Monday, February 25, 2013

Aktiviti Fizikal Untuk Survivor Kanser

Setiap bulan KanWork/CaRE ada menganjurkan pelbagai program/aktiviti untuk ahli mereka dan orang awam juga turut dijemput untuk menyertainya. Saya telah dimaklumkan melalui email tentang program ceramah bertajuk Aktiviti Fizikal untuk Survivor Kanser oleh Dr. Kok Lian Yee dari Jabatan Pengajian Sukan,Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 23 Februari 2013 bertempat di Pejabat KanWork/CaRE Tingkat 7, Bangunan Fakulti Perubatan, UPM, Serdang, Selangor.

Ceramah ini adalah very interesting bukan kerana penceramahnya adalah seorang yang pakar dalam bidang aktiviti fizikal tetapi juga beliau adalah juga  seorang survivor kanser payudara. Melihat pada rupa dan tubuh badan penceramah mencerminkan tahap kesihatannya yang baik dan tidak sangka pernah diserangi oleh penyakit kanser.  Tengok penceramah sahaja kita sudah tahu bahawa she practice what she preach. She looks radiant, healthy, well trim, active and full of life.




Dr. Kok memulakan ceramah dengan memberi definisi tentang aktiviti fizikal iaitu:
"'Pergerakan yang dihasilkan otot tubuh badan yang meningkatkan penggunaan tenaga melalui bukan senaman seperti kerja rumah, jalan ke kedai atau berkebun dan senaman melalui aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan dilakukan berulang kali untuk meningkatkan kecergasan."
Menurut beliau, melakukan aktiviti fizikal adalah penting bagi setiap individu untuk kecergasan fizikal dan pengurangan berat badan yang dapat mengurangkan insiden type 2 diabetes, penyakit kronik/kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

Bagi pesakit kanser atau kanser survivors, mereka akan melontarkan pertanyaan, Mengapa mereka perlu bersenam sedangkan mereka sudah pun mendapat sakit kanser? Menurut Dr. Kok:
 1.  Aktiviti fizikal menurunkan risiko kanser berulang dan kematian
 2.  Wanita yang berjalan (laju) 4 jam seminggu akan mencapai penurunan 40% risiko kanser payu
       dara berulang dan kematian.
3.  Bersenam beberapa kali seminggu akan membantu mengurangkan lemak badan dan hormon
     yang dikaitkan dengan kanser. Jika anda kurangkan lemak badan dan hormon itu, risiko kanser
     berulang  kurang sebanyak 91%
4.  Bagi pesakit kanser yang sedang dalam rawatan, senaman menambah kualiti hidup semasa dan
     selepas rawatan dari segi kurangkan keletihan, kurangkan rasa loya dan nak muntah dan juga
     kurangkan kerisauan dan depression.

Exercise in cases of:
1.  Invasive Breast Cancer risk decreased by 15%-50% among physically active women.
     (i)  Twenty-four percent to 67% reduction in total deaths and 50% reduction in breast cancer 
            recurrence in  women who are physically active.
     (ii)  Best effect in women/cancer survivors who underwent equivalent of brisk walking 3 hours
            per week.
2.  Colon cancer, 43 out of 51 studies demonstrated decreased risk of colon cancer in most physically
     active participants.
   (i) Three hours per week of moderate physical activity after colon cancer diagnosis decreased risk
        colon cancer death by 39%- 59%

ADAKAH SURVIVOR KANSER BERSENAM?

Menurut Dr. Kok, walaupun dapatan kajian menunjukkan risiko kanser dapat dikurangkan melalui aktiviti fizikal yang KERAP, kebanyakan survivor kanser TIDAK BERSENAM dengan KERAP.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI LEBIH AKTIF

Terlebih dahulu, pesakit kanser/survivor kanser  hendaklah mendapat restu/okay daripada oncologist
untuk melakukan aktiviti fizikal. Perkara yang perlu di ambil perhatian adalah:
1. Lakukan jenis aktiviti yang digemari
2. Lakukan dengan kerap
3. Lakukan aktiviti yang anda senang melibatkan diri (dekat rumah)
4. Tetapkan objektif tetapi pastikan objektif ini realistik dan boleh dicapai.

