Wednesday, October 21, 2009

lymphoedema -The abnormal build up of lymph fluid



Pada 3hb. Oktober ini saya telah berkesempatan untuk menghadiri Program Pendidikan dan sokongan pesakit kanser di mana telah diadakan ceramah mengenai "Management of patients with Lymphoedema" oleh pegawai pemulihan perubatan anggota Hospital Putrajaya.

1. Ceramah: Di dalam ceramah tersebut, penceramah ada menyatakan bahawa terdapat di antara 500 hingga 1500 lymph nodes located in groups in the body dan lymphoedema adalah the abnormal build up of lymph fluid. Terdapat beberapa peringkat lymphoedema iaitu peringkat:
0- No swelling, feeling of heaviness in limb;
1- 'Pitting' lymphoedema, not swollen in the morning;
2- Swelling not reduce with elevation, pitting and tissue is hardened;

2. Maklumat dari risalah HUKM adalah seperti berikut:

(i) What is lymphoedema?

- Occur when the lymph fluid is unable to pass along the lymph vessel if the lymph channel becomes blocked.
- Excess tissue fluid builds up and causes swelling because it is unable to drain away through the lymph vessels as it normally would.

(ii) Causes of lymphoedema

There are two major categories of lymphoedema:

a. Primary lymphoedema
is usually determined from birth and is often due to the under-development of the lymphatic system - may be a reduced number of vessels that transport the lymph fluid or the vessels(nodes) may not have developed properly.

b. Secondary lymphoedema
occurs when lymph capillaries, vessels or nodes(glands) have been removed, blocked, fibrosed, damaged or necrosed and have been insufficient to manage the lymph load that has been accumulated in the involved body part. The most common causes include surgery, radiation therapy, trauma, filariasis, benign/malignant tumour growth or infection. It may worsen quite rapidly.

(iii) Sign and symptoms of lymphoedema

a. Feeling of tightness and heaviness in the limb, which may result in movement difficulty.
b. A gradual thickening of the skin on the affected limb. Lymph may also leak through the skin as the condition worsens.
c. Deep aching pain or shooting pain in the limb.
d. Pains in the joints (e.g elbow, knee and ankle).
e. "Blown-up" abdomen if a leg is affected.
f. The limb or affected areas are warmer than other parts; If it becomes red, this suggests an infection which must be treated immediately.
g. An intolerance to heat, especially in the affected limbs (climatic, saunas, baths).
h. Clothes or shoes do not fit properly.
i. Fatigue often sets in.

3. Panduan untuk mengelak dan mengawal lymphoedema

3.1. Penjagaan kulit: Elakkan dari sebarang kecederaan kepada kulit yang boleh menyebabkan jangkitan fungus aatau bacteria.

a. Pastikan kulit sentiasa bersih dan lembab dengan mengunakan pencuci yang mempunyai 'moisturizer' pada setiap hari.
b.Pastikan kuku jari dan kaki dipotong pendek. Elakkan penggunaan 'manicure', 'pedicure' atau kuku palsu.
c. Elakkan kepanasan yang terlampau terutamanya pada anggota badan lymphoedema.
d. Cuba elakkan sebarang luka terbuka yang mana boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku.
3.2. Senaman dan aktiviti harian: Senaman merupakan aktiviti penting untuk mengekalkan kesihatan badan.
3.3. Elakkan mengangkat beban yang melebihi 15 paun dengan anggota lymphoedema melainkan senaman yang diselia oleh fisioterapi yang terlatih.
3.4. Elakkan tekanan luar yang kuat yang boleh menyebabkan pengaliran 'lymph' terhenti, lambat atau tersekat.
a. Elakkan memakai baju yang terlalu ketat.
b. tidak tidur pada anggota lymphoedema dalam jangka masa yang lama.
c. Elakkan mengambil tekanan darah atau suntikan pada anggota lymphoedema tersebut.
d. Elakkan sebarang aktiviti statik yang boleh menyekat pengaliran 'lymph' ke kelenjar terutama di belakang lutut, sendi siku atau di bawah ketiak. Pastikan anda sentiasa menukar kedudukan anggota lymphoedema.
e. Semasa meniki kapalterbang, pastikan anda memakai 'compression garments' yang sesuai untuk mengelakkan lymphoedema menjadi lebih teruk.
f. Elakkan urutan yang terlalu kuat pada anggota lymphoedema.
3.5. Diet dan nutrisi:Penjagaan diet dan nutrisi yang betul menjamin kesihatan anda. Kekal diet yang sesui untuk mengelakkan obesiti(kegemukan). terdapat kajian mengatakan bahawa obesiti boleh mengakibatkan lymphoedema menjadi lebih teruk.

