Friday, November 18, 2011

Selamat Bersara Sahabatku MS

Saya berasa begitu gembira apabila dimaklumkan bahawa sahabat lama saya Puan MS akan turut serta sebagai ahli mesyuarat Bahagian Se Malaysia di Nilai Negeri Sembilan. Gembira kerana dapat bertemu sahabat lama dan yang pentingnya adalah kerana Pn. MS yang berpengetahuan dan berpengalaman akan dapat menyumbang untuk kecemerlang bahagian/jabatan yang kami disayangi. Sahabat yang ini bukan baru saya kenali. Bukan setahun dua tetapi melebihi 35 tahun. Apa taknya, kami berkenalan semasa berada di kelas tingkatan enam, kemudian sama-sama belajar di Universiti Sains Malaysia
( tinggal dalam bilik yang sama), ambil Diploma Pendidikan di Universiti Malaya pun sama (tinggal di Wisma Selangor) dan kemudian bekerja di jabatan yang sama juga.

Kebetulan setelah bertahun-tahun saya merantau mengikut suami, akhirnya saya bekerja di Johor Bahru dan sekali lagi kami bertemu tetapi bertugas di lain bahagian. Walaubagaimanapun, melalui mesyuarat, perbincangan dan laporan hasil kerja menunjukkan MS memanglah seorang pegawai yang hebat bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki tentang kerjanya dan jabatan tetapi juga berintegriti tinggi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas. Kata orang, kerja bermati-matian hinggakan kadangkala rumahtangga jadi secondary. Kepakaran beliau diketahui oleh ketua-ketua cawangan/bahagian termasuklah pengarah sendiri. Bukan terkenal dengan ilmu pengetahuan sahaja tetapi MS dikenali juga dengan kelantangan menegur dan memberi idea untuk kecemerlangan Jabatan. Letaklah MS di mana-mana bahagian, sudah pasti beliau akan menunjukkan keprofessionalan belaiu dalam menjalankan tugas. Pernah beliau bertugas sebagai ketua stesen di Pasir Gudang dan telah membawa banyak pembaharuan disana. Tetapi oleh kerana MS tak pandai promosi diri, pegawai lain yang dapat nama dan pengiktirafan.

Rupa-rupanya kelantangan beliau menegur untuk kebaikkan jabatan tidak disukai oleh bosnya. Ada bos yang secara terang-terangan mengatakan bahawa kerja beliau sangat bagus tetapi beliau tidak pandai menonjol diri. Mudah kata, tak pandai market/promosi diri. Begitulah nasib seorang pegawai yang berkualiti, dedikasi, berintegriti dan berakauntabiliti terhadap tugas yang banyak mendatangkan hasil kepada jabatan dan negara dicopkan sebagai tidak glamour.

Sebenarnya jabatan ni nak apa agaknya? Nak pekerja yang rajin bekerja, produktif/banyak memunggut hasil untuk jabatan atau yang kerja tidak serious tetapi banyak kokurikulum luar seperti sibuk menemani bos minum-minum, menyabit di padang yang rumputnya sentiasa terpelihara rapi dan sentiasa berada bersama menemani isteri bos-bos.

Desas desus kawan-kawan banyak mengatakan terdapat certain percentage pegawai yang kurang pandai bekerja tapi cukup cerdik dalam "strategise" sehinggakan apabila naik pangkat merekalah mendapat keutamaannya. Kokurikulam yang lebih dari kerja hakiki, kipas bos dan isteri bos, dapatlah naik pangkat dan anugerah-anugerah.

Selama lebih 32 tahun bekerja kuat dalam jabatan ini akhirnya MS akan bersara pada penghujung tahun 2011 dan jawatan terakhir hanya setakat gred 52 sedangkan pegawai-pegawai lain yang pernah bekerja dibawahnya dah naik pangkat beberapa kali dan ada yang melangkaui MS. Jika pegawai-pegawai ini excellence tak apa tapi Allah aje yang mengetahui keadaan mereka. Sesiapa di dalam tempat MS pun akan sedih dan tersentuh kerana kebanyakkan rakan seangkatan dengannya juga telah menjawat jawatan yang lebih tinggi dari beliau. Jika di tinjau, hasil kerja mereka lebih kurang sama aje, tak adalah luar biar atau beyond ordinary. Hati siapa tak sedih. Bila nak suruh kerja dicarinya tapi bila naik pangkat dicicirkan namanya. Alahai Jabatan yang dicintai!

Tahun 2006, semasa nak interview naik pangkat, MS malas nak pergi tapi dipaksa oleh bos tertinggi yang dulunya pernah bekerja di tempat yang sama di Johor, yang tahu prestasi kerja MS memang excellent dengan menjanjikan akan dapat naik pangkat. Saya tahu sebab bos tu suruh saya pujuk MS supaya hadir interview berkenaan. Tapi janji hanya tinggal janji ibarat kata, satu habuk pun tak ada. Nak buat macam mana sebab big bos ada kuasa tapi jangan salah guna kuasa dah lah! Nanti nak jawab soalan di akhirat susah dan panjang berjela-jela. Kuasa dan pangkat bukan glamour tapi satu amanah dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan penuh integriti.

Selamat bersara sahabat Pn. MS. Jabatan akan kehilangan seorang lagi pakar. Bukan pakar kipas tapi pakar rujuk. Untuk pujuk hati sendiri MS, jangan di fikir-fikir kerana mungkin apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Semoga Allah akan memberi MS yang lebih baik lagi dari apa yang tidak diberi oleh jabatan. Insyaallah...

Jabatan perlu professional jika hendak mencapai bertaraf dunia pada tahun 2015. Tinggal hanya beberapa tahun sahaja lagi. Promotelah pegawai yang berkaliber dalam kerja tanpa mendiskriminasikan mereka jika mereka lantang menegur jabatan. Jabatan perlukan bukan sahaja "yes" man tetapi juga pekerja yang berani menegur untuk jabatan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika tidak bersikap professional, jabatan akan kehilangan ramai pakar/gold collar workers yang ambil bersara pilihan atau bekerja ikut waktu saja kerana mereka tidak di appreciate. Kenalilah antara berlian dan zulian. Kita semua datang dan pergi tetapi Jabatan tempat kita cari rezeki dan kita cintai ini biarlah berdiri teguh dan dihormati serta diiktiraf di persada dunia. Fikir-fikirkanlah!

Monday, November 14, 2011

Emosi Pesakit Kanser dan Carer



Soalan yang dilontarkan oleh seorang peserta ceramah semasa menghadiri ceramah MENANGANI CABARAN KESIHATAN mengamit saya untuk menulis tentang suka duka pesakit kanser dan juga carer (penjaga pesakit seperti suami/isteri, anak, adik-beradik dll)

SOALAN peserta tersebut adalah:

Saya seorang pesakit kanser/kanser survivor. Masalahnya adalah suami saya yang tidak faham atau tidak mahu faham tentang kedudukan saya selaku pesakit dan tidak bertimbang rasa terhadap saya kerana pada luarannya saya kelihatan sihat tetapi penderitaannya adalah didalam yang tidak nampak dari luar.

Soalan ini bukan pertama kali saya dengar tetapi sering kedengaran apabila kami ada perjumpaan dalam group support atau semasa berbual-bual dengan rakan survivors yang lain. Baru-baru ini semasa menjalani kelas senaman qigong, saya berkenalan dengan seorang lagi kanser survivor Pn. M. Semasa berbual-bual tanpa disedari saya menanyakan tentang sokongan suami dan dengan tenang beliau memaklumkan bahawa mereka telah bercerai semasa Pn. M sedang menjalani rawatan kanser. Betapa kejamnya manusia ini jika boleh dipanggil sebagai seorang manusia kerana dalam keadaan isteri kesakitan dan memerlukan sokongan emosi, fizikal, mental tetapi ditinggalkan tanpa belas kasihan. Betapa tersiksanya Pn. M menghadapi dugaan sakit tanpa orang yang dikasihi disisinya.

Teringat juga saya kepada rintihan seorang kanser survivors yang saya temui di dalam majlis anjuran KanWork yang menceritakan tentang respon negatif suaminya terhadap kehilangan sebelah payudaranya.Suami survivor ini sibok bercakap hendak kahwin satu lagi. Atas desakan tersebut, survivor ini pergi membuat breast reconstruction. Tapi malangnya reconstruction itu tidak sesuai dan terpaksa dikeluarkan.....bersambung

Thursday, November 10, 2011

Menangani Cabaran Kesihatan



Saya rasa seronok apabila pihak KanWork (Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah) memaklumkan kepada saya tentang penceramah yang akan dijemput untuk memberi ceramah mengenai MENANGANI CABARAN KESIHATAN pada 14 Oktober 2011 adalah tokoh yang tidak asing bagi kita semua iaitu Dato' Dr. Haji mohd Fadzillah b. Kamsah bagi mengisi aktiviti bulan Oktober 2011.

Beberapa hari sebelum itu, saya telah mempelawa rakan kanser survivor Puan A yang kebetulan tinggal satu taman dengan saya untuk hadir. Beliau gembira dengan pelawaan tersebut dan bersetuju untuk hadir.

Tepat jam 8 pagi saya telah berada di depan rumah Pn. A untuk pergi bersama kerana ceramahnya akan bermula pada jam 9 pagi.Apabila kita sampai, dewan berkenaan telah dipenuhi dengan peserta dan sejurus kemudian Dato memulakan ceramah beliau yang diperturunkan seperti berikut untuk manfaat bersama:

1. Kenapa kita perlu menangani cabaran kesihatan?

Supaya kita sihat zahir dan batin. Doktor hanya beri ubat tetapi pesakit yang
perlu makan ubat secara istiqamah.Santapan minda pengaruhi klesihatan fizikal.
Santapan fizikal pengaruhi kesihatan minda. Fikiran semasa pengaruhi masa depan
anda. Oleh itu serasikan doa, fikiran, lisan, tindakan dan persekitaran anda
untuk mencapai kejayaan.

