Sukarelawati sedang menyusun barang jualan
Kerja-kerja amal atau kerja sukarela saya perhatikan belum sinonim dengan orang melayu di Malaysia. Maaf jika saya tersilap. Di dalam penglibatan saya dalam persatuan dari tahun 80han lagi mendapati perkembangan penyertaan orang kita dalam kerja-kerja amal/sukarela tidak banyak perubahannya. Tidak ramai orang kita yang secara sukarela melibatkan diri dengan kerja-kerja amal kerana mungkin pulangannya tidak nampak di dunia ini.
Hjh Zuraidah, cucu & anak istimewa beliau turut hadir
Ahli KanWork yang membantu dalam jualan amal
Untuk menjalankan jualan amal ini memerlukan masa, kesabaran, duit, kesihatan dan kekuatan fizikal dan mental. Yang penting adalah kesungguhan kita untuk membantu menjayakan jualan amal ini tanpa syarat. . Proses persediaan untuk jualan amal ini panjang kerana terlebih dahulu, kita perlu war-warkan kepada ahli Kanwork, kawan-kawan untuk mendapat dan mengumpul barangan terpakai yang masih boleh dipakai dan dijual. Pengumpulan barangan ini mengambil masa berbulan-bulan. Kami kumpulkan barangan yang diperolehi di pejabat Kanwork, di rumah saya dan juga di pejabat saya. Selepas mengumpul barangan tersebut, kami buat sisihan/sorting untuk mengkategorikannya. Kerja tidak habis di sini tetapi selanjutnya, kita perlu hubungi pehak Perbadanan Putrajaya untuk menyewa tapak jualan, meja dan kerusi pada tarikh jualan yang Perbadanan telah tetapkan.
Pengunjung sedang sibuk memilih barangan jualan
Tiba hari jualan, barang-barang perlu di angkut dari rumah, pejabat ke tapak gerai dan selepas itu, sekali lagi barangan perlu di sorting mengikut harga. Jualan barangan ini adalah pada harga yang berpatutan yang mampu dibeli oleh pengunjung. Target saya adalah kumpulan menengah dan bawah. Jika di luar negara seperti di Australia yang pernah saya lawati, saya dapati barangan dari kedai charity shoppe dapat sambutan yang tinggi dari penduduknya.
Jualan di Perbadanan kali ini adalah sempena adanya Program Seminar tentang Wanita. Gerai KanWork bernasib baik kerana dikunjungi oleh President Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat yang meluangkan beberapa minit untuk beramah mesra dengan kami.
Pengunjung sedang sibuk mencari barang jualan yang memikat hati mereka
Ramai pengunjung ke gerai KanWork sampai ''tidak menang tangan'' kami hendak melayan mereka. Kebanyakkan pembeli adalah terdiri dari pekerja cleaner pejabat. Ada antara mereka yang berulang kali dating untuk membeli. Alhamdulillah, lebih 50 peratus barangan jualan dapat dijual. Baki barangan tersebut kami hantar ke Islamic Relief Malaysia Charity Shoppe di Bangi supaya mereka boleh jual dan masuk pada tabung untuk membantu orang Palestin. Semoga pahala para penyumbang berpanjangan. Insyaallah. Hasil jualan kali ini adalah sebanyak RM2600.00 tidak termasuk kos perbelanjaan seperti sewaan, makan minum, pengangkutan dll yang saya tanggung sendiri. Semoga apa yang sedikit kami lakukan ini di terima dan dapat ganjaran dari Allah SWT kelak. Ameen.
Sukarelawan dan sukarelawati sedang mengemas barang jualan
No comments:
Post a Comment