5. Masalah pada anggota lymphoedema

Perhatikan sebarang tanda-tanda bahaya pada anggota lymphoedema:
a. Awasi tanda-tanda jangkitan kuman - panas, sakit, kemerahan, bengkak atau demam. Segera berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda seperti itu.
b. Segera dapatkan nasihat doktor anda jika terdapat tanda-tanda lymphoedema - kebas, ketat, bengkak atau berat pada anggota badan anda.

6. Pengalaman: Selalunya lymhoedema ini berlaku pada tangan yang mana sudah dibuang lymph nodesnya. Pengalaman saya, pembedahan kanser payudara dilakukan disebelah kanan dan sebanyak 12 lymph nodes telah dibuang. Baru-baru ini saya mengalami sedikit bengkak dan sakit sedikit di bahagian antara siku ke bahu. Mengikut doktor bengkaknya sebanyak 0.5cm berbanding dengan lengan sebelah kiri. Saya dengan bantuan anak dan suami telah melakukan exercise pada hampir setiap hari dan sehingga hari ini nampaknya alhamdulillah.

7. Senaman: Saya berharap rakan-rakan seperjuangan dengan saya hendaklah selalu memeriksa tangan yang sudah tidak ada lymph nodes dan buatlah exercise untuk improve blood circulation, improve movement dan regain strength sebelum ianya terlambat. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mengurut mulai dari jari tangan ke atas hingga ke atas bahu dan bawa turun hingga ke kelengkang kaki(sebab ada lymph nodes di situ) atau urut mulai dari jari tangan ke atas hingga ke bahu dan melalui dada di bawa ke ketiak sebelah lagi yang masih ada lymph nodesnya.Cubalah mengurut sambil membaca selawat dan berdoa kepada allah, insyaallah berjaya.

8. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah anda hubungi:
Physiotherapy Unit
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tel:03 91702174

Sunday, October 18, 2009

Hikmah Air Dalam Olahjiwa


Air dalam kehidupan


Keperluan air dalam badan manusia

Seorang kawan pesakit kanser paru-paru telah datang ke rumah saya dan menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk - The True Power Of Water oleh Masaru Emoto. Katanya, 'bacalah kerana air boleh mengubat sakit kita'.Saya pun bacalah buku tersebut dan merasa sungguh kagum dengan hasil penelitian Dr. Masaru Emoto yang membawa hikmah kepada kita tentang hakikat air dan kekuatan yang terkandung didalamnya yang boleh mengubat sakit pada manusia. Menurut beliau, air ternyata boleh merespons perlakuan yang diberikan kepadanya, baik berupa kata-kata, tulisan atau gambar,serta suara. Beliau telah berhasil membuktikan bahwa air yang diberi respons positif, termasuk doa, akan menghasilkan bentuk heksagonal yang indah yang sangat penting bagi kesihatan.Sesungguhnya air sangat berkait rapat dengan kita kerana diri kita sendiri terdiri dari 70% air dan otak kita yang digunakan untuk berfikir mengandungi 74.5% air. Dr. Masaro didalam kajiannya menemukan efek gelombang energi yang dipanggil sebagai HADO yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit.

Bagi orang islam, kita boleh merujuk pada apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang air zamzam, "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya."Barangsiapa meminumnya kerana ingin kenyang,dia akan kenyang; dan barangsiapa meminumnya kerana ingin sembuh dari sakit, dia akan sembuh. Betapa hebatnya kekuatan air zamzam dan Dr. Masaru telah mengambil gambar air zamzam yang menghasilkan kristal luar biasa indahnya.

Teringat saya pada seorang kawan yang mengidap sakit kanser payudara dan masih hidup sihat walafiat (kanser survivor sudah 17 tahun).Puas beliau berubat sana-sini dan akhirnya dalam keadaan sakit (kaki sudah mula bengkak)beliau pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Semasa di sana beliau minum air zamzam sepuas-puasnya sambil berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Dengan izin Yang Maha Esa beliau sembuh dan sekarang sibuk menjalani aktiviti keagamaan di tanah airnya Lumut, Perak. Alhamdulillah.

Sebenarnya dalam Al Quran banyak firman Allah mengenai air. Sesungguhnya air merupakan satu nikmat serta anugerah Allah kepada kita semua. Kadangkala memandangkan ia mudah diperolehi, kita lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut.
Dalam Al Quran Surah Al-Anbiya ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud,
"....Dan kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...";
dan dalam Surah Ibrahim ayat 32 "Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu;" Memandangkan air merupakan satu anugerah istimewa untuk kita, gunakanlah dengan cara terbaik terutama untuk mengubat sakit.

Pengalaman saya, semasa saya menjalani kimoterapi pada tahun 2008, anak saudara saya kerap menghantar air yang di ambil dari Darul Shifaq(air solat hajat dan bacaan yaasiin oleh jemaah pada setiap hari isnin malam selasa) untuk saya minum. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berasa sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat terawih pada tahun itu. Sekarang pula adik ipar lelaki saya hampir setiap bulan akan menghantar air zamzam untuk saya. Alhamdulillah dengan izin allah jua saya rasa bertambah sihat dan dapat juga menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini. Sebenarnya, kita sendiri pun boleh membuat air yaasiin. Saya di ajar semasa membaca yaasiin supaya berdoa semasa tiba pada mubiin (ada 7 mubiin dalam surah yaasiin) tetapi kita hendaklah melakukannya dengan khusyuk sambil memohon kepada allah apa yang dihajatinya. Selamat mencuba tetapi hendaklah melakukan dengan yakin.

Bagi pesakit kanser bukan islam, mereka boleh mencuba sepertimana saranan Masaru Emoto supaya anda bercakap kepada air.Jika anda menginginkan sesuatu, katakanlah terus kepada air atau katakan dengan empati dan dalam bentuk past tense sambil membayangkan tentang yang ingin anda kehendaki/mohon. Kocoklah botol air tersebut secara berkala untuk mengaktifkan air agar membentuk gelombang(membuat air Hado). Alternatif lain, anda boleh menulis harapan anda di atas kertas dan menampalkannya kepada sebotol air, dengan posisi tulisan menghadap ke air sehingga air dapat membacanya. Penulis mencadangkan supaya anda meminum air Hado ini sebanyak 5 gelas sehari. Selamat mencuba.

Walau apapun usaha kita, perlulah diteruskan dengan penuh yakin kerana Allah tidak akan menghampakan permintaan hambanya. Mohonlah tanpa putus asa kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang. insyaallah.

Tuesday, July 7, 2009

Diet ikut kumpulan darah bagi melawan kanser


Jenis darah dan Diet

Hari ini saya terima sms mencadangkan supaya membaca sebuah buku bertajuk Cancer, fight it with the blood type diet dari seorang rakan seperjuangan yang mengidap sakit kanser ovari.Memandangkan saya belum berkesempatan untuk ke kedai buku, tanpa berlengah saya ke komputer dan terus mencari laman web berkaitan.

Banyak maklumat didapati mengenai melawan kanser melalui diet/pemakanan mengikut kumpulan darah.Sebagai contoh bagi orang yang jenis darah 'O' jenis makanan yang baik dimakan untuk melawan kanser antaranya adalah seaweed, green tea, broccoli, bawang putih, cendawan, sayor bayam, kunyit, bawang, buah jambu batu, buah nangka dll.

Bagi orang yang jenis darah 'A' dan 'AB' jenis makanan antaranya adalah soy foods, oily cold water fish, peanuts, walnut, cendawan, bawang, kunyit, buah nangka, broccoli, bawang putih, blueberry, cherry, green tea dll.

Bagi orang yang jenis darah 'B' jenis makanan antaranya adalah yoghurt, oily cold water fish, ghee, peanuts, sayor kobis, brussels sprouts, cendawan, bawang, broccoli, bawang putih, kunyit, buah anggur merah, buah tembikai, buah nangka, jus anggur, buah jambu batu dll.

Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi merawat dan mencegah kanser antaranya adalah dengan mengurangkan stress melalui amalan diet mengikut kumpulan darah.

Sesungguhnya kita boleh mencuba apa juga amalan/petua yang baik tetapi jangan lupa untuk berdoa kerana sesungguhnya yang menentukan segala-galanya adalah allah jua. Insyaallah.

Thursday, June 25, 2009

Pemakanan sihat untuk mengelakkan kanser

Pada 20 Jun saya telah menghadiri Forum Pemakanan bagi pesakit dan kanser survivor oleh seorang professor di hospital Putrajaya.It is really good and informative. Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dengar di forum tersebut. Penceramah mengariskan beberapa panduan yang perlu dipatuhi untuk sihat.

Panduan pertama adalah enjoy a variety of clean, safe and halal food adequately meaning not too much and not too little.
Choose a variety of unprocessed or unrefined foods.It is recommended that 2/3 of our daily meal comes from plant sources. This means that our meal should contain a variety of vegetables, fruits, beans, pulses, lentils and unprocessed starchy staples.These foods can protect us from cancer because:
-They contain important substances which help the body destroy carcinogens.
-They contain less calories and help in weight control.
-They are high in fiber and give a sense of fullness.

Panduan Kedua adalah Maintain a healthy weight by balancing intake of calories and energy output.It is important to keep a healthy weight and ensure that weight gained is not more than 5 kilos(11 pounds) over any period of time.It is also recommended that we take an hour's brisk walk or similar exercise daily such as gardening, cycling, swimming and house cleaning.

Panduan Ketiga adalah Eat brown or unpolished rice to fill stomach and other whole meal cereals, fruits and eat lots of vegetables. It is recommended to take 11/2 to 4cups of cooked or fresh vegetables; 11/2 to 4 cups of fresh fruits.

Panduan Keempat adalah Cut down the use of fats and oils and reduce cooking using oils. Choose foods low inj fats and cholesterol.

Panduan Kelima adalah Use salts sparingly and choose low salt foods. Blood pressure level between 140/90 - 160/100 is dangerous. It can cause stroke and renal disease.

Panduan Keenam adalah reduce sugar intake and choose foods low in sugar.

Panduan Ketujuh adalah water. Our body loses 11/2-21/2liters of water per day through urine, sweat and faeces. So make sure we take enough water for our body.

Panduan Kelapan adalah practice and promote breastfeeding. Practice breastfeeding at least 4 to 6 months.

Panduan Kesembilan adalah reduce consumption of meat. Limit our intake of red meat to less than 80gms per day. Eating more beef, lamb, pork and processed meat may increse the risk of breast cancer in women and prostate canser in men. Red meat provides a major source of saturated fats, which could possibly increase the risks of developing cancers of the pancreas, colon and rectum.

Points to remember: A simple change of eating habits such as eating five servings of fruits and vegetables each day may reduce cancer rates by 20%. Insyaallah.

Monday, May 18, 2009

Madu Oh Madu


Madu lebah

Hari ini saya menjalani rawatan herceptin kali ke tiga. Ada lagi 14 kali rawatan yang perlu ditempuhi. Doktor mengesahkan saya boleh menjalani rawatan tersebut tapi selepas itu kena menjalani pemeriksaan jantung untuk melihat setakat mana rawatan herceptin ini memberi kesan kepada jantung saya.Doktor juga berpesan supaya menjaga berat badan, jangan turun/kurang atau naik/lebih dari 5 kilogram kerana akan membawa kesan kepada kesihatan saya.Alhamdulillah berat badan saya tidak banyak berubah.

Kali ini saya berkesempatan berkenalan dengan seorang pesakit kanser ulangan(serangan kedua selepas 5 tahun).Dalam perbualan, saya bertanya samada beliau pantang makan tak? Beliau tidak pantang makan terutamanya dalam mengambil gula pasir.Saya pun memaklumkan tentang gula yang menjadi makanan sel kanser. Rupa-rupanya beliau baru hari ini tahu dan bertanyakan apa manisan sebagai gantinya. Saya menyarankan supaya beliau mencuba madu lebah asli yang telah diproses(tapi tak ada campuran gula)banyak ada di pasaran tapi berhati-hati memilihnya. Melalui pembacaan saya, antara yang dicadangkan adalah madu MANUKA tapi janganlah ambil banyak/berlebihan. Ada kawan saya yang ayahnya pesakit kanser mencadangkan supaya mengambil madu habbatussauda.Saya sejak sakit ni barulah mengambil satu sudu madu lebah setiap pagi.

