Tuesday, April 28, 2009

Petua Ziarah Pesakit

Mereka memerlukan sokongan kita

Pagi ini, seperti lazimnya, suami saya menghantar saya ke HUKM untuk rawatan herceptin. Tapi hari ini dalam perjalanan kami berhadapan dengan jam dijalanraya dan agak lewat sampai ke hospital.Nak masuk melalui pintu besar bangunan pula ditutup kerana HUKM ada majlis. Terpaksalah saya mengambil jalan alternatif yang agak jauh sedikit untuk ke Pusat Jagaan Harian Onkologi. Semasa dalam perjalanan itu, saya telah terserempak dengan rakan yang mengidap kanser ovari. Beliau kelihatan unhappy dan memaklumkan kepada saya bahawa kansernya datang semula dan beliau on the way untuk treatment radioterapi. Kami tidak sempat untuk berbual panjang kerana masing-masing sibuk mengejar rawatan yang perlu laksanakan.

Seperti biasa, nurse mengambil darah, timbangan badan dll. Alhamdullillah semuanya okay.
Sementara menunggu giliran untuk berjumpa doktor, saya seperti biasa berjumpa dengan rakan lama dan juga berkenalan dengan pesakit kanser baru. Saya menghampiri rakan yang mengidap sakit kanser dubur yang saya kenali minggu lalu dan terus bersalaman. Dengan linangan air mata beliau memaklumkan bahawa ibunya yang mengidap sakit kencing manis telah kembali ke rahmahtullah pada hari selasa(21april) dan bersyukur kerana tidak dapat menjalani rawatan kimo dan radioterapi pada hari sebelumnya. Jika tidak sudah tentu beliau tidak akan dapat balik melihat jenazah ibu yang tercinta itu. Rakan ini memaklumkan kepada saya bahawa kali terakhir mereka berjumpa, ibu beliau telah memberinya tasbih yang dipakai olehnya dan meminta supaya beliau berzikir. Rakan saya keberatan untuk mengambil tasbih itu kerana ibunya menggunakannya setiap hari tapi ibunya masih berkeras mahu anaknya mengambil dan menggunakan tasbih tersebut. Rupa-rupanya itulah pemberian terakhir sebelum mereka berpisah buat selama-lamanya. Manusia merancang tapi Allah yang mengetahui dan menentukan segala-galanya. Itulah hidup dan kehidupan.

Saya juga dapat berkenalan dengan seorang lagi pesakit kanser payudara yang selepas lima tahun mengalami second attack/recur semula dan sedang menjalani rawatan. Tapi yang hebatnya ianya pesakit ini kelihatan tabah dan sabar melaluinya dan masih boleh menasihati kami dengan tenang. Semasa kami berbual-bual mengenai pengalaman masing-masing, singgah seorang pesakit kanser payudara berbangsa tionghua. Beliau menceritakan pengalamannya yang terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali di Sarawak sebab beliau adalah dari sana. Menurut beliau selepas didiagnose sakit kanser beliau telah dibedah dan selepas seminggu dibedah payudara tersebut membengkak. Rupa-rupanya ada tertinggal lagi dan terpaksa dibedah kali kedua. Selepas itu, didapati pula lymph node beliau dijangkiti kanser dan terpaksa dibedah lagi. Tidak beberapa lama kemudian didapati pula lymph node di bawah ketiak dijangkiti kanser dan terpaksa dibedah. Menurut beliau memandangkan doktor tidak menjalankan pemeriksaan rapi dan teliti beliau terpaksa melalui pembedahan-pembedahan ini. Oleh kerana pesakit ini lebih confident dengan hospital di sini, beliau sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapat rawatan seterusnya dihospital ini. Bayangkan beliau terpaksa menampong kos kapalterbang/pengangkutan sekali perjalanan untuk seorang dalam RM500.00. Suami beliau tidak mampu untuk menemani beliau dan pesakit ini bernasib baik kerana dapat sedikit bantuan dari MAKNA. What touched me about this patient is that she is so lifely, confident and in a happy mood although she went through all the ups and downs in life. According to her she's lucky because she don't have any kids yet and life got to goes on. Everyday, early in the morning she woke up, say her prayers, have breakfast with her husband and sometime enjoy life at night(karaoke) with her husband.