2. Jangan melawan fitrah untuk sihat.

- Contoh rutin fitrah adalah malam Allah jadikan untuk tidur dan rehat.
- Solat dan doa.
- Maafkan semua orang. Kajian di Malaysia menunjukkan kurang dari 5% orang
Malaysia yang memaafkan semua orang pada setiap hari.
- Tidur mengiring ke kanan.
- Bangun tidur hendaklah diikuti dengan senyum dan doa.
- Buang air kecil dengan betul dan buang air besar dengan sempurna.
- Sarapan dengan makan pisang dan makan buah sebelum makan nasi.
- Masuk rumah dengan membaca BASMALLAH 3 kali, senyum, beri salam dan masuk
kaki kanan.
- Yang baik hendaklah dilakukan di kanan dan rangsang hati untuk rangsang
tindakan.
- Elak lakukan dosa dan maksiat.
- Kasih sayang merawat segalanya.

3. Mengenai Penyakit.

- Penyakit bicara adalah bohong
- Penyakit ilmu adalah lupa
- Penyakit ibadat adalah riak
- Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
- Penyakit berani adalah keterlaluan
- Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut
- Penyakit cantik adalah sombong
- Penyakit bangsawan adalah bangga
- Penyakit malu adalah lemah. (Malu itu tanda orang beriman tapi malu
keterlaluan tidak baik)
- Penyakit mulia adalah tonjolkan diri
- Penyakit kaya adalah kedekut
- Penyakit taat adalah berlebihan
- Penyakit agama adalah hawa nafsu

4. Petua menangani penyakit.

- Tukar paradigma terhadap penyakit
- Jumpa pakar dan cari ubat
- Cuci hati setiap hari
- Bersihkan minda kerana sihat mental rangsang sihat fizikal
- Elak ceritakan penyakit kepada orang lain
- Kawal marah dan maafkan semua orang (kemaafan adalah syifa')
- Humour dan ceria rangsang kesembuhan
- Rangsang pengeluaran ENDORPHINS
- Beri khidmat kepada orang lain
- Jadikan sentuhan sebagai terapi yang penting dan jadilah "Orang Baru" secara
pakej
- Gunakan "mental trigger" untuk kenang semula peristiwa yang manis!
- Yakin yang penyakit kita tidak seteruk orang lain
- Solat taubat dan istighfar sebagai terapi
- Doa dan wirid untuk motivasi dan terapi
- Membaca Al Quran sebagai syifa'
- Sedekah sebagai syifa'
- Air tangan orang tersayang sebagai ubat (Terdapat 18 enzim pada tangan kanan
ubat dan 81 enzim pada tangan kiri untuk bunuh kuman)
- Doa orang sakit adalah makbul
- Lihat sakit sebagai ibadah dan kena redha padat sakit
- Makanan haram adalah punca berbagai penyakit. Justeru, makanan halal jadi
penyembuh kepada penyakit.

5. Rahmat di sebalik DUGAAN

- Selepas sakit Allah pasti akan beri kebaikan!
- Setiap minit sakit dengan redha adalah bersamaan dengan 1 jam ibadah yang
sempurna
- Penyakit sebagai penasihat dan pemberi ingatan. Janganlah sudah parah baru
nak sedar!
- Penyakit mengajar kita mengenai Al Asma Al Husna(99 nama Allah yang mulia itu)
- Sakit mengajar kita nikmat sihat dan mudah beryukur bila sembuh
- setiap penyakit jadi "kafarah" kepada dosa yang kita lakukan
- Gelisah dan was-was boleh menyebabkan penyakit 2 kali parah. Redha dan tenang
akan meringankan kesan sakit!
- Mengenang penyakit yang lalu (yakni dah sembuh) juga menyebabkan kita dapat
pahala!
- Jika dapat lakukan ibadah "fardhu", kesakitan menggantikan seluruh ibadah
sunat semasa kita sakit
- Sakit ingatkan kita tentang mati!. Ia jadi jam penggera kepada kita untuk
lebih beringat
- Sabda Rasul SAW: "ORANG YANG BANYAK TERKENA BALA IALAH NABI, KEMUDIAN PARA
WALI, KEMUDIAN GOLONGAN SEUMPAMA MEREKA, DAN BEGITULAH SETERUSNYA!
- Orang sakit perlukan bantuan orang lain. Justeru penyakit dapat menyatukan
hati manusia!
- Menjaga orang sakit dengan ikhlas dan ziarah orang sakit (tapi tak
menyusahkan) dapat pahala yang besar
- Lihat orang yang lebih teruk untuk jadikan kita lebih redha dan tidak
merungut
- Tanpa penyakit, hidup kita tidak sempurna
- Bila sakit, kita dapat mengenalpasti siapa kawan kita yang sebenar!
- Penyakit menguatkan kanak-kanak dan membersihkan orang dewasa
- Rawatan jiwa dan iman akan merawat semua penyakit fizikal.

Sebelum mengakhiri ceramah, YB Dato telah memberi petua untuk melembutkan hati
orang dengan mengamalkan bacaan ayat/surah-surah berikut:

- Al-Fatihah
- Ayat Kursi
- Surah Thoha (ayat 1-5)
- Surah Al Hashr (ayat 1-5)

CUBALAH AMALAN DIATAS, JANGAN TAK CUBA, NANTI RUGILAH.......

Kesimpulannya pada khidmat saya, kita adalah makhluk Allah dan sebarang dugaan
darinya pasti ada hikmah dibaliknya. Hanya Allah yang mengetahui rahsia
tersebut dan hendaklah kita bersangka baik dengan Allah.
Renung-renungkanlah semoga kita adalah diantara orang yang sentiasa dirahmati
ALLAH hendaknya. Ameen...

Wednesday, November 9, 2011

Supplemen Diet




Kebetulan pada tanggal 30 Oktober 2011, abang saya akan mengadakan majlis resepsi untuk menyambut 3 orang menantunya di sebuah dewan di Kg. pandan, Kuala Lumpur. Pada hari itu juga saya dimaklumkan bahawa akan ada perjumpaan kumpulan kami ahli-ahli kanser survivors yang dalam kajian oleh seorang pakar pemakanan dan dietetik Universiti Putra Malaysia (UPM). Perjumpaan ini telah lama tidak diadakan dan pemeriksaan kesihatan ke atas kami juga telah lama tertangguh.Saya serba salah untuk memilih hendak pergi ke majlis yang mana dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghadiri ceramah Supplemen Diet dulu dan kemudiannya ke majlis recepsi tersebut. Untuk rasa tidak bersalah saya meminta anak dan menantu pergi dulu untuk membantu di majlis tersebut.

Seperti biasa apabila kami sampai ke tempat tersebut, kami dikehendaki mengambil timbangan badan, lilit ukur pinggang dan pinggul serta lain-lain lagi bagi melihat perkembangan kesihatan kami. Kami juga dikehendaki mengisi satu format mengenai pemakanan kami pada hari sebelumnya. Setelah siap prosidur tersebut barulah kami diberi ceramah tentang supplemen diet. Berikut adalah intipati ceramah tersebut yang ingin saya kongsikan bersama pembaca blog ini.

1. Perubatan Komplementari Dan Alternatif (CAM) yang biasa digunakan oleh pesakit
kanser adalah:

a. Terapi diet seperti diet vegetarian, diet makrobiotik
b. Supplemen diet seperti vitamin dan mineral, fitokimia, herba dan botanikal
(ulam-ulam, akar kayu, daun)
c. Terapi metabolik iaitu kaedah untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.
d. Perubatan tradisional seperti perubatan tradisional Cina (TCM), perubatan
Ayurvedik, homeopathy dan naturopathy.
e. Intervensi minda seperti yoga, sembahyang, doa, teknik relaxation.
f. lain-lain seperti urut, terapi tenaga (akupunktur, qi gong)

2. Apa itu Perubatan Komplementari dan Alternatif (CAM)?

- CAM adalah kaedah rawatan atau terapi perubatan, kesihatan dan gayahidup yang
tidak termasuk dalam perubatan konvensional.
- Komlementari adalah rawatan atau terapi yang digunakan BERSAMA rawatan
perubatan konvensional.
- Alternatif adalah rawatan atau terapi yang digunakan untuk MENGGANTIKAN
rawatan perubatan konvensional.

3. Kajian di malaysia mengenai CAM dalam kalangan pesakit kanser payudara.

- Seramai 400 pesakit kanser payudara mengambil bahagian dalam kajian ini
menunjukkan hasil berikut:
- Seramai 281 (70.2%) mengambil supplemen diet.
- Seramai 119 (29.8%) tidak mengambil
- Jenis CAM yang sering diamalkan adalah:
- Perubatan tradisional
- Vitamin dan mineral
- Spirulina
- Homeopati
- urut.

4. Mengapa pesakit atau survivor kanser mengambil supplemen diet?

a. Untuk sembuh atau merawat kanser.
b. Untuk memperbaiki tahap kesihatan dan juga pemakanan.
c. Galakan dan dorongan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan.

5. Saranan 'World Cancer Research Fund'

- Cuba memenuhi keperluan pemakanan melalui diet sahaja;
- Tenaga dan nutiren untuk keperluan tubuh perlu datang dari makanan dan
bukan supplemen diet.
- Untuk mereka yang sihat, kekurangan nutrien boleh diselesaikan dengan
diet yang tinggi nutrien dan bukannya supplemen diet.
- Suplemen diet tidak disarankan untuk pencegahan kanser.

