Tanggal 6 April adik ipar saya mengadakan majlis sambut menantu di sebuah dewan berdekatan dengan rumahnya di Gombak. Saya di minta membantu menyambut rombongan pengantin perempuan pada kira-kira jam 12.30 tengahari hari berkenaan. Pada kira-kira jam 11pagi kanmi dah berkumpul di dewan tersebut bersedia untuk membantu bagi kelancaran majlis. Jam 12 tgh tetamu mula datang dan pada jam 12.30tgh rombongan pengan peremuan tiba. Kami menyambut mereka dan menjemput ke meja tetamu yang telah disediakan. Majlis berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 4.00ptg. Alhamdulillah, semasa kami mengemas dewan, angin kencang dan hujan lebat turun. Kira-kira jam 5.45ptg kami semua beredaru dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan keletihan sehari bertugas di majlis tersebut. Walaupun penat tapi kami gembira kerana majlis berjalan dengan lancar.
walimatulurus MOhd Nizam adik kepada arwah Affandi |
Pada pagi 7 April kira-kira jam 7.30 pagi saya dapati ada missed call dari dua orang adik ipar saya. Tanpa berlenggah saya call mereka dan dimaklumkan bahawa pada pagi hari ini anak lelaki sulung adik ipar perempuan saya yang semalam menerima menantu perempuan telah kembali ke rahmatullah. Saya dimaklumkan bahawa, hasil pemeriksaan doktor mendapati arwah affendi yang berumur 31 tahun diserang penyakit jantung dan meninggal dunia dalam tidor. Tinggallah isteri yang masih muda dan seorang anak lelaki yang berumur 4 tahun. Pemergian affendi secara mengejut tanpa ada apa-apa signal memeranjatkan kami semua lebih-lebih lagi isteri, anak dan ibubapanya. Mereka kelihatan sugul dan dalam keadaan trauma.
Itu lah kehendak Allah SWT. Semalam kami gembira menerima ahli baru dalam keluarga dan hari ini tiba-tiba kami kehilangan seorang ahli keluarga. Kita merancang tetapi yang menentukan adalah Yang Maha Esa. Sebagai seorang islam kita bersyukur atas apa yang terjadi. Semuanya ada hikmah. Hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya. Teringat saya pada hari semalam semasa bertugas di majlis perkahwinan adik arwah bernama Nizam dan pasangannya bernama Ira, saya sempat menegur arwah yang memakai brooch besar sebagai butang pada baju melayunya yang berwarna merah. Kata arwah brooch ini pinjam dan isteri beliau yang kebetulan berada disebelahnya. Kebetulan pada hari itu, anak lelaki arwah asyik merengit dan sentiasa hendak mendampingi bapanya seolah-olah tahu yang bapanya akan meninggalkannya buat selama-lamanya. Pada hari tersebut arwah kelihatan begitu aktif dan ceria dan tidak menampakkan akan meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.
Semasa sampai di rumah Tinah (adik ipar), kelihatan jenayah yang telah diselimuti kain batik telah terbujur di ruang tamu dan dikelilingi oleh sahabat handai yang sedang membaca yaasiin. Saya mengucapkan takziah kepada Tinah dan suaminya dan mohon mereka tabah serta bersabar diatas dugaan ini. Saya kagum dengan Tinah yang kelihatan begitu tenang dan tabah tetapi suaminya yahya walaupun tenag tetapi kelihatan tidak berdaya/bertenaga untuk bergerak. Memandangkan yaasiin telah tersedia di atas meja, saya pun mencapainya dan terus membaca untuk sedekah kepada arwah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
.
Selesai membaca yaasiin saya ke dapor untuk membantu apa-apa yang patut. Maklumlah waktu makan tengahari dan anak-anak kecil kelihatan keluar masuk dapor mencari makanan. Memandangkan semua dalam keadaan dukacita untuk dibawa berbincang, saya minta anak dan menantu saya belikan makanan untuk makan tengahari keluarga.
Ramai saudara-mara/sahabat hadir dan kira-kira jam 3.30 petang jenazah di bawa ke masjid untuk di mandi dan disembahyangkan. Selepas solat asar, jenayah dibawa ke kubur untuk disemadikan. Di tanah perkuburan adik arwah (semalam jadi raja sehari) sedang dalam proses terakhir mengorek lubang kubur untuk abang yang dikasihi.
Perkhidmatan terakhir Adik Untuk seorang Abang |
Jenazah Arwah Affandi |
Isteri sedang meyiram air mawar |
Apalah kuasa yang ada pada kita. Kita adalah makhluknya. Kita dijadikan atas kehendak Yang Maha Esa. Termenung saya memikirkan pemergian arwah yang masih muda dan begitu mudah perjalanannya. Semalam ada dan hari ini sudah lenyap dari panda
ngan buat selama-lamanya. Terfikir saya betapa susahnya hendak membesarkan seorang anak tetapi dengan sekelip mata telah diambil oleh Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, arwah affendi telah menemui Allah SWT dan bila pula giliran kita? Sudah kah kita bersedia untuk menemui Maha Pencipta!
No comments:
Post a Comment