Majlis bacaan Yaasiin bersama Presiden KanWork(Prof Maznah duduk depan tiang) |
Alhamdulillah dapat sekali lagi saya meraikan hari raya korban tahun 1434H/ 2013. Ramai kenalan saya kanser survivors yang tidak berpeluang untuk meraikan Hari Raya Korban tahun ini, antaranya adalah Dato Prof. Raden Umur, Mantan Naib Cancelor Universiti Putra Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah dua hari sebelum Hari Raya Aidil Adha 1434H. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT.
Allahyarham juga merupakan penaung kepada persatuan kanser kami KanWork (Persatuan Kanser Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan). Pada bulan September 2013, doktor memberi masa dua minggu sahaja kepada Prof. Raden, tetapi Allah maha kuasa dan penentu segala-galanya. Beliau bertahan lebih satu bulan dan sempatlah ahli persatuan kami mengadakan majlis bacaan yaasiin memohon semoga Allah meringankan sakit beliau.
Kerja melapah daging di padang Tmn DS |
Berbalik kepada saya, pula, doctor observe untuk 5 tahun dan Alhamdulillah tahun 2013 merupakan tahun ke 6 saya masih boleh menjalani aktiviti kehidupan seperti biasa. Tahun ini, saya beraya bersendirian bersama anak, menantu dan cucu kerana suami beraya bersama anak, menantu dan cucu di Perth, Australia. Sama-samalah kami suami isteri berkorban. Suami menjaga keluarga di sana yang sedang menyambong pengajian di Universiti Western Australia dan saya pula bersama keluarga di sini. Yang penting ialah pengorbanan kerana Allah. Jika mereka berjaya dalam pengajian dan nantinya bila bertugas mengajar dalam bidang perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia, insyaallah mudah-mudahan dapatlah kami sedikit ganjaran dari Yang Maha Esa.
Pagi Hari Raya Korban tahun ini, saya membawa bersama dua orang pembantu rumah anak-anak untuk menunaikan solat Aidil Adha di Masjid Sungai Merab. Entah kenapa saya memang suka solat di masjid tersebut. Mungkin kerana selesa dan juga kerana kemesraan jemaah masjid itu yang ramai seusia dengan saya. Apabila mereka berbual, saya kurang faham sebab mereka bercakap slang Negeri Sembilan. Angguk-angguk aje macam faham dah lah, asal ada response.
Kaum wanita sedang bergotong-royong untuk menyediakan makanan |
Selepas solat , kami rasa makanan yang di bawa jemaah secara potluck dan bergegas balik untuk bersarapan bersama keluarga kerana pada jam 9.30 pagi ada tugasan menanti di padang sebelah rumah kami dan juga di surau taman kami. Tahun ini, 8 ekor lembu dikorbankan. Sudah dua tahun saya volunteer menyediakan air minuman tambahan untuk warga kerja di padang dan di surau. Begitulah niat saya jika masih panjang umur dan sihat. Lawaknya, setiap tahun, se awal mungkin, saya akan beli dan simpan jus oren sunquick untuk buat air minuman raya korban tahun depannya. Setiap hari saya akan tengok botol oren tersebut dan ia se olah merupakan macam satu kekuatan untuk hari esok dan seakan saya mohon simpati dari Allah semoga panjangkan umur, pertingkatkan iman dan sihatkan saya supaya dapat berbakti lagi pada Hari Raya Korban tahun berikutnya.
Selepas bersama menyaksikan ibadah korban di padang tmn. DS, saya terus ke surau untuk membantu kaum wanita membuat persediaan untuk memasak juadah tahunan kami.
Gotong-royong menyediakan makanan |
Istimewanya taman kami, setiap tahun, sebahagian tulang dan daging korban akan dimasak secara bergotong royong dan dijamu kepada petugas dan jemaah. Lauk yang disediakan setiap tahun adalah sop tulang lembu, sayur campur, daging lembu masak kicap, sambal belacan dan sambal kicap serta ulam.petai. Chef terkenal taman kami adalah Cikgu Miskam, En Khalil dan isterinya pn. Ziela.
Tahun ini, atas dasar syukurnya saya masih lagi bernafas, saya sendiri volunteer tambah tugas dengan membantu mengemas surau selepas semua jemaah habis makan tengahari. Saya, Azah, Ziela, Zaidah(sibok tugasan agih daging korban) dan dua orang jemaah lelaki mencuci pinggan mangkuk, periuk dan kuali. Hj. Badruddin pula mengumpul sampah-sampah dan terus membakarnya. Beliau memang terkenal dengan habitnya yang suka membakar sampah. Atas ketekunan dan kerjasama antara kami, tugas membersihkan surau dapat disempurnakan dengan mudah dan cepat.
Mungkin atas tugas sukarela tersebut, ustaz Fauzi yang berada di surau mengarahkan Pn. Zaidah supaya kami diberi tambahan daging korban. Itulah namanya rezeki. Alhamdulillah semoga tahun hadapan berjumpa lagi!
Mungkin atas tugas sukarela tersebut, ustaz Fauzi yang berada di surau mengarahkan Pn. Zaidah supaya kami diberi tambahan daging korban. Itulah namanya rezeki. Alhamdulillah semoga tahun hadapan berjumpa lagi!
Pasangan Cikgu Miskam dan En Khalil sedang memasak |
No comments:
Post a Comment