Sunday, March 22, 2009

syukur kerana sihat


Syukur Kepada Mu Ya Allah

Surah Ibrahim


Alhamdullillah saya di berikan kesihatan sehingga dapat menyambut hari lahir ke 55 pada hari ini bersama-sama keluarga tersayang.  Hampir setahun saya telah menjalani rawatan kanser payu dara dengan sokongan dan kasih sayang dari suami, anak-anak dan menantu. Saya tidak dapat lupa apabila doktor mengesahkan saya mengidap kanser payudara sebelah kanan yang mana ketumbuhannya sebesar 5cm atau sebesar sebiji telur ayam. Sebulan kemudian saya telah selamat dibedah dan alhamdullillah tidak ada complication.

Rasanya masa berjalan begitu pantas dan tanpa disedari saya telahpun menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali dan radioterapi sebanyak 15 kali di HUKM. Syukur kepada allah kerana saya dapat menjalani rawatan ini dengan tabah, sihat dan lancar.  Sebelum rawatan kimo banyak cerita2 negatif tetapi alhamdullilah saya hanya menghadapi sedikit kesan sampingan seperti muntah2, sukar buang air besar, badan panas dan berpeluh-peluh walaupun berada dalam bilik berhawa dingin, dan pecah2 lidah serta mulut.

Petua untuk mengatasi muntah adalah supaya jangan minum air banyak selepas makan dan selalu bersihkan lidah dari keputihan. Berkenaan buang air besar hendaklah kita banyak makan sayor-sayoran terutamanya sayor bayam masak bening/air/rebus aje dan buah-buahan yang kurang manis seperti buah betik. Bagi mengatasi badan panas minumlah air kelapa muda dan bagi  sakit lidah dan mulut, jangan minum air batu tapi minumlah air suam.

Selepas menjalani radioterapi pula, saya mengalami kulit terbakar di kawasan yang dirawat. Apabila cuaca panas, kawasan tersebut gatal tapi tidak boleh digaru.  Alhamdullillah selepas sebulan tamat rawatan,  kulit dengan sendirinya mengelupas dan gugur.

Buat masa ini saya sedang menunggu untuk rawatan seterusnya iaitu rawatan dengan menggunakan herceptin untuk tempoh satu tahun. Saya berdoa agar berjaya menjalani rawatan ini dan tidak mengalami kesan sampingan. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment