Tuesday, February 14, 2012

Komunikasi Berkesan Dengan Pesakit Kanser

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat tahun Baru 2012 kepada pembaca blog ini. Semoga pada tahun ini Allah akan merahmati dan memberkati hidup kita semua lagi dan dekatkan hati-hati kita kepadanya.

Pada tanggal 14 Jan. 2012, saya berkesempatan menghadiri ceramah bertajuk Komunikasi Berkesan - To Interact Better With Cancer patients oleh Dr. Zubaidah Bte Osman,UPM anjuran Persatuan Kanser (KanWork) Selangor dan Wilayah.

Apabila kita pergi ziarah pesakit kanser atau sakit kronik jenis lain pun, perlulah kita faham tentang pesakit tersebut. Mengikut penceramah, pesakit ini mengalami satu proses/cycle berikut iaitu:

1. Denial/Penafian - menafikan/tidak percaya maklumat yang diberi oleh doktor.

2. Anger/Marah - Tidak dapat menerima hakikat diserang sakit kronik dan marah
pada keadaan. Mula bertanya/ soalan, "Kenapa saya yang kena sakit ini?"

3. Bargaining/Mengharap - Cuba menaruh harapan dan mohon untuk hidup lebih lama.

4. Sadness or Depression/Murung/Sedih - Berasa sedih dan hadapi tekanan kerana
tidak tahu apa akan berlaku selepas ini.

5. Acceptance/Menerima - Pesakit dapat menerima sakit yang dideritai sekiranya
dirinya sendiri dapat menerima hakikat sebenar apa yang berlaku dan mendapat
sokongan/bantuan mantap dari ahli keluarga serta kawan-kawan.

Oleh itu sekiranya pergi menziarah pesakit, kita perlu banyak MENDENGAR bagi mengetahui keadaan pesakit berada di tahap mana dalam kaitan cyle diatas.

Sekiranya pesakit baru dikenalpasti dan diberitahu oleh doktor tentang mengidap penyakit kanser atau penyakit kronik, pesakit akan berada di dalam peringkat penafian kerana tidak boleh terima hakikat yang beliau diserang sakit kronik tersebut. Pesakit mungkin kata yang doktor tu salah diagnose dan akan mencari second atau third opinion. Keadaan denial ini akan menjadi lebih teruk sekiranya pesakit ini sihat sebelum ini. Pengalaman saya, di peringkat awal dulu memang saya mengalami keadaan penafian ini. Apabila doktor beritahu saya kena kanser payudara, saya rasa dunia ini berpusing-pusing dan tak dengar apa yang doktor terangkan selepas itu. Apabila berjalan pun rasa macam berombak-ombak. I cannot accept the news kerana berpandangan yang saya menjalani gaya hidup sihat. Saya berjogging tiap hari, aktif di rumah dan pejabat, pergi surau, makan tapi tidak sepenuhnya mengikut pemakanan sihat kerana suka minum teh tarik dan pisang goreng. Selepas diberitahu oleh doktor tentang penyakit saya, saya pergi jumpa doktor homeopati dan juga ustaz untuk pandangan kedua.

Selepas penafian tersebut dan selepas mendapat pandangan kedua yang menjurus kepada keputusan yang sama, mulalah pesakit itu masuk cycle kedua iaitu berasa marah. Pertanyaan yang berlegar di mindanya dan dilontar pada dirinya sendiri adalah,

- THIS IS NOT FAIR- WHY ME?
- WHAT HAVE I DONE WRONG TO GET THIS SICKNESS?
- WHERE DID I GO WRONG TO FACE THIS SUFFERING?
- HOW DO I GET THIS SICKNESS?
- WHY GOD, WHY?

Dalam keadaan begini pesakit hendaklah banyak mendekatkan diri dengan tuhan dan banyak mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi bagi menenangkan kemarahan tersebut. Kawan-kawan semasa ziarah pesakit janganlah memberi salah nasihat seperti suruh bersabar dan kata-kata seperti, "ini dugaan tuhan bagi menggugurkan dosa-dosa kecil tuan/puan." Kata-kata tersebut amat sensitif dan mungkin akan menaikkan marah pesakit. Pesakit mungkin akan kata yang you tak rasa bolehlah suruh bersabar dan you ingat you tak ada dosa ke? The best is semasa melawat pesakit ialah mendengar rintihan pesakit dan bercakap atas topik yang am seperti weather, food or some current affairs. Jangan tanya tentang sakit nya jika pesakit is not ready to reveal/talk. Di akhir lawatan, katakanlah yang kamu mendoakan supaya pesakit tabah dan cepat sembuh.

Selepas melalui proses penafian, marah, pesakit yang cepat rasional akan mendekati tuhan dan memohon serta mengharap supaya dapat hidup lebih lama lagi. Mohon untuk hidup bagi mengisi apa yang belum sempat dibuat sebelum ini. Tiap saat adalah harapan bagi pesakit dan akan berada dalam kegelisahan kerana tidak tahu berapa lama lagi diberi peluang untuk bernafas.Seperti kata doktor saya di HUKM dulu, "Hey rokiah, orang sihat pun boleh mati anytime, manalah tahu jika kena langgar/accident terus mati without given second chance.". Pengalaman rakan saya yang mengidap kanser rahim pun begitu. Puan N sudah 4 tahun mengalami sakit tersebut dan keluar-masuk hospital tapi yang meninggal dunia pada tahun 2010 adalah suaminya akibat sakit jantong. Life is unpredictable. Janganlah yang sihat tu ingat akan terus sihat. Jadikan kawan yang sakit itu sebagai peringatan kepada yang sihat.

Tahap murung dan sedih ini amat merbahaya jika dibiarkan kerana pesakit sukar untuk meneruskan sisa hidupnya dengan tenang dan tabah. Pesakit perlu dekatkan diri dengan tuhan dan menerima hakikat bahawa kita semua adalah makhluknya, dijadikan oleh yang Maha Esa dan adalah dalam ketentuannya. The more you fight, the worst you will become and you will tend to get other sickness. Learnt to accept, go for medical treatment and live with it and hopefully everything will run smoothly. Bagi keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak-anak, kakak/abang dan lain-lain perlulah beri sokongan padu kerana pesakit kanser perlu sangat sokongan dalaman dan bukan luaran sahaja. It is not easy sebab kadangkala suami/isteri pesakit juga mengalami /menghadapi keadaan denial/penafian tentang sakit isteri/suami mereka. Terbaiknya ialah kena terima dugaan ini dan cari jalan terbaik untuk sama-sama mengharungi dan menghadapi sakit yang dideritai oleh orang tercinta ini.

Peringkat terakhir cycle pesakit ialah acceptance atau penerimaan. Whether you like it or not, you have to accept it without condition. Seperti nasihat doktor, katakan pada diri sendiri/pesakit bahawa, "I have the illness, but I will try to make the most out of the remaining time left". Randy Pausch, mengidap kanser di dalam masa terhad yang beliau ada telah menulis sebuah buku bertajuk "The Last Lecture" untuk berkongsi pengalaman/ilmunya pada pembaca untuk di manafaatkan bersama.

Apabila melawat pesakit, perlulah kita ingat bahawa kehadiran kita adalah untuk memberi semangat dan membuat pesakit merasa selesa dan bukan sebaliknya. Belajar untuk MENDENGAR dari berkata-kata yang akan memberatkan lagi pesakit. Learnt TO GIVE seperti hadis nabi bahawa 'Tangan Di Atas Adalah Lebih Baik Dari Tangan Di Bawah.' Teringat saya pada sebuah buku hadiah dari menantu perempuan saya Dr. Samsuzana, bertajuk ; THE POWER OF GIVING -How Giving Back Enriches Us All oleh Azim Jamal & Harvey McKinnon. Mengikut buku ini memberi bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit atau hadiah tetapi ada dalam pelbagai bentuk iaitu, kasih sayang, senyuman, sentuhan, perhatian,kongsi pengalaman, harapan, masa dan lain-lain lagi. Jika tidak sempat ziarah, cubalah talipon pesakit.

Saya sudah hampir hendak melepaskan kerja-kerja jualan amal untuk mengisi tabung Persatuan Kanser kerana usia yang semakin lanjut dan kesuntukan masa sehinggalah saya membaca buku ini yang menaikkan semangat dan menyedarkan lagi kepada saya tentang perlunya meneruskan kerja-kerja amal kerana apabila kita memberi, kita akan merasa keseronokan yang tidak terhingga dan akhirnya Yang Maha Esa akan menyediakan ganjaran untuk kita. Insyaallah. Dua malam lepas, selepas diberitahu oleh pegawai saya di pejabat, saya terus menalipon seorang kenalan lama berbangsa tionghua di Johor Bahru yang baru sahaja menjalani pembedahan payudara pada bulan Februari 2012. Saya sekadar sharing pengalaman dan memberi semangat kepada beliau untuk terus mengikut nasihat doktor tentang perubatan selanjutnya.

Bagi keluarga pesakit, cuba terima hakikat dan menerima sakit yang dihadapi oleh orang yang disayangi ini. Carilah maklumat/ilmu dengan membaca tentang sakit yang dihadapi oleh pesakit dan berusaha bersama untuk membantu merawatnya. Perlu ada boundaries antara pesakit dan penjaga/carer kerana kita tidak mahu penjaga ibarat menjadi lilin yang membakar diri sendiri. Kita hendak pesakit "Self Management" at the end of the day. Pengalaman saya, suami dan anak-anak banyak membaca tentang breast cancer dan muatturun maklumat dari internet untuk saya baca dan faham tentang kanser dan bahawa setiap sakit itu ada ubatnya.

Allah maha adil dan bijaksana kerana setiap sakit yang diberi itu ada ubat dan penawarnya serta ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Pesakit perlu bersabar dan pujuk diri sendiri untuk samada terus sakit atau hendak sihat. Pilihan dalam tangan pesakit. Yang sakit dan merana adalah pesakit and make sure pesakit yang tidak dapat menerima kenyataan ini tidak menyusahkan keluarganya. Make your choice to fill the most and the best out of the limited time that you have. Make yourself happy and people around you happy too. Insyaallah

4 comments:

  1. Assalammualaikum puan...maaf menganggu...ibu saya merupakan penghidap penyakit cancer paydara..saya berharap sangat puan dapat membantu dan berkongsi dengan kami sekeluarga...in shaa Allah budi baik puan dibalas Allah...amin...harap puan dapat hubungi saya melalui email sya mhanafi007@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN


    ReplyDelete
  3. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    ReplyDelete
  4. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete