Sunday, December 13, 2009

Nikmat Menjadi Seorang Wanita

Surah Amalan Ketika Mengandung

Istimewa Seorang Wanita

Tahun 2009 merupakan satu tahun yang sangat istimewa buat saya. Istimewa kerana saya telah berpeluang melihat dan merasakan pengalaman sakit melahirkan 'secara normal' tiga orang wanita iaitu anak, menantu dan isteri kepada anak saudara saya. Saya tidak berpeluang kerana melahirkan secara pembedahan.

Pada bulan Mei, setelah genap sembilan bulan beberapa hari, anak saya masuk hospital selepas waktu isyak kerana telah melalui kesakitan untuk melahirkan. Dengan ditemankan oleh suaminya dan saya, anak saya telah dimasukkan ke wad bersalin dan bermulalah episod sakit untuk melahirkan seorang insan ke dunia ini. Doktor suruh beliau disuntik dengan ubat penahan sakit tapi anak saya menolak kerana hendak merasa sakit bersalin dan juga kata beliau sakit2 ini akan mengugurkan dosa-dosa kecil. Melihat bagaimana gelisahnya anak saya menahan sakit tapi masih boleh meniti dibibirnya membaca doa-doa dan zikir.

Ya Allah betapa sukar dan sakitnya hendak melahirkan seorang manusia ke dunia ini. Sakitnya tidak tertahan lagi sehingga jam 3.00pagi dan akhirnya beliau bersetuju untuk disuntik ubat tahan sakit kerana menurut doktor jika tidak melahirkan pada jam 8.00 pagi, pembedahan terpaksa dilakukan. Alhamdulillah pada jam 8.00 pagi 'pembukaan' pada tahap 10 dan bayi lelaki selamat dilahirkan. Betapa indahnya kejadian Allah apabila mendengar tangisan pertama bayi tersebut. Selepas itu baru saya rasa badan sakit2 sebab apabila doktor suruh anak saya meneran/push saya pun turut sama merasakannya tapi tak apa kerana dapat cucu dan yang pertama dalam keluarga kami.

Tiba bulan Oktober, sekali lagi saya dan anak lelaki menemani isterinya ke hospital yang sama untuk bersalin. Kami lalui proses yang sama tapi menantu saya sempat mengambil ubat penahan sakit lebih awal. Walaupun mengambil ubat tersebut, menantu saya masih merasai kesakitan untuk melahirkan dan akhirnya beliau berjaya melahirkan anak perempuan iaitu cucu perempuan pertama kami pada jam hampir 2.00ptg. Alhamdulillah kerana dapat cucu lelaki dan cucu perempuan pada tahun 2009.

Kali ketiga, pada tanggal 11 Disember 2009, sedang saya membaca yaasiin kali kedua memohon agar Allah memudahkan urusan anak lelaki saya yang sedang menjalani temuduga pada jam 11.00 pagi di Pulau Pinang, talipon berbunyi. Rupa-rupanya panggilan dari isteri anak saudara saya Ida memaklumkan bahawa beliau telah berada di sebuah hospital swasta di Bangi kerana air ketoban dah keluar menandakan sudah tiba waktu untuk bersalin.Teringat saya pada permintaan suami Ida pada bulan November 2009 sebelum berlepas ke Adelaide, Australia untuk pengajian PHDnya meminta saya melihat dan membantu isterinya yang dijangka bersalin pada 25 Disember 2009.

Tanpa berlengah saya bergegas ke hospital dan terus membantu beliau yang kesakitan terlantar di atas katil. Doktor memaklumkan bahawa bayi dalam kandungan telah mula makan najis dan perlu dikeluarkan seberapa segera. Bayangkan kesakitan yang Ida lalui kerana 'pembukaan' baru 3 dan perlu 10 baru boleh melahirkan bayi. Beliau sungguh tabah kerana bayangkan hendak melahirkan anak tanpa suami disisi dan hanya ada saya. Walaupun jauh, suami Ida sempat talipon dan memberi perangsang kepada isterinya. Setiap kali kesakitan Ida akan memegang dengan kuat tangan saya. Terasa macam saya yang nak bersalin. Ya Allah betapa hebatnya kau jadikan wanita kerana dapat menahan sakit yang teramat sangat untuk melahirkan seorang khalifah ke dunia ini.

Anak ku
Ida dapat menahan sakit tanpa ambil ubat penahan sakit sehinggalah saat melahirkan.
Doktor dan jururawat turut membantu dan memberi perangsang untuk terus meneran/push dan akhirnya bayi perempuan tersebut dilahirkan pada jam 3.45 petang. Alhamdulillah terpanca di muka Ida kegembiraan kerana selamat melahirkan dan dapat anak perempuan pulak tu. Mereka telah pun mempunyai dua anak lelaki.

Saya turut gembira dan merasa satu kepuasan kerana dapat membantu sedikit walaupun dalam keadaan saya yang masih menerima rawatan kanser. Saya berdoa semoga ketiga-tiga wanita hebat ini dapat mendidik anak mereka menjadi insan-insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kepada bakal-bakal ibu, amalkan ayat-ayat Al Quran dan belajarlah senaman cara untuk teran/push agar senang dan mudah untuk bersalin. Sakit tetap sakit tapi sekurang-kurangnya apabila tahu teknik penafasan dan 'push' memudah dan melancarkan lagi proses bersalin. Insyaallah bayi dan ibu selamat.

Monday, November 16, 2009

Why volunteerism Matters?Its Good For Healing




Saya berpeluang mendengar ceramah oleh Rosemary S. Caffarella (Phd Cornell University) mengenai kerja-kerja sukarela/volunteer baik untuk healing. Beliau adalah salah seorang cancer survivor yang banyak membuat kerja-kerja sukarela.

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya dapat dari ceramah volunteerism tersebut untuk dikongsi bersama.

- Volunteerism is one way of beginning and journeying through the healing process.
- Healing process takes time and energy.
- Wonderful gift we can give along the way.
- Through volunteerism is the gift of healing to others.
- Volunteerism often then becomes a way of life.
- Volunteers often receive more than they give.

Volunteers perlulah:

1. Opening up space in your life to assist those in need.
2. Most often is the giving of your time and talents.
3. May also be the giving of funds to sponsor volunteer projects and activities.
4. Gives in the form of:
- Knowledge and skills;
- Time and support( time to listen and visit);
- Care and funding;
- Healing: Changes in body, mind, spirit and wider world.
5. Connecting volunteerism to healing.Story telling. "Once upon a time...."
6. Healing of self and others.
7. Being a volunteer.

Pengamatan dan pengalaman saya bersama KanWork(Persatuan Kanser Network) selama beberapa bulan mendapati ahli-ahli yang aktif dalam membuat banyak kerja-kerja sukarela atau kerja-kerja amal adalah kanser survivors yang sudah lebih dari lima tahun.Mungkin Allah memanjangkan umur dan memberi mereka kesihatan yang baik kerana mereka banyak membuat kerja-kerja sukarela dan kerja-kerja amal bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang lain.

Antara aktiviti mereka adalah memberi ceramah kesedaran kanser di Masjid, hospital atau atas jemputan-jemputan pihak tertentu. Ahli-ahli KanWork juga melawat pesakit di rumah mereka dan memberi sumbangan sendiri , memberi motivasi serta semangat supaya lebih mudah pesakit mengharungi dugaan yang mereka lalui. Pada bulan Disember ini, sebahagian ahli KanWork akan mengadakan program-program kesedaran kanser di Alor Gajah, Masjid Tanah, di hospital besar Melaka dan bersama-sama dengan Bistari Melaka.

Pada 15 November 2009, sempena taman tempat saya tinggal mengadakan Hari Sukaneka, saya mengadakan jualan amal untuk mengisi Tabung Persatuan Pesakit Kanser (KanWork). Saya mendapat sumbangan barangan terpakai seperti baju, kasut, baju coat,handbag dan lain-lain yang masih cantik dan boleh dipakai dari rakan saya Hjh Siti Zaleha Bte Mohd. Said, dari seorang rakan pesakit kanser dan dari ahli-ahli keluarga saya sendiri. Hasil jualan yang diperolehi adalah memuaskan dan lumayan. Kutipan ini akan diserahkan kepada Pengerusi KanWork (Prof. Dr. Maznah) nanti.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan warga Taman Desa Sentosa tempat tinggal saya. Tidak lupa untuk ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada suami, anak, menantu, cucu jiran saya (Nurul), pesakit kanser (Liza) dan rakan (Cik Sanipah) yang turut membantu bagi menjayakan jualan amal ini. Hanya allah yang akan membalas budi baik mereka. Insyaallah.

