Wednesday, February 13, 2013
Selamat Datang Tahun 2013
Rasanya macam belum puas meniti hidup dalam tahun 2012, tiba-tiba dah sampai ke tahun 2013. Alhamdulillah dapat menikmati dan manafaatkan masa yang dianugerahkan kepada saya pada tahun 2012. Tahun 2013 belum pasti tetapi mudah-mudahan ia akan lebih baik dari tahun 2012. Hidup bukan satu pilihan tetapi ia adalah anugerah dari Allah. Oleh itu, perlulah kita gunakan masa yang ada untuk sedia bekalan bagi menemui Yang Maha Esa terutamanya insan seperti saya kanser survivor yang telah di beri peluang kedua. Tidak kiralah samada orang itu sihat atau sakit sebab hidup atau mati kita adalah hak Allah SWT. Nak dijadikan cerita, ada beberapa orang pegawai di Jabatan saya yang masih muda (umur 40han) dan sihat tetapi tiba-tiba dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah atas sebab sakit jantong atau kemalangan jalanraya. Kita tidak tahu entah bila kita di jemput untuk menemuinya. Oleh itu, marilah kita sama-sama ambil ingatan dan pengajaran dari pepatah Melayu berbunyi, "sediakan payung sebelum hujan."
Menoleh ke tahun 2012, saya tidak tahu samada berasa sedih dan pilu atau relief ( sebab sekurang-kurangnya penderitaan sakit mereka berakhir) kerana lebih dari 5 orang kenalan kanser survivors saya telah kembali ke rahmatullah. Berita kematian mereka ada diberitahu oleh jururawat hospital Putrajaya dan ada teman rapat arwah sendiri yang sms saya. Sms dari suami arwah pn. Rosminah (bekerja di Putrajaya semasa hayatnya) yang saya terima pada 21 Disember memaklumkan bahawa isteri beliau (yang menderita lebih 3 tahun sakit kanser payudara dan kulit) telah kembali ke rahmatullah di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Disember 2012. Pn. Noridah dari Ampang yang menderita kanser rahim lebih dari 4 tahun juga kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka..
Tidak disangka bahawa Tahun 2013 rupa-rupanya penuh dengan cabaran. Cabaran bukan sahaja bagi saya sebagai volunteers tetapi juga bagi pesakit-pesakit kanser baru yang telah menjalani pembedahan tetapi masih menunggu untuk menjalani kimoterapi dan radioterapi. Pada bulan Januari 2013 sahaja saya telah berkomunikasi dan berkongsi pengalaman dengan lebih 5 orang pesakit kanser baru. Mereka dirujukkan kepada saya, bukan kerana saya pakar tetapi untuk memberi sokongan dan berkongsi perit jerih perjalanan perubatan kanser yang pernah saya lalui di HUKM pada tahun 2008 hingga 2010.
Seorang pesakit kanser Pn. F dari Melaka yang dirujukkan oleh kakak saya, telah mengadu yang anak-anaknya suruh dirinya berpantang dan larang dari memakan kebanyakkan makanan yang kebiasaan dinikmati olehnya. Akibat dari pantang larang tersebut , Pn. F tidak bertenaga dan mudah berasa letih. Nasihat saya agar Pn. F menikmati makanan seimbang(balance diet) supaya mempunyai tenaga dan kekuatan untuk menjalani rawatan kimoterapi dan radioterpi nanti. Seorang lagi pesakit Pn. R dari Gombak pula mengadu telah di larang untuk memakan daging dan ayam oleh kawan-kawannya. Geli hati saya mendengarnya. Beri nasihat tu dah kira boleh tahan dan baik lagi. Ada orang mengambil kesempatan untuk mempromosi dan menjual ubat-ubatan/supplement. Pengalaman saya semasa tengah menjalani rawatan kimoterapi didatangi oleh penjual ubat di katil saya. Bayangkan ada orang yang cuba mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain tanpa menghiraukan perasaan pesakit itu.
Banyak sangat penasihat dan "doktor" tak bertauliah ni susah juga untuk pesakit kanser baru. Kasihan mereka dicelarukan oleh orang-orang yang tidak ada pengalaman dan tauliah. Mungkin niat kawan-kawan baik untuk membantu tetapi sebaliknya mengelirukan pesakit-pesakit baru ini. Macam-macam nasihat dan tunjukajar pesakit terima. Akhirnya saya sarankan supaya pesakit sendiri berbincang dan minta nasihat dari doktor pakar sakit kanser. Maklumat lebih tepat dan sahih serta boleh diamalkan 100%.
Nasihat saya pada pesakit kanser baru supaya :
1. Dapatkan maklumat melalui pembacaan/rujukan buku dan artikel,
2. Kongsi maklumat dan pengalaman dengan kanser survivors,
3. Hubungi Persatuan Kanser seperti KanWork (Persatuan Kanser Negeri Selangor dan Wilayah)
untuk mendapat bahan bacaan, sokongan dan bantuan,
4. Rujuk, bincang dan dapatkan maklumat yang tepat dari doktor pakar sakit kanser,
5. Perbanyakkan membaca Al Quran, buku-buku agama dan mendengar ceramah-ceramah
keagamaan dan motivasi untuk memantapkan kekuatan dalaman.
Sebagai pembuka tirai tahun 2013, saya titipkan sebuah sajak untuk renungan kita bersama:
KAU YANG KU CINTAI
Aku sujud dan bersyukur padamu Yang Maha Esa,
Atas rahmat dan nikmat darimu,
Kerana,
Nadiku masih berdenyut,
Jantungku masih berdegup,
Mataku masih boleh membaca kitab sucimu Al Quran,
Mulutku masih boleh bertasbih dan berzikir,
Telingaku masih boleh mendengar azan dan ceramah mengEsakanmu,
Tanganku masih boleh menadah memohon hidayah dan keredhaanmu,
Kakiku masih boleh ke surau dan masjid,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Rinduku padamu,
Cintaku padamu tiada bertepi,
Aku malu padamu, Ya Allah SWT,
Kerana,
Banyak meminta, menerima dari banyak sujud padamu,
Kau Pengasih dan Penyayang,
Kau tetap memberi dan memberi kepada insan kerdil ini,
Ya Allah SWT,
Sempena tahun 2013 ini,
Kau dekatkanlah hati ini padamu,
Kau gerakkanlah anggota ini untukmu,
Kau tumpukanlah penglihatan ini buatmu,
Kau arahkanlah zahir batinku khusus kepadamu,
Mohon hidupku, matiku hanya keranamu,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Hasil nukhilan
Rokiah Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam doktor, saya anis dari mlaka, saya telah disahkan sebagai pesakit kanser bermula 1 mac 013, telah buat lumpektomi dn 5 april 2013 baru buat kimoterapi yg prtama di hospital swasta di melaka, yg merunsingkn kepala saya sekarang doktor baru beritahu yg kputusan Her2 saya positif, saya tidak berkemampuan dari segi kewangan utk mndapatkan rawatan herceptin di hospital swasta tersebut & ingin merujuk kes saya ini di hospital kerajaan
ReplyDeleteTetapi hospital kerajaan mengatakan jika saya telah ambil kimo di hospital swasta tidak boleh dirujuk di hospital kerajaan, saya amat risau keadaan ini, umur saya baru 31 thn & mmpunyai sorg anak perempuan berumur 4 thn, apa pandangan doktor tntng masalah saya, bantu lah saya doktor pada siapa saya boleh buat rujukan untuk mndapatkan rawatan herceptin ini. Anis 016 6557544
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian doktor
ReplyDelete