Monday, April 20, 2009

Rahmat disebalik dugaan

Kuatkan Iman ku

Hari ini dalam keadaan demam, selsema dan batuk saya ditemani oleh suami ke hospital untuk rawatan herceptin kali kedua. Seperti biasa mengikut prosidur, nurse mengambil berat badan dan memberitahu berat badan saya turun, mengambil denyutan nadi dan memberitahu ia berdenyut dengan pantas, mengambil darah dan memberitahu ianya cair, mengambil suhu badan dan memberitahu suhu badan tinggi sebab demam, mengambil tekanan darah dan memberitahu ia agak rendah sikit. Tiba-tiba saya berasa bersyukur kerana diberi dugaan sakit ini kerana sejak kimoterapi keenam, saya semakin sihat dan tidak dihinggapi penyakit dan saya sudah hampir lupa bagaimana rasa sakit.Terlintas di fikiran saya yang kemungkinan besar saya tidak akan dapat menjalani rawatan tersebut pada hari ini.

Sementara menunggu giliran saya untuk berjumpa doktor, saya berlegar-legar dan sempat berkenalan secara semuka dengan bekas pesakit kanser/cancer survivor (alhamdulillah dah 7 tahun) sebab kami sering sms tapi tak pernah berjumpa. Beliau seorang sukarelawati KAN NETWORK yang kadangkala sms saya memaklum dan menjemput saya untuk turut serta dalam aktiviti mereka. Malangnya saya belum lagi dapat kesempatan dan kelapangan untuk bersama mereka sebab aktiviti mereka adalah pada hujung minggu. Maklumlah kita berkeluarga, waktu hujung minggulah untuk bersama-sama dengan ahli keluarga. Kawan saya ni sedang menunggu untuk menerima rawatan zometa (medicine to strengthen the bone) sebab beliau ada problem sikit dengan tulang. Baru ni lah saya tahu bahawa ada ubat lain dari calcium pill untuk kuatkan tulang.

Pada hari ini juga saya telah berkenalan dengan seorang pesakit kanser baru yang mengidap kanser dubur. Beliau masih muda dalam lingkungan 30han dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, bertugas di syarikat swasta yang membenarkannya cuti bergaji hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja. Menurut pesakit ini, pada peringkat awal, sakitnya seperti sakit buasir tapi berdarah. Lama kelamaan ia semakin sakit dan serious. Beliau pergi berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser dubur. Sepatutnya hari ini beliau menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi tapi oleh kerana mesin rosak, rawatan beliau terpaksa ditunda. Keadaan ini memeningkan kerana melibatkan cuti pesakit. Saya difahamkan selepas treatment tersebut barulah beliau akan menjalani pembedahan. Sedih betul saya melihatnya kerana beliau dalam kesakitan dan tidak selesa duduk. Semasa kita berbual dan berkongsi pengalaman, beliau memaklumkan bahawa setelah diberitahu oleh doktor, beliau mengambil masa satu minggu berdiam diri/menyendiri untuk menerima hakikat bahawa beliau mengidap sakit kanser.

Satu minggu kira okaylah tu. Saya mengambil masa beberapa bulan untuk menerima hakikat bahawa kanser telah meragut perjalanan hidup normal saya. Bulan April ni genap satu tahun saya disahkan oleh doktor mengidap kanser payudara. Setelah disahkan sakit kanser saya masih tidak dapat menerima hakikat dan terus pergi berjumpa doktor homeopathy. Saya menerima tamparan kedua kerana menurut doktor homeopathy kanser saya pada tahap 70%. Saya masih tak percaya sebab saya sihat, tak rasa apa-apa sakit pun kecuali ada benjolan sebesar telur ayam pada payudara belah kanan. Berita ini saya sampaikan kepada keluarga saya. Doktor pakar sakit kanser menasihatkan saya supaya dibedah dengan seberapa segera.

Walaubagaimanapun saya minta pembedahan ditangguh sehingga minggu ketiga bulan mei. Alasannya saya hendak suami saya berada bersama saya apabila pembedahan dijalankan. Sebelum berita sakit ini, kami telah sepakat memandangkan saya sibuk dengan tugasan di pejabat, supaya suami saya dan juga selaku bagi pehak saya menghadiri konvokesyen anak lelaki kami di Amerika Syarikat. Konvokesyen ini amat penting dan bermakna bagi saya kerana anak kami telah bertungkus lumus untuk mendapat PHDnya. Saya juga turut sama-sama terlibat kerana apabila beliau hendak buat presentation, setelah dimaklumkan lebih awal, saya akan buat solat hajat dan baca yaasiin disamping doa pada setiap waktu solat. Just imagine 6 years beliau berada disana dari buat MASTERS hingga ke PHD.