Insyaallah pada tanggal 25 November ini akan diadakan jualan amal( Car Booth Sale) di UPM. Kepada pembaca blog ini jika hendak beramal bolehlah memderma barangan terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan untuk dijual dan mengisi tabung pesakit kanser ini. Anda bolehlah menghubungi saya melalui handphone 0197767007.

Setelah mendengar ceramah Dr. Norazizah Moh Talib tempoh hari mengenai financial stability (how to generate income), saya pun teringat kepada seorang pesakit kanser tahap 5 yang juga merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Saya hubungi beliau dan memaklumkan tentang jualan amal. Beliau sungguh gembira dan hadir untuk membeli (pembelian lebih RM400.00) dan kemudian menjualnya semula kepada kenalan-kenalannya. Pesakit ini amat gembira kerana mendapat sedikit untung dan dapat juga mengisi masa lapang beliau. Saya turut berasa seronok kerana dapat membantu pesakit ini disamping dapat juga mengisi tabung KanWork.

Semalam beliau menghubungi saya dan membeli lagi barangan terpakai yang tak habis dijual semasa sukaneka. Katanya permintaan bagus dan beliau menanyakan tentang bekalan barangan terpakai lain terutamanya handbag dan baju kerana mendapat sambutan hangat dari kawan-kawan beliau.

Sesiapa yang membaca blog ini dan ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi saya dan bolehlah kita menjual sambil menderma di UPM dan juga kepada pesakit ini. Semoga kita berada dalam WIN - WIN-WIN SITUATION.(Anda dapat pahala/ganjaran allah, dapat isi tabung KanWork dan dapat juga membantu pesakit ini dari segi kewangan dan mengisi masa beliau dengan lebih ceria).

Kepada sesiapa yang membaca blog ini, tampillah ke hadapan untuk sama-sama membuat kerja-kerja sukarela/kerja-kerja amal. Tak kiralah samada anda sihat atau kanser survivor. Sesungguhnya Allah akan memberi balasan/ganjaran terhadap apa yang kita kerjakan. Insyaallah. Hubungilah Kanhelp Line (03-89472706) atau lawati http://www.ipsas.upm.edu.my/kanwork/ atau hubungi Nor Aida Kamaruddin(013-2062949);Lucianna Jambari(012-9176565);

Looking At "Health In Your Care"

Pada tanggal 14 November 2009, saya berkesempatan mengikuti ceramah atas tajuk looking at health in your care oleh Dr. Norazizah Moh Taib di Pusat CARE Fakulti Perubatan, UPM. Menurut doktor, bagi pesakit-pesakit kanser, kita perlu jaga kesihatan supaya tidak dihinggapi oleh penyakit-penyakit lain.Kita jangan ingat yang kita sudah kena sakit kanser dan tidak akan mengalami sakit-sakit lain jika kita tidak jaga kesihatan.

Saya perturunkan apa yang saya dengar untuk dikongsi bersama semoga kita semua akan sentiasa sihat dan dalam rahmat allah jua.




Total Health Wellbeing

1. Untuk mendapat Total Health Wellbeing memerlukan kita seimbangkan/balance perkara berikut:
-physical/mental
-emotinal
-spiritual
-sexual
-social
-financial

2. Secret Wellness

Rahsia kesejahteraan adalah:
-Share: Berkongsi dengan kawan-kawan
-sunshine: Dapatkan sinaran matahari supaya dapat vitamin D setiap hari.
-Sleep: Kita perlu cukup tidur sekurang-kurangnya 5 jam sehari.Tidur yang cukup amat perlu untuk mengatasi sakit jantong, hypertension dan lain-lain.
-Spirits/Soul
-Sex





3. Gaya Hidup Sihat

- Sikap: Have the right attitude.Positive attitude akan merangsang immune system kita. Yakin kepada Allah akan boleh buat kita self healing.
- Pemakanan: Jaga pemakan untuk atasi serangan sakit.
- Aktiviti riadah
- Ilmu kesihatan
- Risiko penyakit:Sudah kena penyakit kanser tapi kena fikirkan penyakit-penyakit lain seperti heart disease, diabetes dan hypertension mungkin datang jika kita tidak jaga kesihatan.

