Sajak ini ditujukan khas untuk ahli-ahli Mesyuarat Bahagian Pematuhan SeMalaysia yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 2013
KUCHING, SARAWAK
Mula, mula....
Ke Langkawi
Tapi tidak menjadi
Lepas itu ke Selangor
Juga tidak pasti
Kemudian ke Terengganu
Tidak juga direalisasi;
Akhirnya.............
Ke Kucing, Sarawak
Jodoh kita ibarat simpul mati
Tarikan mu kuat
Panggilanmu hebat
Layanan mu tersemat;
Tiga hari kita bersama
Berbincang dan berbahas
Berhempas pulas memerah otak dan keringat
Dari pagi hingga ke petang
Kongsi idea
Kongsi ilmu
Kongsi pengalaman
Bersama kita mengharungi suka-duka
Mengesan cukai
Meningkatkan pematuhan
Demi untuk menambah hasil
Untuk rakyat yang berdaulat
Untuk Negara Malaysia yang tercinta
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Hasil nukilan:
Hjh. Rokiah Bte Abdullah
Kuching, Sarawak
31.08.13
Thursday, September 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment