Madu lebah
Hari ini saya menjalani rawatan herceptin kali ke tiga. Ada lagi 14 kali rawatan yang perlu ditempuhi. Doktor mengesahkan saya boleh menjalani rawatan tersebut tapi selepas itu kena menjalani pemeriksaan jantung untuk melihat setakat mana rawatan herceptin ini memberi kesan kepada jantung saya.Doktor juga berpesan supaya menjaga berat badan, jangan turun/kurang atau naik/lebih dari 5 kilogram kerana akan membawa kesan kepada kesihatan saya.Alhamdulillah berat badan saya tidak banyak berubah.
Kali ini saya berkesempatan berkenalan dengan seorang pesakit kanser ulangan(serangan kedua selepas 5 tahun).Dalam perbualan, saya bertanya samada beliau pantang makan tak? Beliau tidak pantang makan terutamanya dalam mengambil gula pasir.Saya pun memaklumkan tentang gula yang menjadi makanan sel kanser. Rupa-rupanya beliau baru hari ini tahu dan bertanyakan apa manisan sebagai gantinya. Saya menyarankan supaya beliau mencuba madu lebah asli yang telah diproses(tapi tak ada campuran gula)banyak ada di pasaran tapi berhati-hati memilihnya. Melalui pembacaan saya, antara yang dicadangkan adalah madu MANUKA tapi janganlah ambil banyak/berlebihan. Ada kawan saya yang ayahnya pesakit kanser mencadangkan supaya mengambil madu habbatussauda.Saya sejak sakit ni barulah mengambil satu sudu madu lebah setiap pagi.
Menurut Albert Einstein;
"If the bee disappeared off the surface of the globe, then man would only have four years left to live." Fikir-fikirkanlah.
Madu lebah sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi. Ini ternyata di dalam surah AN-NAHL ayat ke 68 dan 69 dan terjemahannya seperti dibawah:
Dan Tuhan mu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,(ayat 68)
Kemudian makanlah dari segala(macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan(bagimu),"Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran allah) bagi orang yang berpikir."
Apa salahnya jika orang sihat pun makan madu lebah dan produk hasil darinya. Tak kanlah nak tunggu sakit baru makan.Jagalah kesihatan sebelum sakit. Bagi yang sudah sakit iktiarlah agar menjadi sihat dan bersyukur atas segala nikmat allah kepada kita. Menurut seorang ustaz didalam program Tanyalah ustaz, musibah ini boleh dalam berbagai bentuk. Ia boleh dalam bentuk sihat, sakit, kaya, miskin, susah, senang dan sebagainya. Oleh itu rakan-rakan senasib dengan saya, terimalah dugaan ini dengan tabah kerana kita adalah makhluk/milik allah dan banyak-banyaklah ingatkan allah. Seharusnya kita bersyukur kerana kita masih diberi peluang dan masa untuk bertaubat, beramal, bertaqwa dan mempertingkatkan iman kepada allah berbanding dengan orang lain yang ada antaranya meninggal dunia dengan terkejut/serta-merta tanpa diberi peluang untuk bersiap sedia menemui Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment