Herceptin
Hari ini se awal jam 8.00 pagi suami saya telah menghantar saya ke hospital untuk rawatan herceptin. Bila sampai, saya terus pergi ke kaunter Pusat Harian Onkologi untuk pendaftaran. Selepas itu menjalani prosidur biasa di mana nurse akan timbang berat badan, ukur ketinggian, ujian darah tinggi serta mengambil specimen darah untuk diuji bagi mempastikan saya sihat dan boleh menjalani rawatan herceptin.
Alhamdulillah keputusan ujian memihak kepada saya. Saya hanya dapat menjalani rawatan ini kira2 jam 1.30 t/hari sebab selepas mendapat keputusan itu barulah suami saya boleh ke farmasi untuk membeli ubat dan jarum untuk dicucukkan kepada pod di dada saya. Sesi pertama ini saya difahamkan akan menjalani rawatan ini untuk selama 90 minit. Ini adalah kerana untuk menyesuaikan ubat tersebut dengan badan saya. Takut-takut nanti badan saya terperanjat dengan ubat baru ini. Setakat ini apa yang saya lalui tidaklah seberat semasa saya buat kimoterapi. Alhamdulillah boleh makan dan badan rasa sihat seperti biasa.
Walaubagaimanapun, doktor menasihatkan saya supaya memerhatikan/ observed certain symptoms seperti degupan jantung, shortness of breath, dizziness, swollen leg dan pain in the chest. Sekiranya ia berlaku, hendaklah berjumpa doktor dengan seberapa segera.
Hari ini saya dapat lagi berkenalan dengan pesakit-pesakit kanser. Ada yang mengidapi sakit kanser payudaru pada tahap serious di mana kanser tersebut telah pecah dan merebak ke tulang. So mereka kena menjalani kimo dahulu sebelum di bedah. But what touched me most today is that, I met this female cancer patient yang disahkan sakit kanser paru-paru. Mengikut beliau, doktor kata boleh survive 1 hingga 2 tahun. Dengan linangan air mata beliau mencurahkan kepada saya tentang apa yang terbuku di dalam hati. Beliau sedih dengan maklumat doktor tu dan juga risaukan anak2 yang masih belajar, risau tentang dosa2 (mengikut kaca mata beliau sendiri) seperti riba' kerana buat pinjaman dengan bank bagi membeli keperluan anak2 untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, risau semasa masih mengajar dulu menegur murid-murid dan menghantar murid ke guru disiplin, risau tertinggal solat pada masa muda2 dulu dan bermacam lagi.
Sambil bersembang, pesakit ini memegang dan mengenggam erat tangan saya. Saya dapat merasakan keresahan dan tekanan yang beliau tanggung. Dengan ilmu dan pengalaman yang sedikit saya cuba menasihatkan beliau supaya menjaga diri agar sihat dan dengan ini tidak merisaukan anak-anak yang sedang belajar samada di luar negara atau berada di asrama di dalam negara. Saya berharap anak-anak pesakit ini akan mengenang jasa ibu mereka yang telah banyak berkorban untuk masa depan dan kejayaan mereka. Anak-anak, kasihilah dan doakanlah untuk ibu kamu agar beliau sihat, panjang umur dan sentiasa dirahmati allah. Sekiranya anak-anak berjaya kelak, wang ringgit tidak akan dapat membayar pengorbanan ibu bapa. Ingatlah siapalah kita jika tidak kerana pengorbanan dan doa dari ibubapa kita.
Mengenai ramalan doktor itu adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka. Ingatlah bahawa ilmu tersebut tidak dapat mengatasi takdir dari allah. Miracle always happened. Kita berdoalah dan sesungguhnya allah tidak akan menghampakan permintaan kita. Insyaallah. The message is that doktor dengan ilmu perubatan boleh meramal tapi yang menentukan ialah allah. Saya teringat kepada seorang pesakit kanser di Amerika Syarikat yang menulis buku tentang 'Cancer Cleanse'. Doktor pakar telah mengesahkan bahawa beliau akan hidup untuk beberapa bulan sahaja lagi tetapi sehingga kini selepas berbelas tahun masih hidup dan sedang membantu pesakit-pesakit kanser yang lain. Apa yang patut dicontohi ialah beliau terus berdoa, kuatkan semangat, bersikap positif dan berusaha untuk hidup sihat dengan mengikut pemakanan sihat. Walaupun penulis ini 'kesepian' ditinggalkan oleh isteri dan anak-anak tetapi beliau masih bersemangat untuk meneruskan hidup ini dengan menabur bakti kepada masyarakat khususnya pesakit kanser.
Tentang murid-murid tu, memanglah selaku guru sewajarnya menegur mereka supaya mereka nanti akan menjadikan manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Saya berharap jika ada murid-murid yang tahu gurunya sakit, doakanlah kesihatan untuk mereka dan jika mereka ada buat kesilapan maafkanlah. Maklumlah bukan senang untuk seorang guru mendidik murid2 yang tidak kurang dari 30 orang dalam satu kelas yang terdiri dari latarbelakang yang berlainan dan bermacam2 ragam. Bayangkan jika guru itu kena mengajar tidak kurang dari 5 kelas sehari. Itu baru mengajar, tak termasuk correct papers dan kerja2 lain. Kita di rumah pun kelam kabut dan sukar untuk mendidik anak yang hanya 2 atau 3 orang.
Berkenaan dengan solat yang tertinggal waktu dulu tu, bolehlah kita mula qadak setiap kali selepas solat2 harian. Selepas itu bolehlah kita ikuti dengan solat taubat dan berdoalah semoga allah menerima amalan kita dan mengampunkan 'dosa' kita. Kita berdoa, selebihnya berserah kepada allah. Rasanya tak perlulah kita tanya lagi samada allah akan menerima atau menolak doa kita.
Apa juga yang kita hadapi adalah dugaan allah. Jika kita kata dugaan ini teruk dan berat, ada insan lain yang mengalami dugaan yang lebih teruk dari kita. Jika kita ada rezeki yang lebih jangan lupa untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukannya. Sesungguhnya setiap sedekah yang kita hulurkan kepada yang memerlukan, mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita dan juga akan mendapat ganjaran dari allah. insyaallah.
Selaku hamba allah kita terimalah penentuan ini tetapi janganlah putus asa. Marilah kita terus communicate, communicate dan comunicate kepada allah dan berdoa kepada allah untuk memberi kita peluang untuk terus hidup dalam ketaqwaan, keimanan, kesihatan terbaik hingga akhir hayat. Allah maha pengampun dan pengasih. Insyaallah.
Kami doakan mak akan terus tabah, sihat dan menjadi inspirasi..
ReplyDelete