Thursday, May 19, 2022

Comel kucing kesayanganku

Alhamdulillah, Hari Khamis, tanggal 19 Mei 2022, jam 8.10pg dgn bantuan anak, dapatlah aku menulis semula dlm blog ni. Semuanya dgn isin Allah SWT 
Ceritaku kali ni tentang seekor kucing yg pernah beberapa tahun dulu aku kutip dari pasar basah di seksyen 1, Bangi.
Kucing memang tidak jauh dari hatiku. Sejak kecil rumah kami memang ada banyak kucing, kadang2 sampai mencapai 13 ekor bergantong pd kehadiran mereka. Tabiat suka kucing hinggalah sekarang. Comel, kucing Siam ni lain dari kucing lain yg pernah  ku pelihara. Dia sangat istimewa buatku  kerana dia suka memanjakan dirinya dgn menemaniku kemana saja aku pergi. Kadang2 aku naik remas Dan lemas. Tapi sabar aje lah. Memang sangat manja Dan lemah lembut wataknya. 
Buat beberapa hari ni kelihatan dia tidak aktif dan suka menyendiri. Apabila lepas makan, comel akan muntah.
Mula2 aku Ingat dia salah makan sebab dia memang suka tangkap burung2 spt  merpati, anak2 ular dll dan membawa balik utk menunjukkannya dihadapanku. 
Kali ni, comel menunjukkan reaksi yg berbeza. Dia bukan shj muntah selepas makan, tapi tak boleh minum, hanya tenung air minumannya, berat badannya merosot, tidak aktif seperti selalu. 
Aku pun mohon bantuan anak utk hantar comel ke klinik haiwan. Punya ramainya orang yg hantar kucing ke klinik. Kami terpaksa menunggu lebih 1 jam utk berjumpa doktor. Akhirnya dapat lah comel berjumpa doktor dan dinasihatkan agar buat peperiksaan darah. Aku setuju. Keputusannya mengejut dan menyedihkan sebab doktor kata buah pinggang Dan hati comel dah rosak. Doktor nasihatkan supaya comel masuk ward utk beberapa hari utk dirawat. Perlu beri antibiotik, makan soft diet dan dimasukkan air sebab badannya kekurangan air. Menurut doktor, peluang utk comel survive hanyalah 50 peratus. Tersentap mendapat beritahu tu.
Tanpa aku sedari, air mataku berjurai keluar tanpa henti. Malu juga depan doktor tapi ia spontan yg lahir dari hati yg penuh kasihan takut kehilangan comel. 
Dengan berat hati aku terpaksa meninggalkan comel di klinik utk beberapa hari. 
Semoga Allah SWT beri yg terbaik utk comel. 

No comments:

Post a Comment