Mereka memerlukan sokongan kita
Pagi ini, seperti lazimnya, suami saya menghantar saya ke HUKM untuk rawatan herceptin. Tapi hari ini dalam perjalanan kami berhadapan dengan jam dijalanraya dan agak lewat sampai ke hospital.Nak masuk melalui pintu besar bangunan pula ditutup kerana HUKM ada majlis. Terpaksalah saya mengambil jalan alternatif yang agak jauh sedikit untuk ke Pusat Jagaan Harian Onkologi. Semasa dalam perjalanan itu, saya telah terserempak dengan rakan yang mengidap kanser ovari. Beliau kelihatan unhappy dan memaklumkan kepada saya bahawa kansernya datang semula dan beliau on the way untuk treatment radioterapi. Kami tidak sempat untuk berbual panjang kerana masing-masing sibuk mengejar rawatan yang perlu laksanakan.
Seperti biasa, nurse mengambil darah, timbangan badan dll. Alhamdullillah semuanya okay.
Sementara menunggu giliran untuk berjumpa doktor, saya seperti biasa berjumpa dengan rakan lama dan juga berkenalan dengan pesakit kanser baru. Saya menghampiri rakan yang mengidap sakit kanser dubur yang saya kenali minggu lalu dan terus bersalaman. Dengan linangan air mata beliau memaklumkan bahawa ibunya yang mengidap sakit kencing manis telah kembali ke rahmahtullah pada hari selasa(21april) dan bersyukur kerana tidak dapat menjalani rawatan kimo dan radioterapi pada hari sebelumnya. Jika tidak sudah tentu beliau tidak akan dapat balik melihat jenazah ibu yang tercinta itu. Rakan ini memaklumkan kepada saya bahawa kali terakhir mereka berjumpa, ibu beliau telah memberinya tasbih yang dipakai olehnya dan meminta supaya beliau berzikir. Rakan saya keberatan untuk mengambil tasbih itu kerana ibunya menggunakannya setiap hari tapi ibunya masih berkeras mahu anaknya mengambil dan menggunakan tasbih tersebut. Rupa-rupanya itulah pemberian terakhir sebelum mereka berpisah buat selama-lamanya. Manusia merancang tapi Allah yang mengetahui dan menentukan segala-galanya. Itulah hidup dan kehidupan.
Saya juga dapat berkenalan dengan seorang lagi pesakit kanser payudara yang selepas lima tahun mengalami second attack/recur semula dan sedang menjalani rawatan. Tapi yang hebatnya ianya pesakit ini kelihatan tabah dan sabar melaluinya dan masih boleh menasihati kami dengan tenang. Semasa kami berbual-bual mengenai pengalaman masing-masing, singgah seorang pesakit kanser payudara berbangsa tionghua. Beliau menceritakan pengalamannya yang terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali di Sarawak sebab beliau adalah dari sana. Menurut beliau selepas didiagnose sakit kanser beliau telah dibedah dan selepas seminggu dibedah payudara tersebut membengkak. Rupa-rupanya ada tertinggal lagi dan terpaksa dibedah kali kedua. Selepas itu, didapati pula lymph node beliau dijangkiti kanser dan terpaksa dibedah lagi. Tidak beberapa lama kemudian didapati pula lymph node di bawah ketiak dijangkiti kanser dan terpaksa dibedah. Menurut beliau memandangkan doktor tidak menjalankan pemeriksaan rapi dan teliti beliau terpaksa melalui pembedahan-pembedahan ini. Oleh kerana pesakit ini lebih confident dengan hospital di sini, beliau sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapat rawatan seterusnya dihospital ini. Bayangkan beliau terpaksa menampong kos kapalterbang/pengangkutan sekali perjalanan untuk seorang dalam RM500.00. Suami beliau tidak mampu untuk menemani beliau dan pesakit ini bernasib baik kerana dapat sedikit bantuan dari MAKNA. What touched me about this patient is that she is so lifely, confident and in a happy mood although she went through all the ups and downs in life. According to her she's lucky because she don't have any kids yet and life got to goes on. Everyday, early in the morning she woke up, say her prayers, have breakfast with her husband and sometime enjoy life at night(karaoke) with her husband.
Selepas penat berbual dengan mereka saya terpanggil untuk berkenalan dengan seorang pesakit yang terbaring dikatil berdepan dengan kami. Saya pun menyapa pesakit ini dan mengenalkan diri masing-masing. Beliaupun mulalah menceritakan penderitaannya. Beliau mengidap penyakit kanser payudara tapi tidak perasan/dikesan sehingga kanser telah attack tulang belakang, kaki dan tangan. Beliau sedar apabila satu hari beliau sukar untuk mengangkat kaki untuk naik tangga dan selepas itu pengsan. By then sakit kanser beliau telah merebak. Akibat dari sakit ini, beliau telah tidak dapat bekerja lagi. Menurut beliau amat sakit dan sukar untuk tidor kerana sakit pada belakang apabila beliau berbaring.