Menurut Albert Einstein;
"If the bee disappeared off the surface of the globe, then man would only have four years left to live." Fikir-fikirkanlah.

Madu lebah sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi. Ini ternyata di dalam surah AN-NAHL ayat ke 68 dan 69 dan terjemahannya seperti dibawah:

Dan Tuhan mu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,(ayat 68)
Kemudian makanlah dari segala(macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan(bagimu),"Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran allah) bagi orang yang berpikir."

Apa salahnya jika orang sihat pun makan madu lebah dan produk hasil darinya. Tak kanlah nak tunggu sakit baru makan.Jagalah kesihatan sebelum sakit. Bagi yang sudah sakit iktiarlah agar menjadi sihat dan bersyukur atas segala nikmat allah kepada kita. Menurut seorang ustaz didalam program Tanyalah ustaz, musibah ini boleh dalam berbagai bentuk. Ia boleh dalam bentuk sihat, sakit, kaya, miskin, susah, senang dan sebagainya. Oleh itu rakan-rakan senasib dengan saya, terimalah dugaan ini dengan tabah kerana kita adalah makhluk/milik allah dan banyak-banyaklah ingatkan allah. Seharusnya kita bersyukur kerana kita masih diberi peluang dan masa untuk bertaubat, beramal, bertaqwa dan mempertingkatkan iman kepada allah berbanding dengan orang lain yang ada antaranya meninggal dunia dengan terkejut/serta-merta tanpa diberi peluang untuk bersiap sedia menemui Yang Maha Esa.

Wednesday, May 13, 2009

Roti Naik Johor Bahru


Roti Naik JB

Entah kenapa dengan tiba-tiba aje rasa macam teringin sangat nak makan roti naik Johor Bahru. Macam orang mengidam pulak. Semasa saya tinggal di sana senanglah sebab pergi aje rumah orang tu(dia buat roti dirumah), dah boleh dapat. Sekarang dah tinggal di Selangor susah sikit. Fikir punya fikir teringat kepada sahabat saya yang juga merupakan jiran saya semasa di J.B dulu. Talipon tak dapat dan akhirnya saya sms sahabat ni. Rupa-rupanya beliau sedang berkursus di Terengganu. Jawapan SMSnya, beliau akan usahakan.Seronok betul tapi dalam fikiran saya tertanya-tanya bilalah agaknya akan dapat makan roti ni? Tiba-tiba empat hari kemudian saya menerima panggilan talipon dari sahabat ini menyatakan beliau dah nak sampai ke rumah saya.Terperanjat, seronok dan bersyukur kerana seperti pepatah melayu, Pucuk Dicita, Ulam Mendatang. Apa taknya, dapat roti dan dapat juga jumpa sahabat yang istimewa ini.Serangkap pantun untuk beliau:

Cik Ani datang dari J.B.
Datang bersama membawa roti
Roti bukan sebarang roti,
Roti dari hati yang murni.

Kenapa istimewanya sahabat ini? Nak minta bantuan/tolong, no problem, just name it. Kami banyak persamaan dan yang saya suka beliau ni very 'open'. Dengan sifat keterbukaan itulah beliau sering menegur dan menasihati saya; memberi doa-doa yang sesuai untuk diamalkan untuk kebahgiaan dunia/akhirat.Semasa saya tinggal di J.B, kami sering berbincang mengenai ceramah-ceramah agama terutamanya yang kami dengar dari stesen radio negara jiran(stesen warna waktu selepas subuh).Tapi apa yang saya tidak akan lupa ialah beliau satu-satunya orang(besides my family) yang believe and stand by me when i am down and need support. She is always there to lend me her shoulder in sunshine, rain or thunderstorm. Hati saya lebih terpaut pada sahabat ini apabila saya melihat bagaimana beliau melayan ibunya.Antaranya, semasa beliau dapat khidmat cemerlang, kesemua bonus yang diterima tu diberinya kepada ibunya. Sahabat inilah yang mengambil cuti sakit untuk menjaga ibunya. Saya berdoa kepada allah semoga persahabatan kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Terima kasih sahabat, semoga allah sentiasa merahmati dan membahagiakanmu dan keluarga.Insyaallah.