6. Apakah suplemen diet?

a. Suplemen diet mengandungi:

- Vitamin
- Mineral
- Herba atau botanikal
- Asid amino
- Makanan
- Enzim

b. Bentuk suplemen diet

- Didapati dalam pelbagai bentuk iaitu seperti tablet, kapsul, serbuk, bar
tenaga atau minuman

c. Kegunaan

- Sering digunakan sebagai komplemen untuk diet.
- Kadangkala tahap keselamatan dan keberkesanan tidak diketahui kerana
kurang pemantauan atau kelulusan dari badan-badan tertentu.
- Tidak memerlukan prekripsi daripada doktor dan mudah didapati.

7. Bila perlu ambil suplemen?

Gayahidup yang terlalu sibuk sehingga susah untuk anda mengambil bilangan
hidangan yang disarankan untuk kumpulan makanan (saranan piramid makanan)

a. Semasa atau selepas rawatan kanser

Ada kemungkinan suplemen diet (vitamin dan mineral) dalam dos lebih kurang
100% saranan harian dapat memberikan anda kebaikan kerana pada masa ini
anda mungkin tidak mempunyai selera makan.
- Suplemen diet ini dapat membekalkan vitamin dan mineral yang kurang
diambil dari diet harian biasa anda.
- TETAPI INGAT.....Makanan masih sumber utama nutrien anda.

b. Pengambilan diet dengan kalori terlalu rendah (< 1200 kkal/hari)

c. Warga tua yang tidak makan seperti yang disarankan kerana tiada selera
atau susah untuk makan.

d. Pengamal vegetarian yang tidak mengambil produk haiwan.

e. Tidak boleh mengambil susu, yogurt atau keju dalam diet harian - alahan
makanan.

f. Menghidap penyakit tertentu yang menghadkan pengambilan makanan.

g. Wanita dalam lingkungan umur melahirkan anak (child bearing age) yang
tidak mengambil cukup hidangan kumpulan makanan.
h. Wanita yang mengandung atau menyusukan anak.

8. Saranan pengambilan suplemen

a. Sekiranya anda mengambil makanan dari kesemua kumpulan makanan dan
dalam jumlah hidangan yang disarankan serta mempunyai gayahidup sihat,
anda tidak perlu mengambil suplemen.

- Nutrien yang diperlukan untuk kesihatan sepatutnya diambil daripada
diet harian.

b. Sekiranya anda mengambil suplemen diet, pilih produk yang tidak melebihi
100% nilai harian untuk vitamin dan mineral.

- Elakkan dari mengambil dalam dos yang tinggi.
- Pastikan bahawa suplemen diet tidak menggantikan pemilihan makanan
yang pelbagai dalam diet harian anda

c. BAGI PESAKIT KANSER yang menjalani atau selesai rawatan dan tidak boleh
makan dengan betul atau tiada selera makan, cuba ambil:
- Asid folik, B12, B6, D dan C sering dikaitkan dengan pengambilan
suboptimal semasa waktu ini.
- Sekiranya anda perlu mengambil suplemen diet, pilihlah suplemen diet yang
mengandungi 100% nilai saranan harian untuk asid folik, D, B12, B6,C.

d. BERHATI-HATI dalam memilih produk suplemen diet.
- Terdapat pelbagai bentuk, sumber dan potensi dalam produk suplemen diet.
- Dapatkan maklumat dari pakar perubatan sebelum mengambil sebarang produk
suplemen diet.

e. AMBIL suplemen diet secara konsisten.
- Tetapkan masa yang konsisten (sama) untuk mengambil suplemen diet. Contoh
pada waktu makan tengahari yang sama setiap hari.

f. PERTIMBANGKAN kesan semua nutrien dalam suplemen.
- Cegah keracunan semasa mengambil suplemen diet.

g. MAKLUMKAN kepada pakar perubatan.
- Beritahu doktor jika anda mengambil sebarang suplemen diet bagi mengelakkan
sebarang interaksi dengan rawatan yang dijalankan.

h. Suplemen diet dengan kepekatan (konsentrasi) yang tinggi tidak semestinya
baik.
- Risiko keracuan, interaksi dengan nutrien dan ubat serta kesan buruk untuk
kesihatan.
- Ekstrak yang digunakan dalam suplemen mungkin tidak dapat berfungsi dengan
dengan baik kerana nutrien atau bahan aktif lain (yang ada dalam makanan)
tidak ada dalam suplemen. Contoh: Ekstrak vitamin C dalam bentuk kapsul
mungkin mempunyai fungsi yang kurang jika dibandingkan dengan vitamin C
dalam buah.

i. BERITAHU doktor sekiranya berlaku kesan sampingan.
- Beritahu doktor dengan segera sekiranya ada kesan-kesan seperti sukar
bernafas, gatal-gatal dan kebas pada anggota badan.

j. SELALU mengutamakan keselamatan.
- Jangan sesekali menggantikan suplemen diet dengan ubat-ubatan yang telah
mendapat arahan doktor atau terapi rawatan.

k. FIKIR dengan baik tentang maklumat suplemen diet yang diperolehi.
- Berwaspada dengan perakuan seperti "Bertindak dengan cepat" kerana ini
bertentangan dengan kajian secara saintifik dan panduan diet.

l. BELAJAR untuk mengesan parakuan palsu.
Contoh: - Cepat dan berkesan "menyembuhkan semua penyakit"
- Boleh merawat atau mengubati penyakit.
- "Selamat sepenuhnya", "Semulajadi", dan "tiada sebarang kesan
sampingan"
- "Jaminan pulangan wang semula" atau memerlukan pembayaran
pendahuluan

m. LEBIH tidak semestinya lebih baik.
- Sesetengah produk boleh mendatangkan mudarat sekiranya diambil dalam
kuantiti yang banyak, dalam tempoh masa yang lama, atau gabungan
kedua-duanya.
- Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan dos
suplemen diet yang tinggi atau berlebihan boleh meningkatkan risiko
kanser.

n. "SEMULAJADI" tidak semestinya selamat.
- Jangan menganggap perkataan semulajadi dapat memastikan kebaikan atau
keselamatan mengambil sesuatu produk.
- Kandungan "semulajadi" mungkin bertindak-balas dengan ubat, merbahaya
bagi individu yang mengalami masalah kesihatan atau merbahaya sekiranya
dalam dos yang tinggi.

o. ADAKAH produk yang dibeli berbaloi dengan harga yang dibayar?
- Perlu menahan diri daripada membeli produk atau rawatan "secara segera".
SESETENGAH produk suplemen diet adalah mahal tetapi tidak mendatangkan
kesan baik seperti yang diharapkan.

p. PENGAMBILAN diet yang tinggi dengan sayur, buah dan makanan berasaskan
tumbuhan dapat mengurangkan risiko serta ulang semula sesetengah jenis
kanser.
- TIADA BUKTI yang kukuh pada masa ini untuk menyokong suplemen diet
boleh memberi kesan yang sama.

q. PENGAMBILAN suplemen antioksidan dalam dos yang tinggi semasa kemoterapi
atau radioterapi tidak digalakkan kerana ia mungkin akan mengganggu
keberkesanan rawatan.
- Digalakkan mengambil antioksidan (Beta Carotene, C, E) dari makanan dan
bukan suplemen.
- Sekiranya mengambil suplemen diet yang mempunyai aktiviti antioksidan,
pastikan jumlah tidak melebihi 100% saranan harian.

r. FITOKIMIA adalah bahan aktif dalam tumbuhan yang mempunyai kesan positif
ke atas kesihatan.
- Tiada bukti kukuh yang menunjukkan fitokimia dalam bentuk suplemen
diet mempunyai kesan yang sama dengan sayur, buah, kekacang dan bijirin
ke atas kanser.
- Contoh: - makanan berasaakan soya mempunyai fitokimia (fitoestrogen)
yang boleh mencegah kanser tetapi suplemen diet soya
(isoflavon, serbuk soya) tidak digalakkan untuk pesakit
kanser payudara (terutama ER positif)
- Bagi pesakit kanser payudara yang mahu memasukkan soya dalam diet,
dua(2) hidangan tempeh, tofu, susu soya, tauhu, kacang soya adalah cukup.


9. Kesimpulan

- Pengambilan suplemen diet adalah digalakkan sekiranya pengambilan
makanan anda adalah terhad.
- Sekiranya anda mengambil suplemen diet, anda masih perlu mempunyai diet
dan gayahidup sihat.
- Dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan bagi memastikan
suplemen tidak mendatangkan KEMUDARATAN.

Buat renungan bersama. Pemilihan adalah di tangan anda. Buatlah pilihan yang terbaik agar kita tidak menyesal di kemudian hari kelak. Makan makanan segar/asli dari kesemua kumpulan makanan (piramid makanan) dan dalam jumlah hidangan yang disarankan kerana ia membawa impak/kesan yang tidak sama dengan pengambilan suplemen diet. Fikir-fikirkanlah tapi jangan lama-lama..........

Thursday, October 27, 2011

UPM- Jualan Amal dalam kenangan

Tinggal satu hari lagi untuk perasmian Pesta konvokesyen Universiti putra Malaysia ke 35 di Bukit Ekspo membuat saya panik kerana masih belum dapat berita samada Persatuan Kanwork (Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah)dapat gerai untuk jualan amal. Pada bulan September lagi saya sudah bertanya kepada CaRe and Kanwork tentang permohonan gerai tersebut. Dengan confident mereka memaklumkan yang mereka akan uruskan kerana mereka semua bertugas di UPM. Tunggu punya tunggu dan bila saya tanya pada puan Marianna jawapan masih sama iaitu CaRe sedang uruskan. Tak kanlah tinggal satu hari lagi masih no news. Mustahil. Saya dah mula gelisah sebab kawan-kawan sudah hantar barang-barang terpakai ke rumah dan opis saya untuk tujuan jualan amal ini. Tiba-tiba datang ilham untuk bertanya tentang gerai pesta konvo ini dari kawan saya yang bertugas di UPM. Beliau memang mahir dalam hal menyewa gerai kerana bisnesnya adalah menjual bunga pada setiap tahun di pesta-pesta konvo dan memang lumayan pendapatannya. Jawapan beliau amat mendukacitakan. Katanya cabutan untuk mendapat gerai telahpun dilakukan dan gerai-gerai telahpun ditetapkan dan wang pendahuluan sewa telah mereka bayar.

