Wednesday, May 13, 2009

Roti Naik Johor Bahru


Roti Naik JB

Entah kenapa dengan tiba-tiba aje rasa macam teringin sangat nak makan roti naik Johor Bahru. Macam orang mengidam pulak. Semasa saya tinggal di sana senanglah sebab pergi aje rumah orang tu(dia buat roti dirumah), dah boleh dapat. Sekarang dah tinggal di Selangor susah sikit. Fikir punya fikir teringat kepada sahabat saya yang juga merupakan jiran saya semasa di J.B dulu. Talipon tak dapat dan akhirnya saya sms sahabat ni. Rupa-rupanya beliau sedang berkursus di Terengganu. Jawapan SMSnya, beliau akan usahakan.Seronok betul tapi dalam fikiran saya tertanya-tanya bilalah agaknya akan dapat makan roti ni? Tiba-tiba empat hari kemudian saya menerima panggilan talipon dari sahabat ini menyatakan beliau dah nak sampai ke rumah saya.Terperanjat, seronok dan bersyukur kerana seperti pepatah melayu, Pucuk Dicita, Ulam Mendatang. Apa taknya, dapat roti dan dapat juga jumpa sahabat yang istimewa ini.Serangkap pantun untuk beliau:

Cik Ani datang dari J.B.
Datang bersama membawa roti
Roti bukan sebarang roti,
Roti dari hati yang murni.

Kenapa istimewanya sahabat ini? Nak minta bantuan/tolong, no problem, just name it. Kami banyak persamaan dan yang saya suka beliau ni very 'open'. Dengan sifat keterbukaan itulah beliau sering menegur dan menasihati saya; memberi doa-doa yang sesuai untuk diamalkan untuk kebahgiaan dunia/akhirat.Semasa saya tinggal di J.B, kami sering berbincang mengenai ceramah-ceramah agama terutamanya yang kami dengar dari stesen radio negara jiran(stesen warna waktu selepas subuh).Tapi apa yang saya tidak akan lupa ialah beliau satu-satunya orang(besides my family) yang believe and stand by me when i am down and need support. She is always there to lend me her shoulder in sunshine, rain or thunderstorm. Hati saya lebih terpaut pada sahabat ini apabila saya melihat bagaimana beliau melayan ibunya.Antaranya, semasa beliau dapat khidmat cemerlang, kesemua bonus yang diterima tu diberinya kepada ibunya. Sahabat inilah yang mengambil cuti sakit untuk menjaga ibunya. Saya berdoa kepada allah semoga persahabatan kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Terima kasih sahabat, semoga allah sentiasa merahmati dan membahagiakanmu dan keluarga.Insyaallah.

Ramai di luar sana yang hanya boleh dibuat sebagai kawan dan teman tapi untuk dijadikan sebagai sahabat bukan mudah.Carilah sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar sahabat rasullullah SAW. Pilihan ada pada kita. Pilihlah dan jadikan pepatah arab ini sebagai renungan bersama:

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita."

No comments:

Post a Comment