Hasnah bte Abdullah, Dr. Fakhrulzaman Hj. Rokhani, Dr. Samsuzana bte Aziz, Pn. Mashitah, Pn. Hjh. Zaida, Pn. Umie, Pn. Ummi Najwa, Pn. Norizan, Pn. Izdiani, ahli-ahli KanWork dan CaRe serta rakan-rakan lain.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan/wati berikut:
Pn. Marianna, Pn. Zawiyah bte Ibrahim, Pn. Siti Rokiah, Pn. Haslinah bte Deli, Pn. Mashitah, Cik Farah, Tn. Hj Rokhani bin Mangi, Tn. Hj. Sopian, Tn. Shaiddin, En. Ameer, En. Wan Izzuddin, staf KanWork dan CaRe.

Terima kasih daun keladi, Tahun depan kita berjual lagi.

Sunday, July 15, 2012

Cancer Recurrence, prevention and treatment

Pada 14 Julai 2012 saya berkesempatan sekali lagi untuk mendengar ceramah atas tajuk penggulangan kanser, pencegahan dan rawatan oleh seorang pakar iaitu Prof. Nur Aishah Mohd Taib dari Universiti Malaya. Alhamdulillah akhirnya dapat kami mendengar ceramah beliau kerana KanWork/CaRe dah programkan ceramah ini dari tahun 2011 tetapi atas kesibukan prof. Nur Aishah hanya pada bulan Julai ini dapat memenuhi jemputan ini.

Tajuk ceramah ini sangat bertepatan dengan beberapa peristiwa yang berlaku ke atas beberapa orang kawan kanser survivors yang mana sakit kanser mereka berulang kembali. Seorang rakan yang tinggal di Ampang yang mengidap sakit kanser rahim meninggal dunia selepas penyakit kansernya berulang kembali. Pada tanggal 13 Julai 2012, rakan satu taman tempat saya tinggal juga meninggal dunia akibat sakit kanser rahim yang berulang.
 Selepas ceramah ini, kami ada sesi kumpulan sokongan/cancer support group yang dijalankan oleh KanWork/CaRe dengan bantuan nasihat pakar prof. Nur Aishah. Rupa-rupnya dari curahan hati ahli-ahli kumpulan ini, ada yang setelah 2 tahun, 5 tahun, 9 tahun dan terbaru adalah 12 tahun kanser survivors, kanser berulang kembali. Itulah namanya, kita merancang tapi yang menentukan adalah Allah jua sebab doktor penyakit kanser kata yang pesakit kanser yang melepasi 5 tahun adalah selamat dari  penyakit kanser.
Menurut prof. nur, kajian menunjukkan bahawa stage sakit kanser ada kaitannya dengan chance of survival pesakit itu. Stage dan chance of survival sakit kanser adalah seperti berikut:

Stage 0  -  100% chance survival
Stage 1  -  95%   chance survival
Stage 2  - 87%    chance survival
Stage 3  - 56%    chance survival
Stage 4  - 21%    chance survival

Penggulangan kanser adalah pada tahap risiko yang tinggi bagi pesakit kanser berikut:
1.  Jika lymph nodes pesakit kanser itu banyak affected dengan sel kanser.
2.  Jika pesakit kanser itu berada pada tahap ketiga.
3.  EPR  negative (estrogen receptor negative)
4.  EPR positive (estrogen receptor positive) - penggulanggan mungkin
     selepas 5 hingga 7 tahun setelah berhenti makan pill
    (Tamoxifen) yang diberi  oleh  doktor.. Prof. Nur nasihatkan pesakit
    kanser berbincang dengan doktor tentang pill yang perlu diambil
    selepas 5 tahun.  Cadangan prof. Nur, pill femara diambil selepas 5
    tahun ambil pill tamoxifen kerana pill femara ini adalah sesuai pada
   pesakit kanser hormone-receptor positive..
5. Natural history of breast cancer

Untuk menggurangkan risiko penggulangan sakit kanser, kanser survivors hendaklah mengikuti aktiviti berikut:

1. Nutrition care from nutritionist (penjagaan pemakanan)
2. Kurangkan body fat. Sepatutnya BMI antara 21 hingga 23
3. Buat aktiviti fizikal - Brisk walking at least 30 minutes a day
    atau  pesakit pilihlah aktiviti yang disukainya
4. Avoid food and drink yang boleh menambah berat badan
5. Kurangkan gula dan fast food
6. Eat food mainly from plant origin.

Kanser survivors hendaklah sentiasa aware of changes in their body and segera rujuk kepada doktor jika terdapat perubahan pada anggota/badan.

Sekiranya ditakdirkan menghadapi penggulangan penyakit kanser, pesakit hendaklah dengan segera mendapatkan rawatan doktor kerana rawatan awal dapat mencegah merebak sakit tersebut dan menyembuhkannya.

Pada rakan-rakan yang menghadapi penggulangan sakit kanser, harap tabah menghadapi dugaan ini dan mengikut prof. Nur Aishah, "People who have the fighting spirit will survive.".Allah yang beri penyakit dan Allah jugalah yang menyembuhkan. Oleh itu mohonlah pada Allah semoga cepat sembuh dan saya berharap pembaca blog ini turut mendoakan kawan-kawan kita cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Insyaallah.
sesi perkongsian pengalaman dalam group support

 Perbincangan tentang sakit kanser
Kumpulan Sokongan KanWork

Wednesday, May 16, 2012

Ubat Moden Versus Ubat Tradisional

Pada pagi sabtu  10 Mac lalu, kami menonton TV9, Program Nasi Lemak Kopi O sambil saya, suami dan cucu menikmati sarapan pagi. Seronok dan excited betul kerana dapat melihat semula pelakon veteran yang cantik dan sangat terkenal pada suatu ketika dulu dalam lakonan-lakonannya bersama seniman allahyarham Tan Sri P. Ramli. Alhamdulillah pelakon ini masih cantik dan menawan walaupun telah mencecah umur 70 tahun. Apa yang menarik tentang wawancara ini ialah tentang pengalaman pelakon yang mengidap penyakit kanser lidah (tahap awal). Menurut pelakon ini, tanda-tanda awal yang dialaminya adalah lidahnya keras, mata kabur dan kaki sukar untuk bergerak. Penyakit beliau berjaya dikawal/pulih (dengan izin Allah) kerana mengambil ubat tradisional. Alhamdulillah.

Mengikut maklumat dari kawan-kawan saya, bukan semua orang yang mengambil ubat tradisional berjaya dalam memerangi penyakit kanser. Ramai yang tewas kerana mungkin jenis sel kanser yang ada dalam tubuh mereka tidak serasi dan sesuai dengan ubat tersebut. Jangan taksub dengan ubat-ubat tradisional tertentu. Pengalaman saya dulu, saya berubat dengan orang kampong/tradisional, ambil ubat homeopati, jumpa ustaz dan diberi air penawar, tetapi nampaknya tidak serasi dan akhirnya ke hospital juga.

Saya pernah menyuarakan pandangan saya tentang ubat tradisional kepada doktor yang merawat saya dulu tetapi  menurut doktor onkologi saya, ubat-ubatan di hospital telah di buat ujian dan kajian dan ada dosagenya untuk diambil sedangkan ubat tradisional adalah berdasarkan pengalaman sahaja.  Teringat saya pada seorang rakan saya di Ipoh, Perak yang survive kanser lebih dari 20 tahun dengan mengamalkan ubatan tradisional. Tetapi mampukah kita ikut macam dia kerana beliau kuat pantang. Sebagai  contoh beliau tidak makan nasi selama 9 bulan, tidak ambil gula, belacan, perasa, dan macam-macam lagi pantang larangnya dan hanya makan sayur brokoli sahaja setiap hari. Sanggup kah kita? Seorang kawan saya lagi iaitu mendiang Mr. Tan yang masih muda (40han) oleh kerana hendak sangat sihat, beliau menjalani rawatan di hospital dan juga dalam masa yang sama mengambil ubat tradisional cina tetapi akhirnya tewas juga.
Fikir-fikirkanlah, sebab apabila orang dengar kita sakit kanser, ramai yang datang suruh kita beli ubat itu dan ini, nasihat itu dan ini, dengar boleh tapi buatlah  keputusan yang bersandarkan maklumat yang tepat dan fakta yang sahih.  Di samping beriktiar  ke sana sini, dalam negeri, luar negeri, jangan lupa mohon pada Allah.

Walau apa pun , yang penting apabila Allah duga kita dengan penyakit,  take it positively dan seterusnya perlulah kita berusaha dan beriktiar untuk berubat dan jangan pasrah sahaja. Insyaallah

Antara pokok herba penawar kanser:-

Pokok Herba - Sabah Snake Grass / Pokok Belalai Gajah

Pokok Tujuh Jarum - Pereskia Saecnarosa (Chi Sing Zern)



Pokok Pecah Kaca