Selepas penat berbual dengan mereka saya terpanggil untuk berkenalan dengan seorang pesakit yang terbaring dikatil berdepan dengan kami. Saya pun menyapa pesakit ini dan mengenalkan diri masing-masing. Beliaupun mulalah menceritakan penderitaannya. Beliau mengidap penyakit kanser payudara tapi tidak perasan/dikesan sehingga kanser telah attack tulang belakang, kaki dan tangan. Beliau sedar apabila satu hari beliau sukar untuk mengangkat kaki untuk naik tangga dan selepas itu pengsan. By then sakit kanser beliau telah merebak. Akibat dari sakit ini, beliau telah tidak dapat bekerja lagi. Menurut beliau amat sakit dan sukar untuk tidor kerana sakit pada belakang apabila beliau berbaring.

Suaminya seorang pemandu yang bertugas di salah sebuah universiti disini meninggal dunia pada tahun 2004 dan bermulalah dugaan demi dugaan. Beliau berasa betapa sukarnya untuk meneruskan hidup tanpa orang yang dikasihi dan terpaksa menguruskan bil-bil serta segala macam urusan lain dengan sendiri. Pada satu tahun, mereka iaitu beliau beserta tiga orang anak (seorang telah meninggal dunia semasa berusia 4 tahun) tidak punya apa-apa untuk membuat persediaan hari raya. Dengan rahmat allah ada kawan-kawan pesakit ini menghantar keperluan dapor dan lain-lain untuk buat sambutan hari raya.

Nasib pesakit ini masih baik kerana mempunyai anak-anak yang baik/menurut kata kerana anak sulongnya yang sedang belajar di Uitm terpaksa berkorban berhenti dan mencari kerja untuk menampong keperluan keluarga ini. Yang kedua menjaga ibu dan yang ketiga juga bekerja untuk membantu keluarga. Disamping itu juga beliau mempunyai ramai rakan yang bersimpati dengannya. Ada yang memberi beliau kerusi roda, sumbangan wang setiap bulan dari rakan dan MAKNA dan pada hari jumaat sudah pasti ada rakan-rakan yang menziarahinya dan membawa bermacam jenis makanan untuk dinikmati bersama. Teringat saya pula pada seorang pesakit sebelah katil saya yang menerima panggilan talipon dari temannya yang hendak datang menziarahnya dirumah. Yang kelakarnya dalam perbualan mereka, pesakit itu meminta kawannya membawa makanan dan minuman sendiri untuk sendiri makanlah katanya.

Mengikut maklumat dari perbualan kami sesama pesakit, eloklah jika ada kawan-kawan yang hendak menziarah kawan-kawan yang sakit itu tidak menyusahkan pesakit. Jika berziarah:
1. Biarlah cerita-cerita yang sedap didengar. Sebagai contoh, janganlah cerita orang tu, orang ni yang sakit kanser mati. Ceritalah juga ada yang hidup sihat dah berbelas tahun ke...
2. Berilah nasihat jika diminta. Janganlah kata kena pantang tu dan ini. Bayangkanlah jika 20 kawan beri bermacam-macam pandangan, tak ke pening kepala pesakit ini, yang mana satu nak ikut dan dengar. Kadangkala ada pandangan yang conflicting pula. Macam mana tu?
3. Lawatlah pada masa yang sesuai agar tidak mengganggu masa rehat pesakit. Eloklah buat appointment dulu agar pesakit sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk menerima tetamu.
4. Maklumkan pesakit bahawa anda akan membawa makanan sendiri dan tak perlu susah menyediakan apa-apa hidangan. Tapi jika pesakit insist juga untuk menjamu tetamunya, itu sudah rezeki namanya.
5. Janganlah lama sangat bila menziarah pesakit kerana mungkin beliau perlu rehat dan tidak boleh terlampau stress dengan cerita-cerita dan gelak tawa tetamu. Bacalah body language pesakit. Mungkin melalui kata-katanya, keresahannya menunjukkan beliau sudah mahu berehat. So mulalah minta diri untuk beredar.
6. Jika hendak bawa buah tangan tu, cantiknya jika boleh tengoklah keperluan pesakit supaya dapat dimanafaatkan oleh pesakit itu. Antara makanan yang baik yang boleh dihadiahkan telah saya tulis dalam blog sebelum ini.
7.Doakan pesakit agar beliau cepat sembuh,.... dan sentiasa dirahmati allah jua. Biarlah di akhir pertemuan itu meninggalkan kenangan yang manis buat pesakit dan lawatan tersebut dapat mengurangkan bebanan emotional, spiritual dan sebagainya pada pesakit.
8. Menurut seorang ustaz, tetamu datang ke rumah kita membawa berkat, rahmat, rezeki(dalam pelbagai bentuk)dan banyak lagi kebaikkan kepada tuan rumah dan ahli keluarganya. Jika tuan rumah tidak keberatan dan mampu, apa salahnya menjamu tetamu yang datang. Insyaallah tuan rumah sekeluarga akan sentiasa berada dibawah lindungan dan dirahmati allah.

Melalui pertemuan hari ini, banyak yang saya pelajari. Antaranya ialah apa juga dugaan yang kita hadapi, biarlah kita bersangka baik kepada allah kerana allah maha mengetahui. Janganlah kita menyesal apabila kita telah kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Learn to love and appreciate what you have before you lose him/her forever. Setiap yang berlaku pada kita mesti ada hikmahnya dan tiba-tiba saja terlintas di kepala saya persoalan kenapa pada hari ini saya diketemukan dengan kawan-kawan yang di serang semula sakit kanser buat kali kedua? Apa yang tersirat agaknya?

Monday, April 20, 2009

Rahmat disebalik dugaan

Kuatkan Iman ku

Hari ini dalam keadaan demam, selsema dan batuk saya ditemani oleh suami ke hospital untuk rawatan herceptin kali kedua. Seperti biasa mengikut prosidur, nurse mengambil berat badan dan memberitahu berat badan saya turun, mengambil denyutan nadi dan memberitahu ia berdenyut dengan pantas, mengambil darah dan memberitahu ianya cair, mengambil suhu badan dan memberitahu suhu badan tinggi sebab demam, mengambil tekanan darah dan memberitahu ia agak rendah sikit. Tiba-tiba saya berasa bersyukur kerana diberi dugaan sakit ini kerana sejak kimoterapi keenam, saya semakin sihat dan tidak dihinggapi penyakit dan saya sudah hampir lupa bagaimana rasa sakit.Terlintas di fikiran saya yang kemungkinan besar saya tidak akan dapat menjalani rawatan tersebut pada hari ini.

Sementara menunggu giliran saya untuk berjumpa doktor, saya berlegar-legar dan sempat berkenalan secara semuka dengan bekas pesakit kanser/cancer survivor (alhamdulillah dah 7 tahun) sebab kami sering sms tapi tak pernah berjumpa. Beliau seorang sukarelawati KAN NETWORK yang kadangkala sms saya memaklum dan menjemput saya untuk turut serta dalam aktiviti mereka. Malangnya saya belum lagi dapat kesempatan dan kelapangan untuk bersama mereka sebab aktiviti mereka adalah pada hujung minggu. Maklumlah kita berkeluarga, waktu hujung minggulah untuk bersama-sama dengan ahli keluarga. Kawan saya ni sedang menunggu untuk menerima rawatan zometa (medicine to strengthen the bone) sebab beliau ada problem sikit dengan tulang. Baru ni lah saya tahu bahawa ada ubat lain dari calcium pill untuk kuatkan tulang.

Pada hari ini juga saya telah berkenalan dengan seorang pesakit kanser baru yang mengidap kanser dubur. Beliau masih muda dalam lingkungan 30han dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, bertugas di syarikat swasta yang membenarkannya cuti bergaji hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja. Menurut pesakit ini, pada peringkat awal, sakitnya seperti sakit buasir tapi berdarah. Lama kelamaan ia semakin sakit dan serious. Beliau pergi berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser dubur. Sepatutnya hari ini beliau menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi tapi oleh kerana mesin rosak, rawatan beliau terpaksa ditunda. Keadaan ini memeningkan kerana melibatkan cuti pesakit. Saya difahamkan selepas treatment tersebut barulah beliau akan menjalani pembedahan. Sedih betul saya melihatnya kerana beliau dalam kesakitan dan tidak selesa duduk. Semasa kita berbual dan berkongsi pengalaman, beliau memaklumkan bahawa setelah diberitahu oleh doktor, beliau mengambil masa satu minggu berdiam diri/menyendiri untuk menerima hakikat bahawa beliau mengidap sakit kanser.

Satu minggu kira okaylah tu. Saya mengambil masa beberapa bulan untuk menerima hakikat bahawa kanser telah meragut perjalanan hidup normal saya. Bulan April ni genap satu tahun saya disahkan oleh doktor mengidap kanser payudara. Setelah disahkan sakit kanser saya masih tidak dapat menerima hakikat dan terus pergi berjumpa doktor homeopathy. Saya menerima tamparan kedua kerana menurut doktor homeopathy kanser saya pada tahap 70%. Saya masih tak percaya sebab saya sihat, tak rasa apa-apa sakit pun kecuali ada benjolan sebesar telur ayam pada payudara belah kanan. Berita ini saya sampaikan kepada keluarga saya. Doktor pakar sakit kanser menasihatkan saya supaya dibedah dengan seberapa segera.