4. Fitness and Health

- Aerobic exercise: Exercise untuk jaga jantong and untuk sustain heart rate.
- Cardio Protection
- Resistance Training
- Brisk WALKING: 5 times per week for 30 minutes.
- Walk 10,000 steps everyday

5. CANCER and Physical Activity

30 minutes Brisk Walking daily can:
- reduce 30% breast cancer risk
- reduce 50% colon cancer risk
- reduce heart disease, diabetes, stroke and depression.

6. Sugar and salt = White Poison

Pengambilan gula dan garam berlebihan akan mengakibatkan
Health risks seperti:
- Obesity: Managing weight is very important in order tidak dapat sakit. Any fat is cancer risk.
-Diabetes
-Hypertension
-CAD, Kidney problems
-CANCERS: Sugar promotes cancer.
-Fetal malformation

7. CANCER FACTS

a. Less than 10% cancer incidence due to genes. Can modify risk with nutrition.
b. Nutrients from ANIMAL based foods increased tumour development, while nutrients from PLANT based foods decreased tumour development. Oleh itu makanlah lebih sayur dan buah-buahan.
c. Casein(protein dalam susu) which is 87% content of cow's milk protein, promotes all stages of cancer.

d. Dietary FAT consumed daily now (>30% total calories) is closely associated with high incidence of Breast Cancer, Colon Cancer and Heart Disease.
e. Eating diet high in animal based food from young is associated with higher level of Estrogens, expands our reproductive life by about 10 years, giving us greater risk to Breast Cancer.
f. Acid environment favours cancers, while oxygen rich environment inhibits cancer growth. Alkali base environment is good for health.
g. SUGAR feeds cancers.

If you don't want to be ill...
...Do Not Live Life Sad

Good humour, laughter, Rest, Happiness. These rejuvenates health and bring long life. Happiness is health and therapy.

"TODAY IS MY ONLY DAY"
LIVE IT FREE FROM SORROW, ANGER, FEAR, JEALOUSY AND MALICE.


TODAY IS MY ONLY DAY
GRATEFUL TO ALLAH FOR ALL THINGS BLESSED.

Thursday, November 5, 2009

Pengurusan Stress




Pada 27 Oktober 2009 sempena minggu Kesedaran Kanser Payudara di HUKM, saya telah berkesempatan mengikuti ceramah Stress Management di sana.Sesungguhnya pengurusan stress adalah penting kerana ia merupakan salah satu faktor penyebab sakit kanser.Penceramah telah memberi beberapa panduan mengurus stress seperti berikut:

1. Diet yang sihat dan seimbang (Healthy and Balance Diet)

a. Masa mengalami stress, anda hendaklah avoid mengambil makanan berlemak.
Ambil kompleks karbohidrat, sayuran dan makanan anti oksiden untuk mengatasi stress dan supaya badan lebih seimbang.

b. Minum air.
Banyakkan minum air untuk keluarkan bahan-bahan kimia daripada badan.Minum jus buah-buahan dan susu tapi elakkan dari mengambil minuman bercaffein, alkohol dan gula samada simple or process sugar.

c. Exercise.
Bersenam seperti jogging, walking atau apa-apa senaman yang anda sukai.

d. Komunikasi.
Kongsi stress dengan seseorang dengan bercerita dengan orang itu. Anda juga boleh menulis kerana menulis merupakan satu cara untuk luah perasaan stress.

e. Relaxation Techniques.
(i) Amalkan deep breathing exercise dengan menarik nafas dari perut.
Letak satu tangan di dada dan satu tangan lagi di perut.Tarik nafas dan lepas.
(ii) Anda boleh juga mencuba teknik relaxation yang melibatkan otot(Progressive relaxation techniques) seperti exercise-exercise untuk anggota-anggota berlainan. Sebagai contoh, anggota tangan. Bayangkan anda sedang pegang bola pimpong. Genggam bola tersebut dan lepaskan. Buatlah beberapa kali.
(iii) Membuat kenyataan-kenyataan kepada diri sendiri untuk kita lebih tenang; maksudnya bercakap sendiri. Contoh, Anda duduk di tempat senyap dan bercakap pada diri sendiri dan bayangkan anda buang berat batu yang ada di kepala anda.
(iv) Muzik- Anda boleh mendengar muzik dan bayangkan anda duduk di tempat yang indah seperti di tepi pantai atau di tepi air terjun dan rekodkan perasaan anda.
Muzik juga boleh digunakan semasa anda melakukan senaman.
Mendengar bacaan Al Quran juga boleh menenangkan seseorang itu.
(v) Urut (Massage Therapy)
(vi) Meditasi atau sembahyang.

Apa yang dibincangkan di atas adalah teknik-teknik untuk jangka pendek. Bagi teknik-teknik jangka panjang seperti berikut memerlukan bantuan dari orang terlatih.

(a) Cognitive restructuring
Teknik ini boleh mengubah pemikiran seseorang pesakit itu supaya lebih berpemikiran positif atau lebih constructive. Teknik ini memerlukan bantuan dari seorang saikologi atau kaunselor.

(b) Behaviour Modification
Teknik bagaimana untuk mengubah tingkahlaku supaya lebih positif.
(c) Art Therapy
Teknik ini melibatkan melukis. Anda boleh luahkan perasaan melalui lukisan. Teknik ini memerlukan bantuan professional.

Other stress intervention strategies adalah seperti berikut:

(i) Humour Therapy
Ketawa adalah ubat paling baik dan mujarab. Contoh, anda boleh baca komik, tengok rancangan lawak jenaka. Jika anda berdepan dengan benda-benda stress, jadikan ianya lawak.
(ii) Hobbies
Bina hobby untuk bantu menenangkan fikiran anda. Contoh, mungkin ada suka memasak, berkebun, menanam pokok bunga, mengemas rumah dan lain-lain.
(iii) Journal writing
(iv) Assertiveness skills
Anda belajar untuk menjadi tegas. Contoh, Anda berkebolehan untuk berkata TIDAK dengan cara confident pada sesuatu yang anda tidak suka.
(v) Communication Skills
Perbaiki kemahiran berkomunikasi anda. Sebagai pendengar yang baik, anda perlu ada eye contact, ulang balik apa orang itu cakap, body language menunjukkan kita berminat dengan perbualan itu. Bila anda bercerita atau ingin sampaikan mesej biarlah ianya jelas dan difahami.
(vi) Time Management
Perbaiki kemahiran pengurusan masa anda.
(a) Anda perlu adakan masa untuk diri anda sendiri tanpa diganggu.
(b) Kena pandai agih tugas ikut kesesuaian supaya anda kurang stress.
(c) Buat rancangan.
Sediakan senarai/list untuk buat apa-apa kerja/tugasan pada setiap hari. List tersebut jangan terlalu panjang. List perlu realistik dan mengikut keutamaan supaya anda tidak mengalami stress jika ada tugasan yang tidak sempat disiapkan.

Letting go of your stress and maintaining a healthy lifestyle.

(a) Respond rather than react.
(b) Refine your expectation and be realistik.
(c) Give yourself positive feedback.
(d) Exercise regularly.
(e) Incorporate some humour into your daily routine.
(f) Build and maintain good social support.
(g) Diversify your interests and activities.
(h) Learn to recognise and become comfortable with your emotions.
(i) Exercise your creativity.
(j) Learn to resolve issues and concerns with others.
(k) Take short break in the course of each working day.
(l) Take personal time out for yourself everyday.

Anda boleh juga amalkan 10 B berikut untuk atasi stress:

- Bertenang
- Bernafas dengan mendalam
- Berkata "relakslah"
-Beribadat
- Bercakap dengan seseorang
- Berurut
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah
-Bersenam
-Berfikiran positif.

Selamat mencuba semoga maklumat di atas dapat dimanafaatkan bersama. Inshaaallah.

Wednesday, November 4, 2009

Jadi mukmin yang kuat




Hari ini 24 November, rawatan herceptin kali ke 12. Hati saya berdebar-debar menunggu keputusan ujian darah yang akan menentukan samada saya boleh menjalani rawatan. Malam tadi saya demam, batuk dan selsema. Saya berasa gelisah takut-takut kalau tak dapat menjalani rawatan tersebut. Sebelum ke hospital, saya kerjakan solat dhuha dan berdoa semoga dapat menjalani rawatan ini. Gagal menjalani rawatan bermakna ubat yang dikumpul tidak akan boleh dipakai dan kerugian lebih RM7,000.00.

