Saturday, May 2, 2009

Sentuhan emas


 Adakah kah ini di katakan Sentuhan Emas

Sokongan dan keperihatinan 

Semalam kawan saya talipon menanya khabar dan memberitahu akan mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga. Beliau tanya ada apa-apa nak pesan? Saya pun mengambil kesempatan memohon supaya beliau mendoakan saya agar sihat dan panjang umur dalam ketaqwaan dan keimanan kepada allah. Hati saya tersentuh kerana masih ada kawan yang masih ingat pada saya. Jika kawan ini senyap-senyap pergi buat umrah mana saya tahu, tapi hatinya sungguh murni dan ikhlas.

Minggu lepas rakan lama saya( kerja sepejabat semasa di Melaka pada tahun 1980han) berbangsa tionghua sms menanya kabar kerana tahu saya baru menjalani rawatan herceptin kedua kali. Bukan sekarang tapi sejak dulu apabila beliau dapat berita saya mengidap kanser lagi beliau akan talipon dan sms saya menanya kabar. Bukan itu sahaja beliau ziarah saya dan pasti akan sms saya dengan kata-kata perangsang setiap kali selepas saya menjalani kimoterapi. Betapa baiknya hati beliau walaupun kami berlainan bangsa dan agama.

Pada hari rabu lepas, selepas menjalani mamogram di hospital, saya terus ke pejabat untuk menghantar sijil cuti sakit dan tuntutan kos perubatan. Sampai di pejabat ramai kawan-kawan bertanya kabar dan selepas itu saya terus berjumpa kerani berkenaan. Betapa seronoknya saya kerana kerani tu sungguh baik hati melayan saya dan kemudian menemani/menghantar saya balik hingga ke kereta. Baik sungguh budi bahasanya. Walaupun nampak perkara ini kecil tapi ia memberi kesan yang mendalam bagi saya dan juga rasanya pada pesakit-pesakit lain jika dilayan begitu rupa. Itulah dinamakan sentuhan emas. Ia tidak perlu wang ringgit tapi dengan bertanya kabar dan memberi sedikit perhatian sudah cukup untuk meninggalkan kenangan yang indah dan manis kepada saya.

Akhir-akhir ini, entah kenapa hati saya mudah tersentuh apabila ada orang menunjukkan care/prihatin pada saya. Rakan-rakan dan anak akan email saya maklumat-maklumat tentang kanser dan atas rasa tanggungjawab saya ingin berkongsi maklumat yang saya terima atau baca. Baru-baru ini saya telah mendapat maklumat lagi tentang penyakit kanser yang ingin saya kongsi bersama. Menurut artikel tu, setiap orang memang ada sel kanser. Ia akan aktif bergantung pada banyak keadaan. Oleh itu marilah kita sama-sama melawan kanser dengan cara melaparkannya/starved the cancer cell dengan tidak memberi makan kepadanya makanan yang akan membiakkannya. Makanan sel kanser antaranya adalah gula dan susu dan sel kanser hidup dalam persekitaran yang acidic.

1.Gula.

Gula adalah makanan kanser. Oleh itu eloklah jangan makan gula dan digantikan dengan madu lebah tapi dalam kuantiti yang sedikit. Madu lebah yang baik adalah manuka honey.

2. Susu

Pengambilan susu menyebabkan badan kita mengeluarkan mucus yang merupakan makanan untuk sel kanser. Gantikanlah dengan susu soya yang tidak manis/unsweetened soy milk atau susu rendah lemak/low fat milk.

3. Keadaan acidic

Sel kanser hidup dalam keadaan acidic/strive in an acidic environment. Diet yang mengambil daging adalah acidic. Adalah lebih baik makan ikan dan sedikit daging ayam(buang kulit ayam).

4. Diet 80% sayur-sayuran segar dan juice.

Diet yang mengandungi 80% sayur-sayuran, juice, whole grains, seeds, nuts dan buah-buahan boleh menjadikan badan dalam keadaan alkali/alkaline. Sel kanser tidak boleh membiak dalam keadaan alkaline. Mengikut satu artikel, jus brokoli campur dengan carrot dan apple diminum setiap hari adalah baik untuk mencegah sel kanser dari membiak. Jus durian belanda juga baik untuk pesakit kanser. Lain-lain jus seperti jus carrot; jus mangga; jus papaya; jus buah dragon; jus beetroot; jus jambu batu; jus campuran peria katak(1biji kecil),celery (1btg),capsicum(1/4),carrot(1/2),epel hijau(1biji) dan english gout(1/4)(recipe kawan yang masih sihat walaupun dah berumur 61tahun); jus biji apricot dengan epel hijau,jus serai, jus asparagus(rebus dulu baru blend) dll.
Elok jus ini di minum fresh supaya tidak hilang khasiatnya. Banyak pilihan dan bolehlah cuba/tukar-tukar supaya tidak jemu.

Sayuran baik untuk dimakan antaranya adalah kobis,bunga kobis,brokoli,carrot,bayam,celery,asparagus dll. Sayuran ini elok jika direbus tanpa minyak, masak air/bening.Sayur yang boleh makan fresh seperti ulam-ulam eloklah dimakan fresh supaya khasiatnya terpelihara.

5. Minuman teh hijau atau purified or filtered water.

Minuman teh hijau adalah baik kerana mempunyai kuasa melawan kanser. Meminum air purified/filtered juga baik. The best sudah tentulah air zam-zam. Kawan saya puas dah berubat dan akhirnya dalam keadaan sakit kanser ke mekah menunaikan fardhu haji. Disana beliau sambil berdoa minum sekenyang-kenyangnya air zam-zam setiap hari. Alhamdulillah apabila balik sihat walafiat sehingga ke hari ini. Mengikut satu petua lagi, selepas bangun tidur tapi sebelum berus gigi, minumlah air yang telah dirawat/treatment water sebanyak empat gelas jika boleh. Jika tidak, minumlah ikut kemampuan. Bacalah selawat sebelum minum. Selepas 45 minit barulah makan atau minum pagi.

6. Keadaan beroksigen

Sel kanser tidak boleh hidup dalam keadaan beroksigen/oxygenated environment. Oleh itu lakukanlah senaman dan deep breathing setiap hari supaya sel-sel dalam badan dapat banyak oksigen.

Deep breathing yang saya belajar dari seorang sifu dan amalkan adalah seperti berikut:
Dalam keadaan berbaring/duduk/berdiri, tenangkan fikiran dan tutup mata, ambil nafas ikut hidung(kembangkan perut dan kira 3), berhenti(kira 3) dan lepaskan nafas ikut mulut atau hidung perlahan-perlahan(kempeskan perut dan kira 6) lepas itu kira 3 dan ambil nafas lagi(kira 3), berhenti (kira 3) dan lepaskan ikut hidung/mulut(kira 6) dan lakukan seteruskan untuk sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali sehari iaitu pagi, siang/tengahari dan malam sebelum tidur.
(INHALE(THROUGH NOSE AND AT THE SAME TIME EXPAND YOUR STOMACH) COUNT 3 SECOND--HOLD(COUNT 3 SECOND)--EXHALE(SOFT BLOW AND AT THE SAME TIME CONTRACT YOUR STOMACH) COUNT 6 SECOND--HOLD(COUNT 3 SECOND)--REPEAT AGAIN--INHALE--)

Dengan adanya sentuhan emas dari orang disekeliling saya membuatkan hidup ini lebih berwarna-warni, indah dan lebih bermakna. Semoga dengan maklumat di atas akan dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan kita. Seperti pepatah inggeris, Prevention is better then cure. Bagi yang belum sakit hargai dan mensyukurilah nikmat kesihatan yang di anugerah allah dengan menjaganya. Bagi yang sakit, berusaha, beriktiar dan berdoa agar sakit dapat dikurang dan disembuhkan. Insyaallah, allah akan makbulkan doa kita.

No comments:

Post a Comment