Saya panik dan mohon Allah memberi saya jalan untuk mendapatkan gerai tersebut. Tiba-tiba terfikir saya untuk mendapatkan sendiri nama pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pesta konvo ini. Dengan bantuan pembantu tadbir saya, Puan Azzuriena saya terus menalipon En. Zain tapi diminta menghubungi Tn. Hj. Zailani yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab keatas pengurusan tapak pesta tersebut. Alhamdulillah, saya dapat menghubungi beliau yang kebetulan berada di tapak ekspo UPM. Saya mula perbualan dengan pertanyaan tentang permohonan gerai oleh CaRe dan KanWork. Terperanjat saya apabila beliau maklumkan yang tidak menerima sebarang permohonan dari CaRe atau Kanwork. Dalam keadaan sedih saya kuatkan semangat merayu pada beliau untuk memberi sedikit ruang untuk persatuan kami yang hendak membuat kerja amal/kebajikan bagi mendapatkan dana untuk aktiviti persatuan ini.

Dengan izin Allah, terbuka hati beliau untuk memberi ruang dengan sewa sebanyak RM500.00 untuk tempoh dari 14 hingga 17 hb. Oktober 2011 kepada kami dan minta kami hantar surat direct kepada beliau pada hari itu juga ( 13 Oktober ). Saya terus talipon Pn. Marianna maklum yang saya akan email contoh surat untuk beliau sediakan dan hantar surat dengan kadar segera kepada Tn. Hj. Zailani. Sementara itu, saya menghubungi kawan-kawan yang menjual telekung dan tupperware untuk membantu gerai kami. Mereka semua bersetuju untuk membantu disamping menjual barangan mereka.

Alhamdulillah, pada petang 13 Oktober Pn. Marianna memaklumkan secara resmi bahawa kami mendapat gerai tapi terpaksa berkongsi dengan Alumini UPM. Apabila beliau ke gerai yang tidak bernombor dan hanya berbumbung sahaja, didapati tidak disediakan kerusi/meja. Terpaksalah Pn marianna mendahulukan duit beliau untuk menyewa 5 buah kerusi dan 2 buah meja yang perlu dibawa sendiri ke gerai. Oleh kerana tempat urusetia tu jauh dari gerai saya minta bantuan anak lelaki saya Dr. Fakhrulzaman yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti kejuruteraan UPM untuk memikul meja dan kerusi ke gerai kami. Alhamdulillah beliau sanggup membantu tapi katanya mak tahu tak berapa jauh abang kena pikul kerusi/meja tu? Memandangkan saya belum ke tapak tu, saya tidak dapat bayangkan kedudukan gerai tersebut.

Syukurlah dengan penat lelah, akhirnya dapat juga gerai tersebut. Dalam fikiran tertanya-tanya pula macamana nak berkongsi kawasan dengan Alumini UPM dalam keadaan ruang yang terhad tu. Maklumlah disamping mempamerkan posters dan risalah mengenai CaRe dan Kanwork, kami juga ada barangan-barangan terpakai dan barangan ahli seperti Tupperware dan Telekung untuk dijual. Sekali lagi saya berdoa kepada Allah agar memudahkan urusan kami di gerai tersebut supaya dapat rakan niaga yang baik dan jualan yang laris. Alhamdulillah, pegawai alumini yang menjual minyak wangi tu Pn. Rozita baik orangnya. Bukan saja baik tapi membantu kami menjual barangan tersebut.

Pada sebelah malamnya saya bersama anak lelaki dan En Bidin serta isteri Pn. Fatimah (berniaga telekung) bergegas ke gerai di Bukit Espo UPM untuk menyusun barang-barang supaya pada esok hari mudah untuk program outreach CaRe dan Kanwork serta jualan amal berjalan lancar.

Pagi 14 Oktober, Puan Mashitah dan petugas CaRe telah mula memberi khidmat mereka untuk outreach dan jualan amal kepada pengunjung-pengunjung gerai CaRe/KanWork. Timbulnya semula saya adalah pada sebelah tengaharinya. Saya ke gerai dengan membawa bersama electric kettle (untuk buat air minuman sendiri ikut selera masing-masing dan menjimat kos), makanan ringan dan minuman segera seperti Milo, Nescafe, Teh tarik ( 3 dalam 1) dan teh uncang (untuk buat teh O) untuk keperluan petugas-petugas sukarela Kanwork dan CaRe. Memandangkan kita ada jiran dan mereka semua baik, saya turut offer mereka untuk bersama-sama merasa makanan/minuman yang disediakan. Maklumlah seperti pepatah Melayu "orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa."

Jualan di UPM mendapat sambutan baik tetapi barangan terpakai yang kami terima dari penyumbang kurang menarik berbanding di UKM. Oleh itu kami tidak dapat menjual dengan harga yang tinggi sedikit.Baju kurung sepasang di UKM boleh dijual dengan harga RM5 hingga RM15 tetapi di UPM hanya boleh jual pada harga RM5.00 sahaja bergantong pada kualitinya. Seronoknya di UPM, pembeli baju kurung adalah sebahagiannya dari penuntut berbangsa Tionghua/Cina. Mereka datang dalam kumpulan dan membeli sehingga 2-3 pasang seorang. Pada sebelah petang dan malam pula ramai pembeli dari orang seberang.Disamping membuat jualan amal kami juga sempat beramal dengan menjual baju kurung kepada seorang pengunjung yang akan mendermakan pakaian tersebut kepada orang miskin di kampongnya, Banting.Pada petang/malam terakhir jualan amal, kami buat jualan lelong iaitu beli satu, percuma satu. Alhamdulillah sambutannya memberangsangkan.

Walaupun kami berkongsi gerai, tapi kami rasa bahagia dengan terjalin kerjasama dan gurau senda;
Walaupun gerai hanya berbumbung kami masih selesa dengan angin nyaman kerana dikelilingi pokok-pokok;
Walaupun hujan hampir setiap petang tapi murah rezeki kerana jualan masih laris;
Alhamdulillah syukur kepada Allah dan kami berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM 1,900.00 untuk tabung KanWork. Pasal sewa gerai tu mudah-mudahan UPM dapat mengecualikannya sepertimana AJK UKM lakukan.

Terima kasih AJK Universiti Kebangsaan Malaysia (kerana kecualikan bayaran sewa gerai sebanyak RM 1,800.00 dan sew kerusi/meja sebanyak RM 49.00) dan Universiti Putra Malaysia (kerana memberi gerai walaupun terpaksa berkongsi dan dalam keadaan tidak ada gerai lagi) Semoga kedua-dua Universiti ini akan terus maju dan terkenal serta mendapat tempat ranking atas dipersada dunia.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang barangan terpakai iaitu:
Prof. Dr. Maznah dan adik beradik; Datuk Jalilah Mahdan; Pn. Hjh. Siti Zaleha Said; Dr. Nor (Klinik Medi Nor); Dr. Fakhrulzaman Hj. Rokhani/ Dr. Samsuzana Aziz; Pn. Hjh. Halimah (FELDA, Pahang); Mdm.Lim Saw Hoon (barangan soveniers);Pn. Asmah;
Dr. Faezah Hj. Rokhani; Pn. Fatimah/ En. Bidin; Hjh. Rokiah Bte Abdullah dan rakan-rakan yang tidak dapat hendak disenaraikan.

Terima kasih kepada petugas CaRe dan sukarelawan/volunteers berikut yang bertugas di gerai:
Pn. Mashitah/suami En, Johari; Pn. Fatimah/En. Bidin; Hj. Rokhani Mangi/Hjh. Rokiah Bte Abdullah; Dr. Fakhrulzaman/isteri; Dr. Faezah/suami. Semoga apa yang kita lakukan diterima dan dirahmati Allah.

Terima kasih juga kepada mereka yang menyumbang tenaga bagi menjayakan jualan amal UKM dan UPM ini iaitu:
Tn. Shahiddin Bin Hussain; Pn. Zawiyah Bt Ibrahim; Pn. Nur Azzuriena Bt Mohd Nasir; Wan Mohd Azzudin Bin Mahyuddin; Cik Farah Wahida Bt Shaari; Cik Noradiladeeja Bt Ahmad; Pn. Umi Najwa Bt Irawan; Pn. Siti Rokiah Bt Syed Mohamed.

TERIMA KASIH DAUN KELADI; SEMOGA HIDUP DIBERKATI; LAIN KALI BANTULAH LAGI.

Tuesday, October 11, 2011

Senaman Qigong yang mengusik jiwa






Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork)mengambil berat tentang kesihatan ahli-ahlinya.Oleh itu kanwork telah mendapatkan seorang guru qigong berbangsa tionghua untuk mengajar ahli-ahli senaman qigong pada setiap pagi hari Sabtu di taman Tasek Perdana, Bangi.

Seperti biasa pada hari sabtu tanggal 8 Oktober 2011, selepas menguruskan tugasan rumahtangga, saya memandu ke tempat senaman. Dalam perjalanan, saya telah menerima panggilan telefon dari Prof. Maznah, Presiden KanWork meminta saya membantu memberi semangat kepada pesakit kanser baru, Puan M yang dalam perjalanan dari Seremban ke tempat senaman kami. Saya berjanji akan membantu Puan M yang masih dalam keadaan shock/terperanjat kerana baru dua hari dapat berita dari doktor yang beliau mengidap kanser paru-paru.

Sampai di Taman Tasek kelihatan Dr. Abdullah (kanser colon survivor) dan isteri serta guru qigong sedang buat warming up.Minggu ini tidak ramai hadir untuk senaman kerana ada yang pergi menunaikan fardhu haji dan ada yang memenuhi urusan peribadi. Saya pun memaklumkan kepada kawan-kawan disitu dan mohon bantuan mereka supaya sama-sama memberi semangat dan perangsang kepada Puan M. Sementara menunggu kehadiran Puan M, guru kami teruskan mengajar step baru senaman qigong. Lebih kurang jam 8.30 pagi Puan M dalam keadaan sugul muncul bersama suaminya. Saya terus menyambut dan bersalaman serta memeluk beliau bagi meredakan keadaan stress yang dihadapi oleh beliau.Dengan cucuran air mata beliau meluahkan isi hatinya. Beliau masih dalam keadaan terperanjat dan belum boleh terima berita doktor tersebut. Saya menggalakkan Puan M bercerita supaya beliau akan rasa lebih selesa nanti. Puan M adalah seorang bekas jururawat yang baru sahaja balik bertugas di Saudi Arabia.
BERSAMBUNG.................

Monday, October 10, 2011

Senaman Qigong yang diingati


 mari amalkan

Qi Gong di China

Seperti biasa, pada setiap pagi hari sabtu jam 8.00 pagi bertempat di Taman Tasek Perdana, Bangi, Persatuan Kanser Network Negeri selangor dan Wilayah (KanWork) ada menyediakan seorang guru untuk mengajar dan membimbing senaman qigong kepada kanser survivors dan rakan-rakan yang ingin turut serta.

Pada pagi 9 Oktober 2011(Sabtu), selepas selesai mengurus tugas rumahtangga terutamanya menyedia sarapan pagi, saya terus memandu untuk menyertai senaman tersebut. Dalam perjalanan saya telah menerima panggilan telefon dari Prof. Maznah memohon saya membantu memberi motivasi kepada seorang pesakit kanser baru (kanser paru-paru) bernama Puan M yang dalam perjalanan dari Seremban ke tempat senaman kami. Saya bersetuju untuk membantu kerana peluang kedua yang Allah berikan kepada saya sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk membantu orang lain semoga Allah menjauhkan diri saya dari penyakit tersebut berulang lagi.

Sampai di Taman Tasek, kelihatan guru qigong dan beberapa orang survivors sudah ada menunggu dan sedang warming up. Saya pun memaklumkan tentang Puan M dan mohon sokongan dari mereka bagi membantu menaikkan semangat Pn. M. Lebih kurang pada jam 9.30 pagi, Pn. M muncul bersama suaminya. Kami berkenalan dan bersalaman dan dengan cucuran air mata Pn. M memulakan ceritanya. Menurut beliau baru dua hari doktor memaklumkan bahawa beliau mengidap sakit kanser paru-paru. Pn. M masih dalam peringkat shock dan masih belum dapat menerima berita tersebut kerana baru sahaja kembali bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi. Menurut beliau, selepas kembali dari Arab Saudi, beliau berasa sukar untuk bernafas dan pernafasannya seolah-olah tersekat-sekat/tidak lancar dan mudah penat. Andaian beliau mungkin beliau terdedah kepada pancaran X-Ray semasa merawat pesakit di Arab Saudi. Semasa bercakap dengan kami kelihatan Pn. M penat dan termengah-mengah/tidak lancar penafasannya. Saya memaklumkan bahawa memang kebanyakkan dari pesakit kanser tidak dapat menerima hakikat didatangi penyakit kanser di peringkat awal tetapi lama-kelamaan dengan bantuan/sokongan/nasihat kawan-kawan survivors akan dapat merubah pandangan pesakit itu.

Dalam keadaan begini pesakit perlu kuat, perlu sokongan keluarga, dengar ceramah-ceramah motivasi dan agama serta lebih dekatkan diri dengan Allah. Tidak ada seorang pun boleh mengubah pandangan pesakit tentang sakit ini kecuali diri sendiri. Pujuklah diri sendiri untuk menerima hakikat dihinggapi penyakit ini dan kemudiannya terus ikhtiar dan berusaha untuk mencari penawarnya. Realitinya kita kena menerima dugaan ini dan terus cari ubat atau berubat. Hidup mati adalah kehendak Allah. Orang sihat pun boleh mati. Tidak semestinya orang sakit akan mati. Teringat saya kepada kawan saya yang mengidap sakit kanser rahim. Beliau yang sakit dan masih menerima rawatan di HUKM tetapi suaminya yang kelihatan sihat telah kembali ke rahmatullah kerana sakit jantong. Oleh itu, selagi kita hidup, kita perlu berusaha untuk berubat supaya cepat pulih dan sihat. Ingat, bahawa tidak ada sesiapa boleh pujuk diri pesakit kecuali pesakit itu sendiri. Berdoalah semoga diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Semangat perlu kuat kerana hidup perlu diteruskan selagi kita bernafas. Jika pesakit give up, yang merana nanti adalah pesakit itu sendiri dan tempiasnya adalah pada orang-orang terdekat dengannya. Fikir dan renung-renungkanlah sebelum nasi menjadi bubur.

Perbualan diteruskan dan kali ini berkisar kepada topik pemakanan. Menurut Pn. M, beliau memang suka meminum susu pada setiap hari dan akhir-akhir ini terasa sakit beliau semakin bertambah. Dr. Abdullah salah seorang survivor colon cancer dan juga merupakan rakan senaman kami pada setiap minggu, menasihatkan supaya Pn. M berhenti mengambil susu dan produknya. Mengikut pengalaman beliau dan diet yang diamalkan, makanlah banyak sayuran organik atau sayuran kurang kandungan kimia, kurangkan makanan berminyak dan bergula, makan ikan bersisek, banyak minum air dan jus asli buah-buahan.(buat/blend sendiri) dan buat senaman untuk mendapat lebih oksigen.

Guru qigong turut memberi tunjukajar kepada Pn. M cara pernafasan supaya badan beliau dapat banyak oksigen kerana kekurangan oksigen dalam badan boleh menyebabkan sel kanser cepat merebak.

Memandangkan matahari semakin tinggi dan masing-masing ada urusan lain, saya menjemput Pn. M ke rumah untuk mengambil dan mencuba makan daun pokok duri tujuh dan meminum air rebusan daun pecah kaca. Tidak ada guarantee akan baik serta merta tetapi apa salahnya kita mencuba sebelum meneruskan dengan rawatan intensif di hospital. Didoakan semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan M untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya sihat semula.

Jualan Amal di pesta Konvokesyen UKM,Bangi

Dalam perjumpaan yang lalu, saya telah diamanahkan oleh presiden Persatuan Kanser Selangor/Wilayah Persekutuan (KanWork)Prof. Maznah untuk mencari duit bagi mengisi tabung Kanwork supaya aktiviti persatuan sukarela ini dapat berjalan dengan lancar. Persatuan ini boleh dikatakan lebih 99 peratus ahlinya terdiri dari orang melayu islam. Oleh itu dana perlu dicari mengikut garis panduan agama kita.

Walaubagaimanapun saya perlu memikirkan cara untuk mendapat wang untuk mengisi dana persatuan ini bagi membolehkan aktiviti persatuan ini seperti berikut dapat berjalan dengan mudah dan lancar.

Aktiviti Pertama: Kumpulan sokongan (support group)
Kumpulan yang dikendalikan untuk pengidap kanser
untuk berbual, berkongsi pengalaman dan membantu antara satu sama
lain.

Aktiviti Kedua: Lawatan ke wad:
Melawat pesakit kanser yang akan menjalani pembedahan dan/atau
yang telah menjalani pembedahan di hospital.

Aktiviti Ketiga: Pendidikan komuniti:
Pengamal perubatan, golongan profesional dan kanser survivors
berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka tentang perkara-
perkara yang berkaitan dengan kanser bersama ahli-ahli komuniti.

Aktiviti Keempat: Jaringan rakan sebaya.
Jaringan sokongan telefon rakan sebaya akan membantu pemanggil dengan berkongsi pengalaman mereka sendiri berkenaan rawatan, pengamal perubatan, sokongan ahli keluarga dan pelbagai situasi khusus berkenaan kanser.

Aktiviti Kelima: Sokongan Jaringan e-group.
Satu kemudahan e-mail untuk memudahkan komunikasi di kalangan ahli-ahli. Aktiviti ini juga merupakan satu program pendidikan untuk meluaskan pengetahuan IT di kalangan ahli-ahli kumpulan.

Aktiviti Keenam: Aktiviti riadah dan sosial:
Persatuan ini menyediakan guru mengajar Qigong/'Wai Ta Qung'/Aerobic. Sebagai contoh: Senaman Qigong ini diadakan setiap pagi hari Sabtu di Taman Tasek, Bandar Baru Bangi di bawah bimbingan seorang guru berbangsa Tionghua yang berpengalaman.
KanWork juga mengadakan perjumpaan-perjumpaan sosial seperti jamuan hari raya, ceramah bulan ramadan, ceramah-ceramah/ bengkel motivasi/agama bulanan, lawatan sambil belajar dan lain-lain lagi.

Aktiviti Ketujuh: Pusat Sumber kanser:
Pusat yang memuatkan koleksi bahan pendidikan kanser untuk rujukan pesakit dan orang awam di CaRE (Resource CTR for Edu. & Comm. On Cancer - Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM, Next to Hospital Serdang) dan di Hospital Putrajaya. Aktiviti perkhidmatan sokongan untuk pesakit kanser juga dijalankan di sini.

