Bulan kesedaran tentang kanser |
Lazimnya, kena ambil nombor giliran di kaunter hadapan dan kemudiannya ambil giliran lagi di kaunter temujanji. Alhamdulillah dapat jumpa doktor pakar dan semua berjalan lancer. Doktor pakar berpuas hati dengan laporan mamogram (Kena buat setiap tahun dan baru buat pada bulan September 2013) dan kesihatan saya.
Selepas itu, saya terus berjumpa dengan jururawat untuk buat flush ke atas chemo-pod yang perlu di buat flushing pada setiap 2 atau 3 bulan sekali. Jarum untuk flushing pun special seperti huruf L. Kena beli jarum tu di kedai farmasi HUKM dengan harga RM6.00 sebatang. Masa untuk flushing tidaklah lama hanya memakan masa lebih kurang 10 minit tetapi persediaannya mengambil masa. Jururawat bertanya khabar dan kami bercerita tentang pemergiannya Dato Prof. Raden Umur, Mantan Naib Cancelor UPM pada 12 Oktober 2013.
Meneruskan perbualan, beliau melontarkan persoalan yang memeranjatkan saya. Jururawat tu bertanya, "Kak, kumpulan kak ada berapa orang lagi yang masih hidup?" Tergamam dan dengan sepontan saya menjawabdan, " tiada dan sekarang hanya tinggal saya seorang."
" Tu lah kak" sambong jururawat itu lagi. "Minggu lepas seorang pesakit kanser payudara tahap 4 berumur 31 tahun meninggal dunia sebab lambat datang untuk mendapatkan rawatan di hospital." Terkedu saya mendengarnya. Entah kenapa akhir-akhir ini bila dengar berita pesakit kanser atau kanser survivors meninggal dunia akibat cancer ocurrence membuat saya ngeri dan seram sejuk.
Saya meninggalkan hospital dengan hati yang sedih mengenangkan ramai kawan-kawan dah pergi dan tidak akan kembali lagi. Bila lah giliran saya, macam juga ambil nombor giliran di hospital tadi. Hanya Allah SWT yang mengetahui giliran tersebut. Kadang-kadang pujuk juga hati ini supaya janganlah fikir sangat tentang mati itu, kerana ia pasti dating tidak lebih seminit atau pun kurang seminit tapi yang penting adalah persediaan dan bekalan untuk ke sana. Sudah bersedia ke saya ni?
Balik ke rumah, kebiasaannya mencapai surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa di Malaysia dan dunia. Selak punya selak akhirnya sampailah ke ruangan Life& Times Health. Memandangkan bulan oktober adalah bulan kesedaran tentang kanser, banyak aktiviti dan artikel tentang kanser dipaparkan di dada dada akhbar. Tiba-tiba mata saya singgah ke satu artikel menarik berkenaan The Face of Courage tentang advanced breast cancer patient Dr. Aldila Isahak. (New Straits Times 22 Oktober). Ceritanya tentang Dr. Aldila yang pada bulan Ogos 2008, telah merasai ada benjolan di payudara kanannya tetapi mengambil masa satu tahun baru berjumpa doctor Selepas itu, .pada awal tahun 2010 beliau telah menjalani mastektomi dan menjalani rawatan kimoterapi serta radioterapi.
Dr. Aldila Isahak |
Petikan kata-kata Dr. Aldila Isahak, "I wish I could have detected the cancer early. It would have made a big difference. Itu lah keluhan beliau tetapi nak buat macam mana sebab nasi dah pun menjadi bubur.
Nasihat dan peringatan bagi kanser survivors dari Dr. Aldila:
" Have work-life balance and stay away from stress."
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT mempertingkatkan keimanan, ketabahan dan meringankan sakit Dr. Aldila. Insyaallah.
Assalamualaikum puan. Maaf sekiranya menggangu. Saya Ferhan dr syarikat penyelidikan 4 Life Research sangat tersentuh dengan tulisan puan. Jika diberi peluang boleh kita berjumpa untuk sy bercerita penemuan terbaru penawar kanser yg telah membantu ramai orang dan berharap sangat dpt membantu puan juga pesakit kanser yg lain. InshaaAllah semoga dipermudahkan Allah. (Han - 0162170696)
ReplyDelete