Thursday, February 23, 2012

Penyakit yang tidak mengira usia



Pada hari Sabtu 18 Februari, saya beserta suami dan anak lelaki kami bergegas ke Muar selepas menerima berita tentang nenek tiri suami saya yang sedang sakit tenat di kampongnya Parit Bakar.Lebih kurang jam 9.00 malam kami sampai ke rumah beliau yang telah ramai dengan saudara mara. Selepas bersalam-salaman kami terus ke bilik nenek dan betapa sedihnya hati saya apabila melihat nenek yang terlantar diatas katil. Nenek hanya bernafas dengan bantuan alat penafasan dan turun-naik penafasannya seolah-olah seperti ombak tsunami. Tiba-tiba saya terbayang akan diri saya. Bagaimana agaknya keadaan saya pada umur mencecah 88 tahun seperti nenek ini? Terasa sedih dan ngeri kerana masa depan tidak dapat diramal kerana hanya Allah yang mengetahui dan menetapkannya.

Kami duduk ditepi katil nenek dan membaca surah yaasiin untuk memohon semoga Allah meringankan sakit nenek ini. Seronoknya saya berada disitu apabila melihat cucu-cucu nenek yang datang menziarah dan selepas itu terus membaca surah yaassin di tepi katil nenek yang terbujur kaku. Alhamdulillah masih ada cucu-cucu yang boleh membacakan yaassiin untuk nenek mereka. Tahniah kepada ibu bapa yang bijak mendidik anak-anak mereka yang pandai menyesuaikan diri dengan keperluan dan keadaan.

Selepas itu, kami berbual-bual dengan anak nenek dan diberitahu bahawa nenek ini baru sahaja habis kimoterapi yang keenam akibat dari kanser di lehernya. Selepas kimoterapi yang keenam , badan nenek terlalu lemah dan dimasukkan ke hospital Johor Bahru selama beberapa hari dan akhirnya doktor menasihatkan supaya nenek ini dibawa balik. Lebih kurang jam 11 malam kami bertolak balik kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Pada keesokkan harinya iaitu hari Ahad kami diberitahu bahawa nenek telah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah nenek tidak lama menderita sakit tua dan sakit kansernya.Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh nenek.

Baru sahaja kehilangan seorang nenek, pada pagi 23 Februari saya telah dikejutkan lagi dengan berita bahawa seorang pegawai saya telah mengalami sakit brain tumour/ketumbuhan dalam otak. Sebenarnya Puan H baru sahaja bertugas di cawangan saya. Orangnya cantik dan masih muda, baru berumur 44 tahun. Masa beliau mula lapor diri, kami dapati Puan H tidak menjawab apa yang kami tanya. Rupa-rupanya ibu Puan H yang menemani anaknya ke pejabat kami pada satu hari memaklumkan kepada kami bahawa Puan H menghadapi masalah pendengaran. Disamping itu beliau juga menghadapi masalah balancing/seimbang sebab apabila berjalan beliau sering terlanggar pintu.

Kami menasihatkan Puan H supaya pergi berjumpa doktor dan akhirnya selepas menjalani MRI beliau disahkan mengidapi ketumbuhan dalam otaknya. Malam tadi (26 Februari) saya mendapat berita dari Puan H yang beliau akan masuk wad pada hari ini dan akan menjalani pembedahan pada esok hari. Kata Puan H, menurut doktor, penyakit beliau tidak boleh ditangguh pembedahanya kerana akan memudaratkan dirinya.

Nasihat saya pada Puan H semoga tabah menghadapi dugaan kerana jika kita susah hati atau senang hati kita akan juga kena menjalani pembedahan. Pada saya, lebih baik kita menerima dan menjalani ujian ini dengan senang hati dan redha atas ketentuan Yang Maha Esa so that kita tidak stress. Akibat stress nanti boleh menaikkan darah tinggi dan pembedahan terpaksa ditangguhkan. Cuba relaks dan tenang sebab pilihannya di tangan anda samada hendak masuk dalam bilik bedah dalam keadaan tenang atau sebaliknya.

Saya bercakap begitu sebab saya telah menjalani enam kali pembedahan, tiga kali caesarian, sekali pembedahan payudara, sekali masukkan kimo pod ( biasanya setengah jam tapi saya lebih sejam) dan akhir sekali pada bulan Disember 2011. Apa yang saya selalu lakukan sebelum pembedahan ialah memohon ampun dan maaf dari suami,anak-anak dan keluarga. Mohon mereka doakan kejayaan pembedahan dan kesihatan saya. Kakak saya Kak Tik dan Kak Kepol pasti akan kata yang " Aku dah buat solat hajat dan tiap kali selepas solat aku doa untuk kesihatan kau". Tidak lupa juga saya akan talipon abang saya, abang Salleh mohon doakan saya. Ibu bapa saya telah lama meninggal dunia. Pasti beliau akan beri kata-kata yang menambahkan confident saya untuk menghadapi dugaan ini.

Siapa kata tak takut nak menjalani pembedahan, bohong jika kata tak takut tapi make your choice. Choose the best option and followed by berdoa dan insyaallah semuanya berjalan lancar. Allah is always with us and berdoa dan berdoalah. Selamat menjalani pembedahan dan kami semua rakan sepejabat memanjatkan doa kepada Allah semoga pembedahan ini berjaya dan Puan H cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Ameen

No comments:

Post a Comment