Aktiviti Kelapan: Program sukarelawan:
Sukarelawan dialu-alukan untuk menjalankan aktiviti pentadbiran, perkhidmatan sokongan, 'outreach', acara dan lain-lain peluang. Sehingga hari ini KanWork dapat sokongan dari sukarelawan yang bukan pesakit kanser tetapi masih tidak mencukupi dan masih memerlukan lagi sukarelawan/wati.

Dalam pencarian tadi, kebetulan Pembantu Tadbir Kanan saya di pejabat Puan Zawiyah bte Ibrahim memaklumkan yang beliau telah tamat belajar dan akan menghadiri Majlis Konvokesyen UKM ke 39 pada bulan September 2011 ini. Dengan bantuan beliau, saya dapat berhubung dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pesta Konvokesyen UKM dan terus bergegas ke UKM memohon gerai untuk jualan amal bagi mengisi tabung KanWork. Saya mengisi borang permohonan gerai dan cuba mohon dikecualikan dari bayaran sewa sebanyak RM 1,800.00 bagi tempoh dari 22 hingga 27 September 2011. Maklumlah, persatuan ini bukan mencari untung tapi adalah untuk mengisi dana dengan menjual barangan terpakai yang diperolehi dari kawan-kawan pejabat/jiran/sahabat sejauh dari Melaka dan Johor Bahru.

Alhamdulillah, selepas AJK pesta bermesyuarat saya dimaklumkan bahawa persatuan kami mendapat gerai tersebut secara percuma. Saya mulalah membuat dan memasang posters memohon barangan terpakai yang masih boleh digunakan untuk jualan amal ini. Dengan izin Allah, ramai kawan-kawan menyumbang dan boleh dikatakan sebuah bilik di rumah saya penuh dengan barangan kiriman dari jauh dan dekat.

Tugas seterusnya ialah menyediakan jadual bertugas di gerai dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam, kerja-kerja 'sort out'/mengasingkan barangan, membeli beg plastik untuk jualan dan lain-lain tugas yang berkaitan. Maklumlah ini kali pertama persatuan ini buat jualan di pesta konvokesyen. Bagi saya tidak ada masalah sebab ia merupakan kali ketiga saya sekeluarga membuat jualan amal tapi sebelum ini jualan kami hanya untuk satu hari sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Jadual bertugas di gerai, surat-menyurat dan penyertaan CaRE diuruskan oleh sukarelawan/ seorang pelajar PHD Universiti Putra Malaysia, Puan Marianna. Tanpa beliau dan suami yang sangat supportive mungkin tugas ini lebih sulit lagi sebab saya tidak ramai kenal petugas-petugas CaRE dan ahli-ahli KanWork.

Bukan mudah untuk mencari sukarelawan untuk menjual di gerai kami lebih-lebih lagi di bulan syawal ini yang penuh dengan jemputan rumah terbuka. Last minute ramai yang mohon keluar dari bertugas dengan memberi alasan masalah keluarga dan sebagainya. Tinggallah beberapa orang sahaja iaitu petugas CaRE, dua orang kanser survivors, saya sekeluarga (suami, anak dan menantu) dan mariana serta suami kerana anak-anak mereka masih kecil.

Saya terus berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kami ini. Kebetulan saya dijemput dan menghadiri majlis baca yaasiin dan rumah terbuka di taman perumahan saya.Tiba-tiba dua orang wanita menghampiri saya bertanya berkenaan jualan amal tersebut. Seorang mohon untuk turut serta dalam jualan tersebut (menjual telekung) dan seorang lagi mohon menjadi sukarelawan. Alhamdulillah, kami sudah ada rakan kongsi dan rakan yang akan membantu menjaga gerai. Saya berbincang dengan setiausaha persatuan dan beliau bersetuju supaya kami ada rakan kongsi. Kami tidak meminta apa-apa kecuali sumbangan ikhlas hasil dari jualan barangan mereka. Di pejabat pula, dua orang rakan datang berjumpa saya mohon untuk turut serta dengan menjual minyak wangi dan tupperware.

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu 22 september 2011. Kami sekeluarga dan Puan Mariana pergi ke gerai untuk membuat persiapan. Pehak penganjur memaklumkan hanya menyediakan sebuah meja dan dua buah kerusi sahaja. Mahu tak mahu terpaksalah kami mohon untuk menyewa empat buah meja, sepuluh buah kerusi dan satu kanvas untuk tutup gerai diwaktu malam. Selepas saya buat rayuan, kami dapat peralatan tersebut secara percuma juga. Terima kasih AJK Pesta Konvo UKM. Semoga Allah merahmati anda semua dan dapat graduan cemerlang. Dengan bantuan rakan jualan kami yang menjual telekung, tupperware dan minyak wangi, jualan amal kami berjalan lancar dan mendapat ramai pengunjung. Bukan sahaja pengunjung datang membeli tetapi juga penjual-penjual gerai lain turut serta memeriahkan pembelian jualan kami.

Setiap hari saya berdoa agar cuaca membantu kami. Maklumlah akhir-akhir ini musim hujan. Cuaca panas untuk beberapa hari tetapi dua hari terakhir hujan lebat membasahi gerai kami. Alhamdulillah tidak banyak barangan kami kena hujan. Pada hari-hari seterusnya, sebelah pagi, suami saya akan membuka kanvas gerai dan menunggu sehingga petugas CaRE (memberi khidmat nasihat dan memberi risalah mengenai kanser) , survivors KanWork, tuanpunya telekung, tuanpunya tupperware dan tuanpunya minyak wangi datang. Pada sebelah malam suami saya, suami Marianna atau menantu saya akan tutup gerai. Begitulah setiap hari sehingga hari terakhir jualan amal kami di mana kami adakan jualan lelong. Jualan kami amat menggalakkan. Seronok menjual terutamanya pada sebelah malam kerana ramai pengunjung datang sehinggakan anak dan menantu yang mengambil alih tempat saya untuk meneruskan jualan terpaksa menutup lampu dulu sebelum menutup gerai pada jam 12.00 malam. Pada sebelah pagi pula sebelum kami buka gerai lagi sudah ada pekerja-pekerja pembersihan di UKM menunggu untuk membeli barangan kami. Alhamdulillah, dapatlah lagi kumpulkan lebih dari RM3,500.00 untuk dana KanWork. Itulah pengalaman kami dan insyaallah kami akan gunakan untuk teruskan jualan amal ini di Pesta Konvokesyen ke 35, Universiti Putra Malaysia pada 14 hingga 19 Oktober 2011.

Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang berikut kerana bermurah hati menyumbang barangan terpakai/baru yang masih cantik dan boleh digunakan oleh orang lain/pembeli-pembeli:
-Professor Maznah (survivor); Y.B. Dato Jalilah bte Mahdan; Pn. Hjjh Siti Zaleha bte Said (Melaka); Pn. Nor Aini bte Zabidi (Johor Bahru); Pn. Wan Hanisah (survivor); Pn. Asmah;Pn. Norlia bte Hashim; Pn. Norehan (survivor); Keluarga Hj. Talib ( Tmn. Desa Sentosa), Pn. Hjh Siti/Hj Karim & keluarga; Hjh Rokiah (survivor) dan Keluarga; Pn. Zawiyah bte Ibrahim; Pn. Mashitah; Pn Roshidah UKM (survivor); Pn. Fatimah; Pn. Siti Rahimah (biskut samprit) dan lain-lain penyumbang. Semoga Allah memberkati, merahmati dan menggandakan lagi rezeki kita semua. Insyaallah.

Terima kasih pada penyumbang tenaga berikut:
Pn. Marianna dan suami; Hj. Rokhani Mangi dan keluarga; Dr. Fakhrulzaman Rokhani dan isteri Dr. Samsuzana serta adiknya Dik Lah; Pn. Fatimah dan En Bidin (telekung); Pn. Mashitah dan Suami (Tupperware); En. Nordin dan pembantunya pn. Rozita (minyak wangi); Pn. Zuraidah (Tmn. Desa Sentosa, Teras Jernang); Dr. Faezah Rokhani serta suami Halian Adi Rizal Bin Halim; Pn. Shaznaz (kanser survivor), Hjh. Rokiah (kanser survivor); petugas CaRE dan lain-lain yang terlibat. Semoga Allah menerima amalan kita dan merahmati kita semua. Ameen.

Monday, September 5, 2011

Madrasah di bulan Ramadan




Menurut kata seorang ustaz, bulan ramadan adalah bulan allah. Belum tentu kita dapat menjalani ibadah di bulan ramadan pada tahun hadapan (Program Tanyalah Ustaz). Alhamdulillah, saya sekali lagi telah diberi peluang untuk menjalani ibadah di bulan ramadan pada tahun ini. Syukur, Puasa cukup dan solat terawih di masjid pun cukup kecuali satu malam sahaja kerana menyempurnakan undangan berbuka puasa di pejabat tempat saya berkerja. Tahun lepas, tak cukup sebab masuk hospital kerana di serang demam denggi. Mohon Allah menerima amalan tersebut dan dapat puasa mabrur. Apa yang saya daya adalah melaksanakan perintahnya dan selebihnya terserah kepada Allah semoga menerimanya.

Apa yang menarik ramadan tahun ini untuk dikongsikan bersama ialah tentang perubahan pembantu rumah (PR)anak saya. Setiap pagi beliau akan datang ke rumah saya untuk membantu mengemas rumah saya dan selepas itu akan bergegas kembali ke rumah anak saya (yang tinggal bersebelahan aje) untuk meneruskan tugasannya di sana. Beliau dari tanah seberang dan pernah berkahwin selama tujuh tahun dengan lelaki bukan penganut agama islam. Biasalah, nak kahwin masuk islam lepas tu tak tahulah... Selepas kematian suaminya, mulalah beliau berhijrah ke mari dan bekerja sebagai pembantu rumah kami dengan mendapat dua gaji sebab kerja di dua buah rumah. Selama berumahtangga, beliau tidak mengamalkan cara hidup islam sepenuhnya sebab terpaksa mengikut kehendak suami.

