Friday, March 9, 2012

Harapkan Pagar, rupa-rupanya Pagar Makan Padi

Breast Kanser

Hari ini 9 Mac, saya masih bercuti sebab saya ada appointment pada jam antara 8 hingga 9 pagi dengan doktor di wad Onkologi HUKM.Ini merupakan pemeriksaan biasa bagi cancer survivors. Setiap 6 bulan kami mesti diperiksa untuk mempastikan sihat.

Se awal jam 5.30 pagi saya telah bangun dan selepas mengerjakan solat saya ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Kebetulan pada malam tadi adik ipar saya menumpang tidur kerana hendak ambil anaknya disekolah asrama penuh di Putrajaya pada hari ini. Maklumlah, penggal cuti sekolah bermula hari ini. Memandangkan besan saya pun ada di rumah anak saya yang tinggal bersebelahan dengan saya, kami pun menjemput beliau untuk sama-sama minum pagi. Bagi menghormati tetamu, kami sama-sama menjamu selera dan tidak sedar masa melepasi jam 9.00 pagi. Saya mohon diri untuk ke HUKM dan diikuti dengan adik ipar saya yang hendak mengambil anaknya di Putrajaya.

Sebelum bertolak, saya talipon HUKM mohon maaf dan maklumkan yang akan ke sana sekejap lagi. Tanpa berlengah, kami mulakan perjalanan dan terperanjat kami apabila melalui radio diberitahu bahawa keadaan sesak di lebuhraya mulai dari Universiti Putra Malaysia (UPM) hingga ke Kuala Lumpur. Kasihan suami saya yang memandu dan cucu yang turut menemani saya. Seperti biasa, saya selalu gunakan ruang dan peluang yang ada dengan mendengar radio sambil menghantar dan menjawab SMS melalui talipon bimbit saya. Pagi ini suami saya membuka radio saluran Light and Easy yang mendendangkan lagu-lagu lama yang evergreen. Apa yang menarik kata-kata DJ radio itu antaranya adalah ; "WE HAVE ONE LIFE,LET'S KEEP IT SIMPLE." Pandangan beliau baik terutamanya untuk cancer survivors yang telah diberi peluang kedua di dunia ini sepatutnya make life simple, easy and less stressful. After all, we have gone through all the hardship daripada ada rambut hinggalah botak dan kuku yang cantk berkilat menjadi lebam akibat dari kimoterapi.

Akhirnya pada jam 11.30 pagi sampailah saya dan berjaya mendaftar serta mendapat nombor giliran 1032 sedangkan giliran sekarang adalah 1024. Saya mencari tempat duduk dan kebetulan ada kosong. Disebelah saya duduk seorang wanita yang berambut perang panjang terurai, mukanya di makeup dengan rapi dan agaknya berumur lebih 55 tahun. Saya menyapa beliau dan memulakan perbualan seperti biasa tentang, adakah beliau pesakit disini? Apabila jawapan beliau ya, mulalah saya dengan soalan-soalan lain seperti melepaskan peluru dari pistol.
( Teringat saya pada suatu ketika dulu pernah menjalani latihan menembak). Rupa-rupanya wanita ini mengidap kanser payudara pada tahun 2008 sama seperti saya. Beliau telah menjalani pembedahan payudara di sebelah kiri dan selepas itu mengambil pil tamoxifen. Malangnya setahun kemudian telah dikenalpasti ada ketumbuhan di payudara sebelah kanan pula. Menurut wanita ini, sebabnya adalah kerana pil tamoxifen itu tidak sesuai dan tidak efektif untuk beliau. Akhirnya pembedahan sekali lagi dilakukan dan sekarang beliau sedang mengambil pil lain yang lebih sesuai.( Dia ada sebut nama pil tu tapi terlupalah)

Itulah namanya takdir. Pil yang disangkakan boleh mencegah kanser telah memakan tuan dan telah meragut kedua-dua belah payudara yang menjadi kebanggaan wanita, dulu, kini dan selamanya. Bagi wanita yang membaca blog ini, jagalah kesihatan payudara anda sebelum kehilangannya.Nak buat macam mana kerana dua-dua payudara telah di mastectomy? Walaubagaimanapun perlulah bersyukur. Alhamdulillah masih hidup dan sihat selepas wanita ini melalui dua pembedahan. Ada pesakit yang pernah saya temui, telah menjalani 4 kali pembedahan, masih belum pulih dan sedang menjalani rawatan lagi. Ada pesakit kenalan saya yang menjalani kimoterapi di HUKM semenjak tahun 2009 hingga sekarang. Tinggal tulang dengan kulit sahaja. Bayangkan.... Bersyukurlah. Apabila tengok tu, janganlah tengok orang yang diatas kita tapi tengoklah orang yang di bawah kita supaya kita tahu berapa beruntungnya kita berbanding pesakit lain yang lebih menderita dan merana akibat sakit kanser.

Selepas pemeriksaan doktor dan disahkan setakat ini sihat sebab masa depan kita tak tahu dan tak dapat dijangka, Mudah-mudahan saya sihat hingga ke akhir hayat. Saya beredar dari wad dan mencari suami dan cucu yang sedang menunggu di dalam kereta. Apa yang really touched my heart adalah apabila saya masuk kereta sahaja, cucu lelaki kami yang berumur 2 tahun 10 bulan menyanyikan lagu......ALLAH SELAMATKAN TOK GIRL; ALLAH SELAMATKAN TOK GIRL, ALLAH SELAMATKAN KAMI SEMUA; ALLAH SELAMATKAN TOK GIRL...
Betapa bersyukurnya saya, pada hari jumaat seorang kanak-kanak yang belum ada dosa mendoakan neneknya. (cucu saya panggil saya dengan gelaran TOK GIRL). Insyaallah mudah-mudahan kami sekeluarga dan pembaca blog ini selamat didunia dan akhirat.Ameen

No comments:

Post a Comment