Sunday, October 18, 2009

Hikmah Air Dalam Olahjiwa


Air dalam kehidupan


Keperluan air dalam badan manusia

Seorang kawan pesakit kanser paru-paru telah datang ke rumah saya dan menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk - The True Power Of Water oleh Masaru Emoto. Katanya, 'bacalah kerana air boleh mengubat sakit kita'.Saya pun bacalah buku tersebut dan merasa sungguh kagum dengan hasil penelitian Dr. Masaru Emoto yang membawa hikmah kepada kita tentang hakikat air dan kekuatan yang terkandung didalamnya yang boleh mengubat sakit pada manusia. Menurut beliau, air ternyata boleh merespons perlakuan yang diberikan kepadanya, baik berupa kata-kata, tulisan atau gambar,serta suara. Beliau telah berhasil membuktikan bahwa air yang diberi respons positif, termasuk doa, akan menghasilkan bentuk heksagonal yang indah yang sangat penting bagi kesihatan.Sesungguhnya air sangat berkait rapat dengan kita kerana diri kita sendiri terdiri dari 70% air dan otak kita yang digunakan untuk berfikir mengandungi 74.5% air. Dr. Masaro didalam kajiannya menemukan efek gelombang energi yang dipanggil sebagai HADO yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit.

Bagi orang islam, kita boleh merujuk pada apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang air zamzam, "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya."Barangsiapa meminumnya kerana ingin kenyang,dia akan kenyang; dan barangsiapa meminumnya kerana ingin sembuh dari sakit, dia akan sembuh. Betapa hebatnya kekuatan air zamzam dan Dr. Masaru telah mengambil gambar air zamzam yang menghasilkan kristal luar biasa indahnya.

Teringat saya pada seorang kawan yang mengidap sakit kanser payudara dan masih hidup sihat walafiat (kanser survivor sudah 17 tahun).Puas beliau berubat sana-sini dan akhirnya dalam keadaan sakit (kaki sudah mula bengkak)beliau pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Semasa di sana beliau minum air zamzam sepuas-puasnya sambil berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Dengan izin Yang Maha Esa beliau sembuh dan sekarang sibuk menjalani aktiviti keagamaan di tanah airnya Lumut, Perak. Alhamdulillah.

Sebenarnya dalam Al Quran banyak firman Allah mengenai air. Sesungguhnya air merupakan satu nikmat serta anugerah Allah kepada kita semua. Kadangkala memandangkan ia mudah diperolehi, kita lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut.
Dalam Al Quran Surah Al-Anbiya ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud,
"....Dan kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...";
dan dalam Surah Ibrahim ayat 32 "Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu;" Memandangkan air merupakan satu anugerah istimewa untuk kita, gunakanlah dengan cara terbaik terutama untuk mengubat sakit.

Pengalaman saya, semasa saya menjalani kimoterapi pada tahun 2008, anak saudara saya kerap menghantar air yang di ambil dari Darul Shifaq(air solat hajat dan bacaan yaasiin oleh jemaah pada setiap hari isnin malam selasa) untuk saya minum. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berasa sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat terawih pada tahun itu. Sekarang pula adik ipar lelaki saya hampir setiap bulan akan menghantar air zamzam untuk saya. Alhamdulillah dengan izin allah jua saya rasa bertambah sihat dan dapat juga menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini. Sebenarnya, kita sendiri pun boleh membuat air yaasiin. Saya di ajar semasa membaca yaasiin supaya berdoa semasa tiba pada mubiin (ada 7 mubiin dalam surah yaasiin) tetapi kita hendaklah melakukannya dengan khusyuk sambil memohon kepada allah apa yang dihajatinya. Selamat mencuba tetapi hendaklah melakukan dengan yakin.

Bagi pesakit kanser bukan islam, mereka boleh mencuba sepertimana saranan Masaru Emoto supaya anda bercakap kepada air.Jika anda menginginkan sesuatu, katakanlah terus kepada air atau katakan dengan empati dan dalam bentuk past tense sambil membayangkan tentang yang ingin anda kehendaki/mohon. Kocoklah botol air tersebut secara berkala untuk mengaktifkan air agar membentuk gelombang(membuat air Hado). Alternatif lain, anda boleh menulis harapan anda di atas kertas dan menampalkannya kepada sebotol air, dengan posisi tulisan menghadap ke air sehingga air dapat membacanya. Penulis mencadangkan supaya anda meminum air Hado ini sebanyak 5 gelas sehari. Selamat mencuba.

Walau apapun usaha kita, perlulah diteruskan dengan penuh yakin kerana Allah tidak akan menghampakan permintaan hambanya. Mohonlah tanpa putus asa kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang. insyaallah.

No comments:

Post a Comment