Walaubagaimanapun saya minta pembedahan ditangguh sehingga minggu ketiga bulan mei. Alasannya saya hendak suami saya berada bersama saya apabila pembedahan dijalankan. Sebelum berita sakit ini, kami telah sepakat memandangkan saya sibuk dengan tugasan di pejabat, supaya suami saya dan juga selaku bagi pehak saya menghadiri konvokesyen anak lelaki kami di Amerika Syarikat. Konvokesyen ini amat penting dan bermakna bagi saya kerana anak kami telah bertungkus lumus untuk mendapat PHDnya. Saya juga turut sama-sama terlibat kerana apabila beliau hendak buat presentation, setelah dimaklumkan lebih awal, saya akan buat solat hajat dan baca yaasiin disamping doa pada setiap waktu solat. Just imagine 6 years beliau berada disana dari buat MASTERS hingga ke PHD.

Semasa suami saya berada disana, saya tidak berdiam diri tapi terus berusaha berubat secara traditional . Pantang kawan-kawan recommend, terus cuba. Buat pembedahan secara batin sebanyak dua kali di Melaka tapi nampaknya tak ada perubahan. Makan ubat-ubat kampong tapi masih tidak mujarab. Puas saya mencuba dan kawan-kawan turut membantu tapi nampaknya tidak berhasil.

Apabila tiba waktu malam, mulalah saya bertanya-tanya pada diri saya. Kenapalah saya dipilih untuk mengidap penyakit ini? Mulalah saya muhasabah diri. Apa kesalahan telah saya buat/lakukan selama ini sehingga saya dihinggapi sakit yang digeruni oleh kebanyakkan orang. Saya mula membaca beberapa buah buku hasil nukilan pesakit kanser antaranya buku tulisan seorang wanita pengacara Good Morning America. Yang menarik tentang ceritanya ialah suami beliau suka melukis bentuk badan beliau dan sudah tentu berita mengidap kanser payudara memberi tekanan pada wanita ini. Rupa-rupanya mereka yang dikenalpasti mengidap penyakit kanser bertanya soalan-soalan yang hampir sama pada diri mereka termasuklah pesakit yang saya baru berkenalan di hospital pagi tadi.

Untuk menenangkan diri dan menerima hakikat bukan mudah. It is easily said then done. Saya banyakkan berdoa selepas solat, membaca surah yaasiin, mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi, menerima motivasi dan sokongan dari keluarga, membaca buku-buku motivasi seperti buku Chicken Soup For The Soul dan buku agama. Sebuah buku yang menarik perhatian dan meresap pada jiwa saya adalah sebuah buku hadiah dari seorang kawan berjudul "Rahmat disebalik dugaan.". Saya berasa insaf selepas membaca buku ini dan pada kesempatan yang masih ada pada kita, bacalah buku ini, mudah-mudahan dengan izin allah kita akan mendapat kekuatan untuk mengharungi cabaran dan dugaan didunia serta memperolehi keredhaan allah SWT di akhirat jua.

Kini selepas setahun , saya benar-benar berasa lebih tenang, penyabar dan lebih bersyukur apabila melihat dan mendengar kisah-kisah benar dari pesakit-pesakit lain. Teringat saya pada seorang doktor (onkologi) mengingatkan saya betapa bertuahnya saya kerana berpeluang untuk menjalani rawatan ini berbanding pesakit kanser lain yang ada di antaranya dari kampung yang tidak mempunyai wang untuk naik teksi datang ke hospital ini. Saya juga teringat kepada seorang kawan yang mengidap kanser rahim yang saya temui semasa membuat rawatan radioterapi pada bulan Januari 2009. Beliau suami isteri kelihatan sungguh tenang dan loving. Setelah berkenalan dan ditanya, dengan linangan air mata menurut beliau, bukan sahaja dia mengidap sakit kanser tetapi suaminya mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani sendiri rawatan dialisis setiap malam selama 8 jam di rumah. Kesedihan ditambah lagi dengan kematian mengejut anak lelaki bujang beliau(doktor kata sakit jantung) yang akan bernikah pada penghujung tahun 2008. Tinggallah seorang anak perempuan dan seorang cucu beliau yang duduk jauh diperantauan mengikut suaminya.

Renungkanlah betapa bersyukurnya kita di atas dugaan yang sedikit dari allah. Jika kita kata kita susah ada orang yang lebih susah dari kita. Jika kita kata kita sakit ada orang lebih sakit dari kita. Seorang doktor(onkologi) beritahu saya bahawa banyak-banyak jenis kanser, the best cancer is breast cancer. Saya pun terperanjat dan bertanya kenapa dia kata begitu. Menurut beliau, breast cancer adalah kanser yang paling mudah dan less complicated untuk dirawati.

Hampir jam 11.45 pagi, barulah saya dipanggil doktor dan dimaklumkan bahawa rawatan herceptin tidak dapat dijalankan kerana saya tidak sihat. Saya masih mohon dipertimbangkan untuk meneruskan rawatan tersebut tetapi ditolak kerana menurut doktor dikuatiri sel darah putih saya akan menurun jika rawatan diteruskan. Memandangkan doktor adalah pakar dalam bidang ini, saya menyerah dan akur.

Saya bersyukur kerana semuanya adalah datangnya dari allah. Mesti ada hikmahnya rawatan saya ditunda pada minggu hadapan. Teringat saya sekali lagi kepada surah Al Baqarah ayat 156 hingga 157 yang bermaksud:

"(yaitu) orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka berkata "INNA LILLAHI WA INNA ILAII RAJIUN (Sesungguhnya kami milik allah dan kepadanyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Saturday, April 11, 2009

Excellent Cleansing Food Choices

Mengikut buku yang saya baca, 'The Complete Cancer Cleanse' makanan yang paling baik antaranya adalah seperti berikut:

Cleansing Foods


1. Sayuran seperti:

Artichoke,asparagus,beetroot,broccoli,cabbage,carrot,cauliflower,celery,
bok choy,green/yellow beans,brussels sprouts,chicory,chinese lettuce,chives,dandelion greens,endive,escarole,green peas,kale,kohlrabi,leeks,okra,onions,radish,seaweed,
snow peas,spinach,summer squash,sweet potato,swiss chard,watercress,winter
squash,yam,zucchini squash...

2. Buah2an seperti:

Avocado,cherry,guava,mango dan papaya(best choice because of their low
acidic rating),melons,pear,peach...

3. Grains seperti:
Amaranth,brown rice,millet,quinoa,wild rice....

4. Legumes seperti:
Beans,lentils,split peas,hummus...

5. Herbs/spices seperti:
Anise,basil,bay leaf,cardamon,cilantro,cumin,dill,dry mustard,fennel,ginger root,marjoram,oregano,parsley,rosemary,saffron,tarragon,thyme,tumeric...

6. Nuts/seeds seperti:
Almonds,hazelnuts,flaxseeds,pumpkin seeds,sesame seeds,sunflower seeds, nut/seed butters such as almond and tahini...

7. Milk substitutes seperti:
Almond milk,rice milk,hazelnut milk,coconut milk...

8. Condiments seperti:
Celtic sea salt,stevia,kelp powder,soy sauce,tamari,spike/Mrs. Dash...

9. Oils seperti:
Flax,olive,coconut...

10. Beverages seperti:
Herbal tea,green tea, fresh juice, wheatgrass juice,coconut water...

11. Other foods seperti:
Homemade healthy dressings and sauces...

Di samping pemakanan di atas jangan lupa minum air zam-zam jika ada, tapi bacalah selawat dan mohon pada allah sebelum meminumnya. Petua ini dari seorang kawan saya yang mengidap penyakit kanser payu dara sejak tahun 1980han dan masih panjang umur dan sihat.

Kawan-kawan yang senasib dengan saya apabila berjumpa di hospital atau melalui talipon bertukar-tukar maklumat. Antaranya mereka mencadangkan supaya memakan buah durian belanda(sour sop fruit), minum air biji peach yang diblend bersama buah epal hijau, minum air serai dan makan daun namanya daun tujuh jarum/daun jarum mas setiap hari.

Antara cadangan tersebut saya tertarik dengan pokok jarum mas. Memandangkan hobi saya antaranya adalah gardening, saya pun mencari benih pokok jarum mas dan menanamnya. Bukan saja menanam tapi juga mula memakan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini senang untuk ditanam dan saya menanamnya di dalam pasu aje. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam pokok tersebut, bolehlah menghubungi saya melalui email saya
rokiah.okid@gmail.com

Walauapapun usaha kita, kita mestilah tabah, confident, consistent dan berdoa pada yang maha kuasa. Sesungguhnya kita berusaha dan merancang tetapi yang menentukan adalah allah jua.Insyaallah