Suaminya seorang pemandu yang bertugas di salah sebuah universiti disini meninggal dunia pada tahun 2004 dan bermulalah dugaan demi dugaan. Beliau berasa betapa sukarnya untuk meneruskan hidup tanpa orang yang dikasihi dan terpaksa menguruskan bil-bil serta segala macam urusan lain dengan sendiri. Pada satu tahun, mereka iaitu beliau beserta tiga orang anak (seorang telah meninggal dunia semasa berusia 4 tahun) tidak punya apa-apa untuk membuat persediaan hari raya. Dengan rahmat allah ada kawan-kawan pesakit ini menghantar keperluan dapor dan lain-lain untuk buat sambutan hari raya.
Nasib pesakit ini masih baik kerana mempunyai anak-anak yang baik/menurut kata kerana anak sulongnya yang sedang belajar di Uitm terpaksa berkorban berhenti dan mencari kerja untuk menampong keperluan keluarga ini. Yang kedua menjaga ibu dan yang ketiga juga bekerja untuk membantu keluarga. Disamping itu juga beliau mempunyai ramai rakan yang bersimpati dengannya. Ada yang memberi beliau kerusi roda, sumbangan wang setiap bulan dari rakan dan MAKNA dan pada hari jumaat sudah pasti ada rakan-rakan yang menziarahinya dan membawa bermacam jenis makanan untuk dinikmati bersama. Teringat saya pula pada seorang pesakit sebelah katil saya yang menerima panggilan talipon dari temannya yang hendak datang menziarahnya dirumah. Yang kelakarnya dalam perbualan mereka, pesakit itu meminta kawannya membawa makanan dan minuman sendiri untuk sendiri makanlah katanya.
Mengikut maklumat dari perbualan kami sesama pesakit, eloklah jika ada kawan-kawan yang hendak menziarah kawan-kawan yang sakit itu tidak menyusahkan pesakit. Jika berziarah:
1. Biarlah cerita-cerita yang sedap didengar. Sebagai contoh, janganlah cerita orang tu, orang ni yang sakit kanser mati. Ceritalah juga ada yang hidup sihat dah berbelas tahun ke...
2. Berilah nasihat jika diminta. Janganlah kata kena pantang tu dan ini. Bayangkanlah jika 20 kawan beri bermacam-macam pandangan, tak ke pening kepala pesakit ini, yang mana satu nak ikut dan dengar. Kadangkala ada pandangan yang conflicting pula. Macam mana tu?
3. Lawatlah pada masa yang sesuai agar tidak mengganggu masa rehat pesakit. Eloklah buat appointment dulu agar pesakit sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk menerima tetamu.
4. Maklumkan pesakit bahawa anda akan membawa makanan sendiri dan tak perlu susah menyediakan apa-apa hidangan. Tapi jika pesakit insist juga untuk menjamu tetamunya, itu sudah rezeki namanya.
5. Janganlah lama sangat bila menziarah pesakit kerana mungkin beliau perlu rehat dan tidak boleh terlampau stress dengan cerita-cerita dan gelak tawa tetamu. Bacalah body language pesakit. Mungkin melalui kata-katanya, keresahannya menunjukkan beliau sudah mahu berehat. So mulalah minta diri untuk beredar.
6. Jika hendak bawa buah tangan tu, cantiknya jika boleh tengoklah keperluan pesakit supaya dapat dimanafaatkan oleh pesakit itu. Antara makanan yang baik yang boleh dihadiahkan telah saya tulis dalam blog sebelum ini.
7.Doakan pesakit agar beliau cepat sembuh,.... dan sentiasa dirahmati allah jua. Biarlah di akhir pertemuan itu meninggalkan kenangan yang manis buat pesakit dan lawatan tersebut dapat mengurangkan bebanan emotional, spiritual dan sebagainya pada pesakit.
8. Menurut seorang ustaz, tetamu datang ke rumah kita membawa berkat, rahmat, rezeki(dalam pelbagai bentuk)dan banyak lagi kebaikkan kepada tuan rumah dan ahli keluarganya. Jika tuan rumah tidak keberatan dan mampu, apa salahnya menjamu tetamu yang datang. Insyaallah tuan rumah sekeluarga akan sentiasa berada dibawah lindungan dan dirahmati allah.
Melalui pertemuan hari ini, banyak yang saya pelajari. Antaranya ialah apa juga dugaan yang kita hadapi, biarlah kita bersangka baik kepada allah kerana allah maha mengetahui. Janganlah kita menyesal apabila kita telah kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Learn to love and appreciate what you have before you lose him/her forever. Setiap yang berlaku pada kita mesti ada hikmahnya dan tiba-tiba saja terlintas di kepala saya persoalan kenapa pada hari ini saya diketemukan dengan kawan-kawan yang di serang semula sakit kanser buat kali kedua? Apa yang tersirat agaknya?
No comments:
Post a Comment