CHOOSING THE RIGHT PHYSICAL ACTIVITY FOR YOU

1. Something you will enjoy
2. Something that will cause you to break a (mild) sweat
3. Something (Ideally) you can do with another person
4. Something that will not injure you or make an old injury worse.

EXAMPLES OF SOME PHYSICAL ACTIVITIES

1. Walking/running
2. Cycling (indoors or outdoors)
3. Swimming
4. Aerobics class
5. Yoga/Tai Chi/Qi Gong

HOW MUCH AND HOW OFTEN?

1. Beginning with what feels comfortable to you - especially if you have cancer-related fatigue
2. Ideally, begin with 20-30 minutes a session 3 times a week
3. Increase the number of sessions first, then increase length of each session, then intensity of each
    session
4. Long term goal (2-3 months down the road) of at least 30 minutes a session 5 times a week.

SOLUTIONS FOR CANCER-RELATED TREATMENT

1. Lymphedema in your legs - Try equatic exercises/swimming
2. Lymphedema in your arms -wear acompression garment and swing your arms when walking
3. Arthritis in your legs - Try indoor cycling or swimming
4. Scarring/tightness under your arm or along your chest wall - Wear loose fitting clothes made from
     Techwick or silk (but keep the compression stocking on your arm if you need it)

EXERCISES TO PROMOTE LYMPH DRAINAGE

1. Diaphragmatic breathing (bernafas secara mendalam; tarik nafas panjang)
2. Pelvic tilts (angkat punggung)
3. Partial sit-ups with breathing
4. Neck movements:
    - Say YES/NO
    - Side to side neck movement
    - Rotation
5. Shoulder series:
    - Shrugs, retraction, circles
    - Pushing hands together (pectoral isometrics)
    - Shoulder blades/arms reaching out forward (bilateral boxing)
6. Elbow isometrics:
    - Flexion and extention
    - Pronation and supination

Akhir sekali untuk renungan bersama:

"TO EXERCISE OR NOT TO EXERCISE, IS IN YOUR HAND."

Wednesday, February 13, 2013

Selamat Datang Tahun 2013





Rasanya macam belum puas meniti hidup dalam tahun 2012, tiba-tiba dah sampai ke tahun 2013. Alhamdulillah dapat menikmati dan manafaatkan masa yang dianugerahkan kepada saya pada tahun 2012. Tahun 2013 belum pasti tetapi mudah-mudahan ia akan lebih baik dari tahun 2012. Hidup bukan satu pilihan tetapi ia adalah anugerah dari Allah.  Oleh itu, perlulah kita gunakan masa yang ada untuk sedia bekalan bagi menemui Yang Maha Esa  terutamanya insan seperti saya kanser survivor yang telah di beri peluang kedua.  Tidak kiralah samada orang itu sihat atau sakit sebab  hidup atau mati kita adalah hak Allah SWT. Nak dijadikan cerita, ada beberapa orang pegawai di Jabatan saya yang masih muda (umur 40han) dan sihat tetapi tiba-tiba dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah atas sebab sakit jantong atau kemalangan jalanraya.  Kita tidak tahu entah bila kita di jemput untuk menemuinya. Oleh itu, marilah kita sama-sama ambil ingatan dan  pengajaran dari  pepatah Melayu berbunyi, "sediakan payung sebelum hujan."

 Menoleh ke tahun 2012, saya tidak tahu samada  berasa sedih dan pilu atau relief ( sebab sekurang-kurangnya penderitaan sakit mereka berakhir) kerana  lebih dari 5 orang kenalan kanser survivors saya telah kembali ke rahmatullah. Berita kematian mereka ada diberitahu oleh jururawat hospital Putrajaya dan ada teman rapat arwah sendiri yang  sms saya. Sms dari suami arwah pn. Rosminah (bekerja di Putrajaya semasa hayatnya)  yang saya terima pada 21 Disember  memaklumkan bahawa isteri beliau (yang menderita lebih 3 tahun sakit kanser payudara dan kulit)  telah kembali ke rahmatullah di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Disember 2012. Pn. Noridah dari Ampang yang menderita kanser rahim lebih dari 4 tahun juga kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka..

Tidak disangka bahawa Tahun 2013 rupa-rupanya penuh dengan cabaran.  Cabaran bukan sahaja bagi saya sebagai volunteers  tetapi juga bagi pesakit-pesakit  kanser baru yang telah menjalani pembedahan tetapi masih menunggu untuk menjalani kimoterapi dan radioterapi. Pada bulan Januari 2013 sahaja saya telah berkomunikasi dan berkongsi pengalaman dengan lebih 5 orang pesakit kanser baru. Mereka dirujukkan kepada saya, bukan kerana saya pakar tetapi untuk memberi sokongan dan berkongsi perit jerih perjalanan perubatan kanser yang pernah saya lalui di HUKM pada tahun 2008 hingga 2010.

Seorang pesakit kanser Pn. F dari Melaka yang dirujukkan oleh kakak saya, telah mengadu yang anak-anaknya suruh dirinya berpantang dan larang dari memakan kebanyakkan makanan yang kebiasaan dinikmati olehnya. Akibat dari pantang larang tersebut , Pn. F tidak bertenaga dan mudah berasa letih. Nasihat saya agar Pn. F menikmati makanan seimbang(balance diet) supaya mempunyai tenaga dan kekuatan untuk menjalani rawatan kimoterapi dan radioterpi nanti. Seorang lagi pesakit  Pn. R dari Gombak pula mengadu telah di larang untuk memakan daging dan ayam oleh kawan-kawannya. Geli hati saya mendengarnya. Beri nasihat tu dah kira boleh tahan dan baik lagi. Ada orang mengambil kesempatan untuk mempromosi dan menjual ubat-ubatan/supplement.  Pengalaman saya semasa tengah menjalani rawatan kimoterapi didatangi oleh penjual ubat di katil saya. Bayangkan ada orang yang cuba mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain tanpa menghiraukan perasaan pesakit itu.

Banyak sangat penasihat dan "doktor" tak bertauliah ni susah juga untuk pesakit kanser baru. Kasihan mereka dicelarukan oleh orang-orang yang tidak ada pengalaman dan  tauliah.  Mungkin niat kawan-kawan baik untuk membantu tetapi sebaliknya mengelirukan pesakit-pesakit baru ini. Macam-macam nasihat dan tunjukajar pesakit terima.  Akhirnya saya sarankan supaya pesakit sendiri berbincang dan minta nasihat dari doktor pakar sakit kanser. Maklumat lebih tepat dan sahih serta boleh diamalkan 100%.

Nasihat saya pada pesakit kanser baru supaya :

1. Dapatkan maklumat melalui pembacaan/rujukan buku dan artikel,
2. Kongsi maklumat dan pengalaman dengan kanser survivors,
3. Hubungi Persatuan Kanser  seperti KanWork (Persatuan Kanser Negeri Selangor dan Wilayah)  
    untuk mendapat bahan bacaan, sokongan dan bantuan,
4. Rujuk, bincang dan dapatkan maklumat yang tepat dari doktor pakar sakit kanser,
5. Perbanyakkan membaca Al Quran, buku-buku agama dan mendengar ceramah-ceramah
    keagamaan dan motivasi untuk memantapkan kekuatan dalaman.
    
    

Sebagai pembuka tirai tahun 2013, saya titipkan sebuah sajak  untuk renungan kita bersama:


KAU YANG KU CINTAI

Aku sujud dan bersyukur padamu Yang Maha Esa,
Atas rahmat dan nikmat darimu,
Kerana,
Nadiku masih berdenyut,
Jantungku masih berdegup,
Mataku masih boleh membaca kitab sucimu Al Quran,
Mulutku masih boleh bertasbih dan berzikir,
Telingaku masih boleh mendengar azan dan ceramah mengEsakanmu,
Tanganku masih boleh menadah memohon hidayah dan keredhaanmu,
Kakiku masih boleh ke surau dan masjid,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Rinduku padamu,
Cintaku padamu tiada bertepi,
Aku malu padamu, Ya Allah SWT,
Kerana,
Banyak meminta, menerima dari banyak sujud padamu,
Kau Pengasih dan Penyayang,
Kau tetap memberi dan memberi kepada insan kerdil ini,


Ya Allah SWT,
Sempena tahun 2013 ini,
Kau dekatkanlah hati ini padamu,
Kau gerakkanlah anggota ini untukmu,
Kau tumpukanlah penglihatan ini buatmu,
Kau arahkanlah zahir batinku khusus kepadamu,
Mohon hidupku, matiku hanya keranamu,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Hasil nukhilan
Rokiah Abdullah