Ramai di luar sana yang hanya boleh dibuat sebagai kawan dan teman tapi untuk dijadikan sebagai sahabat bukan mudah.Carilah sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar sahabat rasullullah SAW. Pilihan ada pada kita. Pilihlah dan jadikan pepatah arab ini sebagai renungan bersama:

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita."

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu Tidak Bermusim


Hari Ibu

Hari ini hari ibu iaitu hari merai dan mengingati jasa ibu. TV dan majallah bulan mei sibuk memuatkan cerita tentang jasa ibu. Dari semalam lagi saya telah mendapat kad,sms dan ucapan personally dari anak dan rakan-rakan dari jauh dan dekat.Perasaan sayu tiba-tiba muncul kerana teringatkan arwah ibu saya yang telah kembali ke rahmatullah.Teringat saya pada satu malam dalam tahun 1992 pada masa itu kami tinggal di Ipoh, Perak. Saya telah menalipon kakak menanyakan khabar berita tentang ibu yang tinggal dengannya. Selepas berbual-bual, lantas kakak saya tanya nak bercakap tak dengan ibu yang ada duduk didepannya? Saya kata tak perlulah hanya kirim salam aje padanya memandangkan ibu saya yang telah berumur lebih 70tahun ada masalah pendengaran.

Pada keesokan harinya, saya telah mendapat panggilan talipon memaklumkan bahawa ibu saya telah meninggal dunia. Apa lagi, saya sungguh kesal kerana tak bercakap dengan ibu pada malam semalam. Hati saya semakin sebak dan air mata penyesalan tak henti-henti keluar. Sesal kerana tidak bercakap dengan ibu yang telah banyak berkorban untuk saya. Terdengar-dengar di telinga saya kata-kata ibu, "Dalam banyak-banyak anak,emak selalu doa lebih untuk okid(nama timangan saya)".Lagi saya rasa bersalah. Dunia ini rasa macam kosong dan tidak ada ertinya lagi.Wanita yang paling berharga dan berjasa kepada saya sudah pergi buat selama-lamanya. Kami bersiap-siap dan terus balik. Alhamdulillah kami sempat berjumpa dan mengiringi jenazah beliau ke tanah perkuburan.

Wanita ini sangat istimewa dan mungkin atas keistimewaannya inilah beliau senang menghembus nafas terakhirnya. Beliau tidak banyak bercakap,solat dan baca yaasin tak tinggal dan sangat suka pada bulan ramadan kerana dapat menunaikan solat terawih;kerap ke surau mengikuti kelas-kelas agama, suka bersedekah,tidak suka mengumpat dan tidak suka mendengar umpatan,pandai dan sedap masakannya(kakak sulong ikut air tangan ibu)dan jika ada orang mengata dia pun, ibu hanya balas dengan senyuman. Masakan istimewanya banyak tapi yang saya tidak boleh lupa adalah roti canai siput. Setiap kali pagi hari raya kedua sudah pasti beliau dibantu ibu saudara yang tinggal bersama akan menjamu kami semua dengan roti canai dan kari ayam. Hampir setiap tahun saya volunteer untuk beraya di kampong suami dulu dan selepas itu barulah balik ke rumah ibu saya. Maklumlah, sehari sebelum raya banyak tugas didapor yang perlu dibereskan bersama mertua. Rasa macam dah tunai tanggungjawab pada mertua dan dengan itu dapatlah enjoy adik-beradik dan duduk lama sikit di rumah ibu saya.

Lama juga saya bersedih dan menyesal atas apa yang berlaku seperti pepatah melayu, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Dengan izin allah saya teringat pada satu peristiwa yang dapat sedikit mengubat hati saya. Saya terkenang pada peristiwa dua urat gelang emas kangkong(fesyen waktu itu). Pada hari raya sebelum kematian ibu, saya telah membeli gelang emas tersebut. Maklumlah nak sambut hari raya konon. Semasa balik kampong dan duduk berbual dengan ibu, beliau telah membelek-belek gelang tersebut ditangan saya.Saya pun menanya ibu,"suka ke gelang ni? Beliau menganggukkan kepalanya tanda suka. Serta merta saya melucutkan gelang tersebut dan menyarungkan pada tangannya. Apa lagi, sambil tersenyum beliau pun memeluk dan mencium saya.Saya rasa satu kepuasan kerana dapat mengembirakan beliau. Apalah sangat erti gelang tersebut jika dibandingkan dengan penat lelah ibu membesar dan mendidik saya.

Teringat saya pada seorang sahabat yang tinggal di Johor Bahru, sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya yang mengidap sakit kanser di Kuala Lumpur. Saya sendiri melihat bagaimana sahabat ini menjaga dan melayan ibunya yang sedang dalam kesakitan.Beliau menyediakan pembantu dan keperluan lain seperti pampers, panty liner,pencuci harum, powder dll supaya ibunya selesa dan berbau wangi kerana ibunya yang saya kenali memang pembersih orangnya.Saya betul-betul tabik sahabat ini dan juga pada suaminya yang very understanding yang telah mengizin dan bersama-sama turut membantu menjaga mertuanya dan anak mereka.Semoga allah membalas budi baik mereka.

Kepada ibu bertuah ini yang saya baru kenali, bahagialah kamu kerana mempunyai anak-anak yang sanggup berkorban untukmu dengan berhenti belajar dan bekerja di UKM (bertugas sebagai kerani dan saya kata kepada ibu ini bahawa tugas kerani murni juga, tengoklah tanpa mereka kelam kabut fail-fail di pejabat),seorang lagi sebagai pembantu chef untuk menampung keperluanmu yang sedang sakit kanser dan seorang lagi berhenti belajar untuk menjaga dan membawa kamu ke hospital untuk rawatan. Semasa saya ziarah kawan ini dirumahnya, beliau juga menjaga ibunya yang sudah tua yang sedang terbaring di sofa. Semoga allah merahmati kamu dan memberi ganjaran yang terbaik buat anak-anakmu.

Pada sesiapa yang membaca blog ini, nasihat saya, hargailah ibu mu dalam apa jua bentuk kerana tanpa ibu siapalah kita dan ingatlah shurga di bawah tapak kaki ibu. Tunjukkanlah penghargaanmu dengan hati yang ikhlas kerana tanpa keikhlasan perbuatan/perlakuan yang ditunjukkan akan menjadi kaku dan akan dirasai oleh ibu. Terpikat saya pada sebuah artikel "Aku dan tiga ibu" dalam majallah Anis yang saya baca, menceritakan tentang pengalaman cemas penulis semasa ibu, isteri dan anak beliau hendak bersalin. Kata-kata penulis yang saya catitkan bersama ini betul-betul mencuit hati saya;

"...Tiga jasa ibu yang tidak mungkin ditandingi oleh seorang bapa- pertama, mengandungkan, kedua melahirkan dan yang ketiga menyusukan. Ketika berat hati kita untuk membalas jasa dan mendoakannya...kenangkanlah, betapa satu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya..."

"...Rasa sakit, rasa perit dan keletihan tahap tinggi, yang bakal menempa dan mengeluarkan segala keupayaannya untuk menjadi seorang ibu terbaik. Kesakitan yang hakikatnya satu 'ijazah' yang melayakkan seorang ibu mendapat ketaatan tiga kali ganda berbanding ayah."

Seperti kata suami saya, hari ibu bukanlah bermusim tapi setiap hari adalah hari ibu. 'Raikan' mereka pada setiap hari. Hampir setiap waktu selepas solat saya menadah tangan dan berdoa kepada allah supaya mencucuri rahmat pada roh ibu, ibu mertua dan ibu-ibu yang telah banyak menabur budi dan jasa kepada saya. insyaallah. Bagi ibu-ibu terutama rakan pesakit kanser yang saya kenali, Selamat Hari Ibu semoga allah akan makbulkan hajat-hajat ibu-ibu semua.Insyaallah.

Untuk renungan bersama, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya,

"Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum mukmin,yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.(HR. Tarmizi)