Sunday, March 29, 2009

rawatan herceptin

Esok 30 Mac, saya akan menjalani rawatan herceptin buat kali pertama. Saya dikehendaki menjalani rawatan ini tiga minggu sekali selama setahun. Ubat ini adalah untuk mencegah kanser. Kos ubat ini sangat mahal dan saya berterima kasih kerana ditanggung oleh jabatan saya.

Saya tanya doktor tentang kesan sampingan setelah mengambil ubat ini. Menurut doktor ianya bergantung pada individu. Ada juga pesakit mengalami rashes. Saya cuba mencari maklumat dari kawan2, tapi hanya dapat bertemu dengan seorang pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan ini. Menurutnya, beliau mengalami sakit pinggang dan gangguan penglihatan(kabur).

Saya merasa gentar juga untuk menjalani rawatan ini sebab difahamkan ia boleh juga membawa kesan pada jantung. Saya berserah kepada allah dan berdoa agar dapat menjalani rawatan ini dengan lancar dan jayanya tanpa ada kesan sampingan negatif. Insyaallah saya akan kongsi pengalaman saya melalui blog ini.

5 comments:

  1. Abang doakan mak mudah menjalani rawatan herceptin. InsyaAllah semua ok..

    ReplyDelete
  2. Salam,puan sy aniS juga perlu ambil herceptin, sy sudah refer hkl utk ambil herceptin ni tp tiada peruntukan, jika dihospital swasta harganya mahal jd boleh tak puan beri cadangan di hospital mana saya boleh dptkn rwtan ini mggunakan insurans. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam...puan saya pun tgh on going herceptin, now turn 3, by the way Dr bgtau ubat ni mmgg blh effect pada jantung. tapi kita perlu pantau tanda2 yg boleh menyebabkab gangguan jantung, antaranya bengkak kaki, penat dan sesak nafas. Saya pun dapat percuma juga rawatn ini di GH penang. Insyallah puan, kita telah berusaha dan berikhtiar, kuasa penyembuh semua ditangan Allah..semoga kita sama2 beroleh kesihatan yang baik...Ameeenn..

    ReplyDelete
  4. so far, Puan sekarang mcmna dah satle herceptin ni....boleh kongsi sikit :)

    ReplyDelete
  5. so far, Puan sekarang mcmna dah satle herceptin ni....boleh kongsi sikit :)

    ReplyDelete