Dalam keadaan tidak tenteram, teringat saya pada ceramah di CaRe, UPM yang di beri oleh seorang ustazah atas tajuk, 'Untuk jadi mukmin yang kuat'. Menurut ustazah, ciri-ciri mukmin lemah sebab:
a. Tidak tahan lasak/tidak tahan diuji.
b. Tidak bermotivasi untuk beramal soleh.
c. Tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Rahsia untuk menjadi mukmin yang kuat, tahan lasak, tahan ujian dan berbaik sangka dengan Allah bacalah Surah Thoha ayat 130 -132. Bila kita terima ujian, mengikut Imam Nawawi mula-mula kita kena:
a. Betulkan sangkaan dengan allah. Rujuk Surah Thoha ayat 130-132.
b. Kena sabar untuk menjadi kuat. Hanya orang yang kuat sahaja boleh bersabar- Janganlah sampai peringkat kita keluar kata-kata yang tak baik untuk Allah.
c. Jadilah orang yang selalu bertasbih. Yang memberi zat kepada sabar itu adalah tasbih. Tasbih yang memberi kekuatan adalah lahir dari dalam hati/diri. Waktu yang baik untuk bertasbih/zikir adalah:
(i) Sebelum matahari terbit.
(ii) Sebelum matahari terbenam.
(iii) Beberapa masa pada waktu malam.
(iv) Beberapa masa pada waktu siang.
d. Jangan mata kita terpesona dengan nikmat yang allah beri kepada orang lain. Jangan jadi lemah bila tengok apa orang lain ada.
e. Perintah ahli keluarga tunaikan solat. Solat akan menjadi kekuatan jika ianya berkualiti. Solat akan memberi kekuatan kepada kita jika ada 3 syarat berikut:
(i) Awal waktu. Solat pada awal waktu untuk jadikan kita lebih kuat.
(ii) Solat yang terbit dari rasa rindu, kasih kepada Allah.
(iii) solat untuk tujuan zikrullah/ingat Allah.

Apabila teringat pada kata-kata ustazah, hati saya mula tenang dan berserah kepada allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Alhamdulillah keputusan ujian darah memihak kepada saya dan dapatlah saya teruskan rawatan tersebut. Sesungguhnya kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah allah jua. Alhamdulillah

Wednesday, October 21, 2009

lymphoedema -The abnormal build up of lymph fluid



Pada 3hb. Oktober ini saya telah berkesempatan untuk menghadiri Program Pendidikan dan sokongan pesakit kanser di mana telah diadakan ceramah mengenai "Management of patients with Lymphoedema" oleh pegawai pemulihan perubatan anggota Hospital Putrajaya.

1. Ceramah: Di dalam ceramah tersebut, penceramah ada menyatakan bahawa terdapat di antara 500 hingga 1500 lymph nodes located in groups in the body dan lymphoedema adalah the abnormal build up of lymph fluid. Terdapat beberapa peringkat lymphoedema iaitu peringkat:
0- No swelling, feeling of heaviness in limb;
1- 'Pitting' lymphoedema, not swollen in the morning;
2- Swelling not reduce with elevation, pitting and tissue is hardened;

2. Maklumat dari risalah HUKM adalah seperti berikut:

(i) What is lymphoedema?

- Occur when the lymph fluid is unable to pass along the lymph vessel if the lymph channel becomes blocked.
- Excess tissue fluid builds up and causes swelling because it is unable to drain away through the lymph vessels as it normally would.

(ii) Causes of lymphoedema

There are two major categories of lymphoedema:

a. Primary lymphoedema
is usually determined from birth and is often due to the under-development of the lymphatic system - may be a reduced number of vessels that transport the lymph fluid or the vessels(nodes) may not have developed properly.

b. Secondary lymphoedema
occurs when lymph capillaries, vessels or nodes(glands) have been removed, blocked, fibrosed, damaged or necrosed and have been insufficient to manage the lymph load that has been accumulated in the involved body part. The most common causes include surgery, radiation therapy, trauma, filariasis, benign/malignant tumour growth or infection. It may worsen quite rapidly.

(iii) Sign and symptoms of lymphoedema

a. Feeling of tightness and heaviness in the limb, which may result in movement difficulty.
b. A gradual thickening of the skin on the affected limb. Lymph may also leak through the skin as the condition worsens.
c. Deep aching pain or shooting pain in the limb.
d. Pains in the joints (e.g elbow, knee and ankle).
e. "Blown-up" abdomen if a leg is affected.
f. The limb or affected areas are warmer than other parts; If it becomes red, this suggests an infection which must be treated immediately.
g. An intolerance to heat, especially in the affected limbs (climatic, saunas, baths).
h. Clothes or shoes do not fit properly.
i. Fatigue often sets in.

3. Panduan untuk mengelak dan mengawal lymphoedema

3.1. Penjagaan kulit: Elakkan dari sebarang kecederaan kepada kulit yang boleh menyebabkan jangkitan fungus aatau bacteria.

a. Pastikan kulit sentiasa bersih dan lembab dengan mengunakan pencuci yang mempunyai 'moisturizer' pada setiap hari.
b.Pastikan kuku jari dan kaki dipotong pendek. Elakkan penggunaan 'manicure', 'pedicure' atau kuku palsu.
c. Elakkan kepanasan yang terlampau terutamanya pada anggota badan lymphoedema.
d. Cuba elakkan sebarang luka terbuka yang mana boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku.
3.2. Senaman dan aktiviti harian: Senaman merupakan aktiviti penting untuk mengekalkan kesihatan badan.
3.3. Elakkan mengangkat beban yang melebihi 15 paun dengan anggota lymphoedema melainkan senaman yang diselia oleh fisioterapi yang terlatih.
3.4. Elakkan tekanan luar yang kuat yang boleh menyebabkan pengaliran 'lymph' terhenti, lambat atau tersekat.
a. Elakkan memakai baju yang terlalu ketat.
b. tidak tidur pada anggota lymphoedema dalam jangka masa yang lama.
c. Elakkan mengambil tekanan darah atau suntikan pada anggota lymphoedema tersebut.
d. Elakkan sebarang aktiviti statik yang boleh menyekat pengaliran 'lymph' ke kelenjar terutama di belakang lutut, sendi siku atau di bawah ketiak. Pastikan anda sentiasa menukar kedudukan anggota lymphoedema.
e. Semasa meniki kapalterbang, pastikan anda memakai 'compression garments' yang sesuai untuk mengelakkan lymphoedema menjadi lebih teruk.
f. Elakkan urutan yang terlalu kuat pada anggota lymphoedema.
3.5. Diet dan nutrisi:Penjagaan diet dan nutrisi yang betul menjamin kesihatan anda. Kekal diet yang sesui untuk mengelakkan obesiti(kegemukan). terdapat kajian mengatakan bahawa obesiti boleh mengakibatkan lymphoedema menjadi lebih teruk.

5. Masalah pada anggota lymphoedema

Perhatikan sebarang tanda-tanda bahaya pada anggota lymphoedema:
a. Awasi tanda-tanda jangkitan kuman - panas, sakit, kemerahan, bengkak atau demam. Segera berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda seperti itu.
b. Segera dapatkan nasihat doktor anda jika terdapat tanda-tanda lymphoedema - kebas, ketat, bengkak atau berat pada anggota badan anda.

6. Pengalaman: Selalunya lymhoedema ini berlaku pada tangan yang mana sudah dibuang lymph nodesnya. Pengalaman saya, pembedahan kanser payudara dilakukan disebelah kanan dan sebanyak 12 lymph nodes telah dibuang. Baru-baru ini saya mengalami sedikit bengkak dan sakit sedikit di bahagian antara siku ke bahu. Mengikut doktor bengkaknya sebanyak 0.5cm berbanding dengan lengan sebelah kiri. Saya dengan bantuan anak dan suami telah melakukan exercise pada hampir setiap hari dan sehingga hari ini nampaknya alhamdulillah.

7. Senaman: Saya berharap rakan-rakan seperjuangan dengan saya hendaklah selalu memeriksa tangan yang sudah tidak ada lymph nodes dan buatlah exercise untuk improve blood circulation, improve movement dan regain strength sebelum ianya terlambat. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mengurut mulai dari jari tangan ke atas hingga ke atas bahu dan bawa turun hingga ke kelengkang kaki(sebab ada lymph nodes di situ) atau urut mulai dari jari tangan ke atas hingga ke bahu dan melalui dada di bawa ke ketiak sebelah lagi yang masih ada lymph nodesnya.Cubalah mengurut sambil membaca selawat dan berdoa kepada allah, insyaallah berjaya.

8. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah anda hubungi:
Physiotherapy Unit
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tel:03 91702174

Sunday, October 18, 2009

Hikmah Air Dalam Olahjiwa


Air dalam kehidupan


Keperluan air dalam badan manusia

Seorang kawan pesakit kanser paru-paru telah datang ke rumah saya dan menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk - The True Power Of Water oleh Masaru Emoto. Katanya, 'bacalah kerana air boleh mengubat sakit kita'.Saya pun bacalah buku tersebut dan merasa sungguh kagum dengan hasil penelitian Dr. Masaru Emoto yang membawa hikmah kepada kita tentang hakikat air dan kekuatan yang terkandung didalamnya yang boleh mengubat sakit pada manusia. Menurut beliau, air ternyata boleh merespons perlakuan yang diberikan kepadanya, baik berupa kata-kata, tulisan atau gambar,serta suara. Beliau telah berhasil membuktikan bahwa air yang diberi respons positif, termasuk doa, akan menghasilkan bentuk heksagonal yang indah yang sangat penting bagi kesihatan.Sesungguhnya air sangat berkait rapat dengan kita kerana diri kita sendiri terdiri dari 70% air dan otak kita yang digunakan untuk berfikir mengandungi 74.5% air. Dr. Masaro didalam kajiannya menemukan efek gelombang energi yang dipanggil sebagai HADO yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit.

Bagi orang islam, kita boleh merujuk pada apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang air zamzam, "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya."Barangsiapa meminumnya kerana ingin kenyang,dia akan kenyang; dan barangsiapa meminumnya kerana ingin sembuh dari sakit, dia akan sembuh. Betapa hebatnya kekuatan air zamzam dan Dr. Masaru telah mengambil gambar air zamzam yang menghasilkan kristal luar biasa indahnya.

Teringat saya pada seorang kawan yang mengidap sakit kanser payudara dan masih hidup sihat walafiat (kanser survivor sudah 17 tahun).Puas beliau berubat sana-sini dan akhirnya dalam keadaan sakit (kaki sudah mula bengkak)beliau pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Semasa di sana beliau minum air zamzam sepuas-puasnya sambil berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Dengan izin Yang Maha Esa beliau sembuh dan sekarang sibuk menjalani aktiviti keagamaan di tanah airnya Lumut, Perak. Alhamdulillah.

Sebenarnya dalam Al Quran banyak firman Allah mengenai air. Sesungguhnya air merupakan satu nikmat serta anugerah Allah kepada kita semua. Kadangkala memandangkan ia mudah diperolehi, kita lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut.
Dalam Al Quran Surah Al-Anbiya ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud,
"....Dan kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...";
dan dalam Surah Ibrahim ayat 32 "Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu;" Memandangkan air merupakan satu anugerah istimewa untuk kita, gunakanlah dengan cara terbaik terutama untuk mengubat sakit.

Pengalaman saya, semasa saya menjalani kimoterapi pada tahun 2008, anak saudara saya kerap menghantar air yang di ambil dari Darul Shifaq(air solat hajat dan bacaan yaasiin oleh jemaah pada setiap hari isnin malam selasa) untuk saya minum. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berasa sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat terawih pada tahun itu. Sekarang pula adik ipar lelaki saya hampir setiap bulan akan menghantar air zamzam untuk saya. Alhamdulillah dengan izin allah jua saya rasa bertambah sihat dan dapat juga menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini. Sebenarnya, kita sendiri pun boleh membuat air yaasiin. Saya di ajar semasa membaca yaasiin supaya berdoa semasa tiba pada mubiin (ada 7 mubiin dalam surah yaasiin) tetapi kita hendaklah melakukannya dengan khusyuk sambil memohon kepada allah apa yang dihajatinya. Selamat mencuba tetapi hendaklah melakukan dengan yakin.

Bagi pesakit kanser bukan islam, mereka boleh mencuba sepertimana saranan Masaru Emoto supaya anda bercakap kepada air.Jika anda menginginkan sesuatu, katakanlah terus kepada air atau katakan dengan empati dan dalam bentuk past tense sambil membayangkan tentang yang ingin anda kehendaki/mohon. Kocoklah botol air tersebut secara berkala untuk mengaktifkan air agar membentuk gelombang(membuat air Hado). Alternatif lain, anda boleh menulis harapan anda di atas kertas dan menampalkannya kepada sebotol air, dengan posisi tulisan menghadap ke air sehingga air dapat membacanya. Penulis mencadangkan supaya anda meminum air Hado ini sebanyak 5 gelas sehari. Selamat mencuba.

Walau apapun usaha kita, perlulah diteruskan dengan penuh yakin kerana Allah tidak akan menghampakan permintaan hambanya. Mohonlah tanpa putus asa kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang. insyaallah.