Kimoterapi
Rambut Gugur
Selepas kimoterapi pertama, rambut saya mula gugur dan akhirnya semuanya luruh. Apabila lihat dalam cermin saya takut untuk melihat wajah saya sendiri. Selepas botak baru dapat petua dari kawan-kawan senasib dengan saya. Rakan saya menasihatkan supaya guna pokok aloe vera dan sapu pada kepala sekerap mungkin. Di samping itu, kerap-keraplah basahkan rambut agar panas akibat kimoterapi berkurangan dan dengan itu rambut kurang gugur.
Kebetulan saya banyak tanam pokok aloe vera dan selepas dapat tip tersebut, saya kerap juga guna pokok aloe vera untuk sapu pada kepala. Saya juga dinasihatkan untuk mengambil madu lebah. Akhirnya selepas kimo keenam barulah rambut saya mula tumbuh. Alhamdullillah. Anak-anak dan menantu cukup suka melihat rambut baru saya. Mereka kata macam rambut penyanyi anita sarawak. Saya pun ketawa terkekeh-kekeh.
rambut mak macam rambut baby... harum baunyer :P
ReplyDelete