Gambar kenangan bersama Prof. Madya Dr. Hayaati
Gambar bersama ahli persatuan KanWork
Saya sememangnya sangat meminati personaliti terkenal ini dan alhamdulillah hari ini 4 ogos saya dapat berjumpa dan mendengar ceramah dari Prof.Madya Dr. Sharifah Hayaati di CaRe/KanWork, Universiti Putra Malaysia,Serdang,Selangor.Tajuk ceramah sangat menarik dan amat berkait rapat dengan kanser survivors/warriors iaitu: KITA INSAN TERPILIH. Prof memulakan ceramahnya dengan menekankan bahawa kita adalah insan terpilih kerana dapat berada dalam bulan ramadan yang merupakan bulan yang terpilih dan teristimewa dari bulan-bulan lain. Mengikut hadis Rasulullah," Bagi kamu itu adalah puasa atau ramadan, bulan paling baik" (sebab bulan ramadan tidak setanding dengan bulan-bulan lain). Apabila kita tahu kebaikan ramadan, barulah kita rasa seronok sebab akan tertanam dalam diri kita bahawa aku adalah insan terpilih untuk berada dalam bulan ramadan. Barakah dan rahmat yang diberikan Allah adalah berganda-ganda dalam bulan ramadan. Rebutlah peluang keemasan ini dan gunakanlah sepenuhnya bulan ramadan ini dengan pelbagai aktiviti seperti, berpuasa, membaca Quran, berzikir, solat terawih, solat sunat,qiamullail, bersedekah, tolong orang dan sebagainya. Allah naikkan darjat orang berpuasa di bulan ramadan walaupun orang berpuasa itu tidor. Turun naik nafas pun merupakan tasbih bagi orang berpuasa. Ingatlah bahawa ramadan tahun depan kita belum tahu lagi akan dapat berada dalam bulan tersebut.
Kita insan terpilih bukan sahaja kerana dapat berada didalam bulan ramadan tetapi juga dapat duduk didalam majlis ilmu ini yang merupakan majlis yang paling baik daripada yang baik kerana dengan ada ilmu, kita akan jadi insan yang lebih baik. Carilah ilmu sebab ilmu menjadikan kita berfikiran positif.
Kita adalah insan terpilih kerana Allah uji dan Allah sayang pada kita. Orang paling teruk diuji adalah para ambiak dan nabi sebab Allah sayang pada mereka. Bacalah doa nabi Ayub. Rujuk surah Al Anbiya (Ayat 83-85). Bila kita berdoa, kita ingat Allah dan Allah ingat kita. Gunakan gelombang minda (bertembung ingatan) dengan Allah. Jika kita ingat Allah, Allah akan berganda-ganda ingat kita.
Indahnya ujian, ia mengingatkan dan mendekatkan kita kepada Allah. Orang yang diuji perlu banyak bersabar, tahan, redha kerana sabar itu sangat indah dan sangat tinggi makamnya. Sabar adalah qalam Allah. Apabila seseorang itu melalui ujian dengan sabar, ia akan dapat kejayaan sebab melalui ujian itulah kita akan dapat ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Kita akan ada kekuatan selama kita redha dan bersyukur kepada Allah. Ingat pada D.U.I.T. ia itu:
D - Doa. Banyakkan berdoa kerana doa akan menentukan kita masuk syurga atau neraka.
U - Usaha. Kita tidak tahu awal kita baik dan akhirnya akan baik. Oleh itu perlu sentiasa
berusaha memohon kepada Allah.
I - Istighfar. Banyakkan beristighfar kerana allah akan beri kita hati yang tenang, beri
tempat keluar dari masalah dan Allah beri rezeki dari yang tidak disangka-sangka.
T -Taubat. Banyakkan kita bertaubat.
Marilah kita guna lidah kita untuk ajak orang kepada kebaikan seperti mana Bilal bin Rabah yang punya suara yang hebat melaungkan azan untuk mengajak orang kepada solat. Insyaallah.
.
No comments:
Post a Comment