Semasa suami saya berada disana, saya tidak berdiam diri tapi terus berusaha berubat secara traditional . Pantang kawan-kawan recommend, terus cuba. Buat pembedahan secara batin sebanyak dua kali di Melaka tapi nampaknya tak ada perubahan. Makan ubat-ubat kampong tapi masih tidak mujarab. Puas saya mencuba dan kawan-kawan turut membantu tapi nampaknya tidak berhasil.

Apabila tiba waktu malam, mulalah saya bertanya-tanya pada diri saya. Kenapalah saya dipilih untuk mengidap penyakit ini? Mulalah saya muhasabah diri. Apa kesalahan telah saya buat/lakukan selama ini sehingga saya dihinggapi sakit yang digeruni oleh kebanyakkan orang. Saya mula membaca beberapa buah buku hasil nukilan pesakit kanser antaranya buku tulisan seorang wanita pengacara Good Morning America. Yang menarik tentang ceritanya ialah suami beliau suka melukis bentuk badan beliau dan sudah tentu berita mengidap kanser payudara memberi tekanan pada wanita ini. Rupa-rupanya mereka yang dikenalpasti mengidap penyakit kanser bertanya soalan-soalan yang hampir sama pada diri mereka termasuklah pesakit yang saya baru berkenalan di hospital pagi tadi.

Untuk menenangkan diri dan menerima hakikat bukan mudah. It is easily said then done. Saya banyakkan berdoa selepas solat, membaca surah yaasiin, mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi, menerima motivasi dan sokongan dari keluarga, membaca buku-buku motivasi seperti buku Chicken Soup For The Soul dan buku agama. Sebuah buku yang menarik perhatian dan meresap pada jiwa saya adalah sebuah buku hadiah dari seorang kawan berjudul "Rahmat disebalik dugaan.". Saya berasa insaf selepas membaca buku ini dan pada kesempatan yang masih ada pada kita, bacalah buku ini, mudah-mudahan dengan izin allah kita akan mendapat kekuatan untuk mengharungi cabaran dan dugaan didunia serta memperolehi keredhaan allah SWT di akhirat jua.

Kini selepas setahun , saya benar-benar berasa lebih tenang, penyabar dan lebih bersyukur apabila melihat dan mendengar kisah-kisah benar dari pesakit-pesakit lain. Teringat saya pada seorang doktor (onkologi) mengingatkan saya betapa bertuahnya saya kerana berpeluang untuk menjalani rawatan ini berbanding pesakit kanser lain yang ada di antaranya dari kampung yang tidak mempunyai wang untuk naik teksi datang ke hospital ini. Saya juga teringat kepada seorang kawan yang mengidap kanser rahim yang saya temui semasa membuat rawatan radioterapi pada bulan Januari 2009. Beliau suami isteri kelihatan sungguh tenang dan loving. Setelah berkenalan dan ditanya, dengan linangan air mata menurut beliau, bukan sahaja dia mengidap sakit kanser tetapi suaminya mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani sendiri rawatan dialisis setiap malam selama 8 jam di rumah. Kesedihan ditambah lagi dengan kematian mengejut anak lelaki bujang beliau(doktor kata sakit jantung) yang akan bernikah pada penghujung tahun 2008. Tinggallah seorang anak perempuan dan seorang cucu beliau yang duduk jauh diperantauan mengikut suaminya.

Renungkanlah betapa bersyukurnya kita di atas dugaan yang sedikit dari allah. Jika kita kata kita susah ada orang yang lebih susah dari kita. Jika kita kata kita sakit ada orang lebih sakit dari kita. Seorang doktor(onkologi) beritahu saya bahawa banyak-banyak jenis kanser, the best cancer is breast cancer. Saya pun terperanjat dan bertanya kenapa dia kata begitu. Menurut beliau, breast cancer adalah kanser yang paling mudah dan less complicated untuk dirawati.

Hampir jam 11.45 pagi, barulah saya dipanggil doktor dan dimaklumkan bahawa rawatan herceptin tidak dapat dijalankan kerana saya tidak sihat. Saya masih mohon dipertimbangkan untuk meneruskan rawatan tersebut tetapi ditolak kerana menurut doktor dikuatiri sel darah putih saya akan menurun jika rawatan diteruskan. Memandangkan doktor adalah pakar dalam bidang ini, saya menyerah dan akur.

Saya bersyukur kerana semuanya adalah datangnya dari allah. Mesti ada hikmahnya rawatan saya ditunda pada minggu hadapan. Teringat saya sekali lagi kepada surah Al Baqarah ayat 156 hingga 157 yang bermaksud:

"(yaitu) orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka berkata "INNA LILLAHI WA INNA ILAII RAJIUN (Sesungguhnya kami milik allah dan kepadanyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

3 comments:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama and herba herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete

  3. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    ReplyDelete