Apabila bekerja dengan kami tidaklah sukar untuk membentuk PR sebab beliau telah ada asas didikan agama dan pandai membaca Alquran. Mula bekerja, kami minta beliau memakai tudung dan menutup aurat. Alhamdulillah dan kami galakkan dengan membelikan dan menghadiahkan tudung-tudung mengikut warna citarasa beliau. Setakat hari ini, nampaknya pembantu rumah ini masih berbudi bahasa, amanah, menutup aurat dan tidak tinggal solat kerana setiap kali diingatkan waktu dan diminta mengerjakan solat sebelum membereskan kerja-kerja rumah.

Setiap pagi apabila beliau datang ke rumah untuk mengemas, saya pastikan beliau mengikuti program TV9, Tanyalah Ustaz. Apalah sangat satu jam off berbanding dengan ilmu agama yang beliau perolehi dan mudah-mudahan menggunakannya. Kadangkala masa menonton program tu beliau boleh buat kerja-kerja ringan seperti potong bawang,mop lantai depan TV dll. Pada waktu petang jika ada masa lapang pula saya minta PR menonton Program Mari Membaca Al Quran supaya momentum tu masih kekal.

Teringat saya semasa beliau akan mula berpuasa di bulan ramadan pada tahun lepas. Maklumlah setelah sekian lama PR meninggalkan puasa, katanya lima tahun tidak berpuasa. Saya minta PR berdoa kepada Allah mohon kekuatan dan memberi PR motivasi untuk lebih confident berpuasa. Saya beri galakan dengan mengurangkan tugasan beliau dan memastikan PR bangun sahur dan makan secukupnya supaya bertenaga sepanjang hari.Saya nasihatkan supaya PR bersedia dengan tuala basah untuk di lap di kepala atau letak di leher jika tidak tahan dengan cuaca panas. Alhamdulillah PR dapat menjalani ibadah puasa dan tinggal hanya enam hari kerana haid. Puasa yang tinggal tu pun saya pastikan di bayar/qadha balik selepas bulan ramadan tahun tersebut.

Alhamdulillah pada tahun ini pula PR hanya tinggal dua hari sahaja kerana haid di awal ramadan. Memandangkan Allah kurniakan kesihatan kepada saya tahun ini, PR juga saya bawa bersama-sama solat terawih di masjid tersebut. Hampir setiap hari saya bertanya kepada PR tentang ibadah puasa dan perkembangannya membaca Al-Quran. Dua hari sebelum menjelang syawal, saya bertanya dan memberi pilihan samada PR hendak balik bercuti di rumah kakaknya atau terus bersama kami untuk solat aidil fitri pada pagi satu syawal nanti. Terkejut saya apabila PR memilih untuk bersama-sama kami bagi menyempurnakan solat di pagi syawal.

Saya beryukur kerana bulan ramadan telah berjaya memadrasahkan/mendidik dan membentuk PR ke jalan Allah dan semoga amalan beliau berkekalan bukan hanya semasa bekerja dengan kami tetapi hendaknya sehingga ke akhir hayat beliau. Insyaallah

Relay For Life KL 2011

Relay For Life, Melaka


Relay For Life, New Zealand


Tahun ini saya berkesempatan untuk turut serta dalam Relay for Life yang diadakan pada setiap tahun. Kenapa dapat turut serta? Kerana saya diberi tugas menjaga booth KanWork (Persatuan Kanser Selangor) dan juga dengan izin Allah, program tersebut di adakan pada 16 hingga 17 julai di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi yang berdekatan dengan rumah saya.

Petang 16 Julai, selepas solat Asar saya bergegas ke stadium UKM untuk membantu menyediakan booth KanWork.Secara bergontong royong kami berjaya mengadakan booth tersebut dan bertugas secara bergilir-gilir sehingga pagi 17 Julai. Terdapat juga booth dari lain-lain persatuan kanser dan tidak ketinggalan juga gerai menjual makanan. Apabila kami mendaftar, kami di beri beberapa cenderahati dan kupon untuk makan.

Ramai yang datang tetapi ianya lebih kepada penyertaan bukan beragama islam. Program ini tidak di buka untuk orang awam tetapi lebih kepada kanser survivors, sukarelawan dan NGO's. Berbagai acara diadakan seperti larian mengelilingi padang sepanjang malam hingga pagi keesokan harinya, nyanyian, tarian dari sukarelawan dan persembahan nyanyian dan tarian dari cancer survivors. Tidak ketinggalan upacara memasang lilin yang diletak di dalam beg kertas dan ditulis nama diluar beg tersebut bagi mengingati pesakit kanser yang telah meninggalkan kita semua buat selamanya. Beg tersebut diatur di sekeliling padang dan didapati betapa ramainya yang telah gugur samaada sempat berjuang atau tidak dalam mengharungi sakit kanser yang amat merbahaya ini.

Bagi pembaca blog ini yang ada kenalan dikesan mengidap sakit kanser, nasihatkanlah mereka supaya SEGERA mendapat rawatan di hospital. Betul, memang ajal di tangan tuhan tapi usahalah sebelum terlambat.Jika tidak, apabila sakit tersebut telah merebak ia akan menyusah serta merumitkan diri sendiri dan keluarga.

Bagi kanser survivors, hidup perlu diteruskan tapi perlulah berhati-hati setelah diberi peluang kedua ini. Gunakanlah sebaik mungkin ke jalan yang diredhai Allah sebab jika kita lupa, cancer reccurence boleh berlaku pada bila-bila masa atas kehendak yang Maha Esa. Tidak ramai manusia yang diberi peluang kedua untuk muhasabbah diri dan perbetulkannya. Tapi bagi kanser survivors mereka dapat peluang keemasan ini dan penuhilah dengan perkara dan program yang bermanafaat.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan panggilan talipon dari salah seorang rakan survivors yang menghidap kanser rahim. Beliau bertanya kabar dan berkongsi pengalaman dengan saya. Perkenalan saya dengan Puan N ini semasa saya dalam rawatan pada tahun 2008. Sakit kanser beliau berulang dan lebih complicated dan sekarang masih dalam rawatan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk menghadapi dugaan ini kerana dugaan beliau amat berat. Baru-baru ini beliau telah kematian suami (kena serangan jantung) dan terpaksalah berpindah ke rumah ibunya dan menjaga ibunya yang sedang uzur dan pada masa yang sama menjaga sendiri anak yang masih bersekolah rendah. Tidak cukup dengan dugaan tersebut, menurut Puan N, baru-baru ini semasa beliau menghadiri jemputan kahwin, pencuri telah masuk ke rumah kediaman mereka dan mengambil satu-satunya kenangan yang tinggal iaitu barang emas pemberian arwah suami beliau.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Beratnya dugaan rakan ku ini. Ya Allah kau berilah kekuatan kepada rakanku ini dan berilah rahmatmu supaya rakanku ini dapat meneruskan kehidupannya dalam keadaan sihat untuk dirinya dan menjaga anak yatim serta ibunya. Ameen.

Monday, June 13, 2011

Kanser payudara dan rawatan terkini


Tanda-tanda Kanser Payudara

Pada 11 June 2011, saya sekali lagi telah berpeluang menghadiri ceramah mengenai rawatan terkini penyakit kanser payu dara oleh seorang doktor pakar dari Universiti Kebangsaan Medical Centre. Menurut Professor tersebut, kanser payu dara ini kebanyakkannya di kalangan wanita and hanya lebih kurang 1% di kalangan lelaki. Di kalangan wanita ia adalah pengidapnya adalah yang berumur 40-60 tahun. Berikut saya perturunkan maklumat tersebut untuk dikongsi bersama semoga kita dapat mencegah dari menghidap penyakit merbahaya ini.

1. Risiko penyakit kanser di kalangan orang yang:

- Pernah menghidap kanser payu dara.
- ada sejarah keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser payu dara
sama ada emak atau adik-beradik.
- pernah mendapat rawatan seperti ketulan/lendir di payu dara.
- Lambat mendapat anak pertama.
- Datang haid awal dan lambat menopause.
- Tidak menyusukan anak.
- Mengambil hormon tambahan seperti OCP, HRT lebih dari 5 tahun.

2. Tanda-tanda awal mengidap penyakit kanser payu dara:

- Ada ketulan yang tidak sakit, keras dan ketulan yang tidak licin di payu dara.
- Perubahan pada kulit
- Luka, pendarahan atau putting yang terperosok.
- Saiz payu dara yang tidak sama besarnya.
- Lelehan (nipple discharge) berwarna brown, hitam, hijau pekat.

3. Tanda-tanda lewat mengidap penyakit kanser payu dara:

- Skin changes iaitu:
-Peau d'orange (kulit warna oren sunkist)
-Intradermal lymphatic obstruction
-Cancer en cuirasse
-Thick and rigid skin
-Leather-like (kulit jadi keras macam leather)

4. Cara pemeriksaan

- Secara fizikal( guna tapak tangan untuk mengesan ketulan di payu dara)
- Biopsi
- Mammografi atau ultrasound
- Xray dada/thorax
- Ultrasound hati
- Scan tulang
- CT scan dada/thorax dan abdomen

5. Rawatan kanser payu dara dengan cara berikut:

- Pembedahan
- Kimoterapi
- Radioterapi
- Terapi hormon
- Terapi antibodi

6. Pembedahan dilakukan dalam banyak keadaan seperti berikut:

- Mastektomi + kelenjar @ santinel
- Pembedahan setempat + kelenjar @ sentinel + radioterapi
- Wire-guided pembedahan setempat + radioterapi
- Pembedahan rekonstruksi

7. Pembedahan mastektomi adalah untuk:

- Ketumbuhan yang besar lebih dari 4cm
- Ketulan yang terletak dekat dengan puting
- Bilangan ketulan yang melebihi dari satu di payu dara yang sama
- Mempunyai penyakit connective tisu
- Mengandung

8. Pembedahan setempat adalah bagi kes berikut:

- Ketumbuhan yang kecil (peringkat awal)
- Jauh dari putting ( 2-3 cm)

9. Kebaikan pembedahan setempat (wide local)

- Mengekalkan bentuk payu dara yang normal bagi menjaga body image dan sensation.

10. Mastektomi

-Sebab mastektomi dilakukan adalah:

(i) Tiada kemudahan/tidak ingin menerima radioterapi
(ii) Atas pilihan pesakit yang tidak mahu melihat payu dara yang berpenyakit
atau takut kanser datang kembali

11. Pembedahan rekonstruksi

-Pembedahan ini adalah untuk pesakit yang terpaksa menjalani mastektomi samada
(i) immediate kerana ketumbuhan kecil
(ii) Delayed kerana terpaksa menjalani radioterapi atau risiko tinggi
"recurrence"
- Hasil pembedahan rekonstruksi adalah body image/benduk walaupun ia tidak
seperti original kerana tiada sensasi dan kekenyalan yang berbeza.

12. Pembedahan ketiak

- Axillary dissection Untuk:
(i) Membuang kelenjar level 2 untuk
- sekitar 10-20(>30)
- Mengenalpasti merebak/peringkat
- Mengelakkan kanser datang balik.

- Masalah selepas pembedahan ketiak adalah:
(i) Pergerakan bahu yang terhad
(ii) Ras kebas
(iii) Tangan bengkak (lymphoedema)
(iv) Risiko jangkitan kepada tangan
(v) Pembedahan yang lebih besar.

- Penjagaan:
(i) Elakkan pakaian ketat
(ii) Penjagaan kuku
(iii) Memakai sarung tangan semasa bekerja
(iv) Mengelakkan mengangkat barang berat (< 5kg)
(v) Elakkan sunburn
(iv) Cuci luka dengan antiseptic
(iiv) Elakkan mengambil tekanan darah/ujian darah pada tangan yang telah
dibedah
(iiiv)Ambil antibiotik bila perlu
(ix) Tinggikan tangan bila tidur.

13. Sentinel biopsi

13.1. Sentinel biopsi menggunakan:
(i) Teknik kombinasi radioaktif dan pewarna (dye)
(ii) Hanya keluarkan 1-3 biji kelenjar
(iii) Sesuai untuk kanser peringkat awal bagi:
- Saiz ketumbuhan < 4 cm
- Tiada kelenjar yang dapat dirasa/US

13.2. Kebaikan sentinel biopsi
(i) Sangat tepat
(ii) Tiada masalah seperti axillary dissection
(iii) Discaj awal

13.3. Kepakaran untuk sentinel biopsi berada di:
(i) PPUKM/UKM Specialist Centre (telah handle lebih dari 60 kes)
(ii) Prince Court Medical Centre
(iii)Penang General Hospital & Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

14. Kemoterapi

- Hanya untuk pesakit tertentu
- Pelbagai jenis rawatan berdasarkan peringkat dan jenis penyakit
- Kos yang berbeza kerana diberikan berdasarkan garis panduan yang disediakan
- Paling biasa adalah 6 kali setiap 3 minggu.

15. Radioterapi

- Wajib diberikan selepas pembedahan setempat
- Kadang-kadang diberikan selepas mastektomi bergantong kepada peringkat dan
jenis kanser
- Juga diberikan untuk kanser yang merebak ke tulang atau otak
- Rawatan terkini ( intra-operative brachytherapy)

16. Hormon terapi

16.1. Hormon terapi adalah dalam beberapa bentuk seperti berikut:
(i) Tamoxifen
- Adalah untuk pesakit yang belum dan selepas menopause.
- Juga bagi pesakit yang estrogen positif

(ii) Anastrazole, Letrozole, Exemestene
- Adalah untuk kumpulan Aromatase inhibitor
- Untuk pesakit menopause
- pesakit estrogen positif
- Kos agak tinggi.

17. Terapi antibodi

Terapi antibodi adalah:
(i) Trastuzumab (Herceptin)
- Sesuai untuk c-erbB2 positif
- Kos sangat tinggi.
(ii) Lapatinib (Tykerb)
- Sesuai untuk c-erbB2 positif
- Generasi kedua.

18. Rawatan Lain

(i) Biphosphonate
- Zometa, Bonefos
- Kanser merebak ke tulang.

(ii) Diet
- Tiada bukti-bukti saintifik yang kukuh yang menunjukkan lebih baik
dari rawatan sekarang
- Komplementari bukan alternatif.

(iii) Spiritual
- Positive thinking
- Membantu menguatkan immuniti dan daya tahan diri
- Komplementari bukan alternatif

(iv) Gaya hidup sihat
- Senaman
- Tai Chi
- Chi Gong


19. Genetik

(i) Penyakit kanser ini ada yang disebabkan oleh keturunan. (BrCA1 dan BrCA2
genetik.
(ii) Risiko mendapat kanser adalah:
- 2 or more first or second degree relatives on the same side of family
with breast or ovarian cancer of any age
- 2 or more first or second degree relatives on the same side of family
with breast cancer , 1 of whom was diagnosed _< age 50 years old; or
- 1 first degree relative with breast cancer diagnosed _< age 40 years
old
- 1 first degree relative with both breast and ovarian cancer at any
any age
- 1 first degree relative with bilateral breast cancer at any age
- 1 first degree relative with male breast cancer,

19. Langkah Pencegahan

Penyakit kanser ini boleh dicegah dengan cara berikut:
(i) Penyaringan (screening)
- Pemeriksaan sendiri - setiap bulan
- Pemeriksaan doktor bagi setiap 6-12 bulan
- Mamogram ( Setiap 1-2 tahun) bagi:
- Umur 50-74 (risiko rendah)
- Umur 40-49 (risiko tinggi)
(ii) Ubat
- Tamoxifen, Raloxifene (Evista)
- Anastrazole (masih dalam kajian)
- Hanya untuk ER+

20. Siapa patut berjumpa doktor?

- SEMUA wanita yang mempunyai ketulan terutama > 3sm
- Wanita berusia atas 40 (? 35) tahun dan mempunyai ketulan
MESTI menjalani ujian
- pemeriksaan klinikal
- mammografi/Ultrasound
- Biopsi


Harapan saya maklumat di atas dapat digunakan untuk nmembuat keputusan mengenai bentuk rawatan yang akan diambil oleh pesakit supaya mereka merasa selesa sepanjang rawatan yang dilaluinya. Insyaallah. Terima kasih saya tujukan kepada Professor Dr. Rohaizak Muhammad, Pakar Perunding Kanan, Endokrin dan Payu Dara, UKM, Medical Centre. Sebarang pertanyaan bolehlah cuba email beliau di:
rohaizad@hotmail.com

Monday, May 23, 2011

Kanser dan genetik

Biologi Kanser


Alhamdulillah hari ini iaitu 23 Mei 2011,genap 3 tahun berlalunya peristiwa hitam dalam hidup saya. Tetapi kenangan ngeri yang saya lalui iaitu pembedahan, kimoterapi, radiasi dan herceptin masih tidak dapat dilupakan.Saya berdoa semoga apa yang saya lalui tidak akan dialami oleh anak-anak dan keturunan kami. Berdoa saja tidak cukup tapi ia perlulah diiringi dengan usaha dan ikhtiar.

Pada 14 Mei lalu saya telah berkesempatan mendengar ceramah atas tajuk: Kanser dan genetik oleh Professor Dr. Teo Soo-Hwang dari Cancer Research Initiatives Foundation. Ceramah ini membincangkan khususnya mengenai kanser payudara yang mana peluang untuk mendapatnya di kalangan wanita adalah tinggi lebih-lebih lagi jika ada family history. Berikut saya perturunkan maklumat untuk dikongsi bersama.

Apa yang dimaksudkan dengan family history of breast cancer? A family history of breast cancer means having one or more blood relatives who have, or had, breast or ovarian cancer. These relatives could be on either the father's, or the mother's side of the family.Breast cancer that occurs in your mother's or father's family are both important in your family.

How is familial breast cancer inherited?
Each one of us inherit two copies of each of our genes - one copy from our mother and one copy from our father. Only one of the two inherited copied of the gene needs to be faulty to cause an increased risk to breast cancer. if your mother or father carries a faulty gene, she/he will also have a normal copy. This means that you have a 50:50 chance of inheriting a faulty copy and a 50:50 chance of inheriting the normal copy. If you inherit a faulty copy, you will have a 50:50 chance of passing it on to your children. Oleh itu bertindaklah lebih awal bak pepatah inggeris berbunyi, "Prevention Is Better Than Cure".

Siapa yang dinasihatkan pergi untuk Genetik counselling?
Women who are thought to be at moderate/high risk of developing breast canser should seek genetic counselling.
A trained clinical geneticist or genetic counsellor is someone with special knowledge of the link between genes and inherited illnesses, and will help you understand your family history and your risk of developing breast cancer.

Apa salahnya kits barusaha sedikit sebelum "Nasi menjadi Bubur". Berusaha hari ini adalah untuk kesihatan dan kebahgiaan pada masa depan.

Untuk keterangan lanjut mengenai genetik councelling, sila hubungi:

Ms Yoon Sook-Yee(Assoc. Genetic Counsellor)
Cancer Research Initiatives Foundation (CARIF)
2nd Floor, Outpatient Centre,
Sime Darby Medical Centre,
47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel:+603-5639 1874
Fax: +603-5639 1875
Email : canre@tm.net.my