Itik oh Itik
Kebiasaannya saya akan berjogging pada hujung minggu ia itu pada pagi hari sabtu dan ahad. Selepas mengikuti program reflection oleh penceramah favourite saya imam shuaib webb dan Tanyalah Ustaz barulah saya keluar untuk memulakan jogging keliling taman selama lebih kurang setengah jam.
Sambil berjogging saya berzikir dan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Alhamdulillah betapa bersyukurnya saya kerana dapat melihat alam ini satu hari lagi. Indahnya alam ini dengan pokok yang menghijau serta diwarnai dengan warna merah kerana pada masa ini adalah musim buah rambutan dan buah pulasan. Keheningan pagi dimeriahkan lagi dengan kicauan burung-burung. seolah-olah berbual antara mereka.
Semasa berjogging di antara celah-celah rumah, saya terlihat seorang wanita sedang mengemas kawasan diluar rumahnya. Memang telah lama saya ingin berkenalan dengan tuan rumah ini dan syukurlah pada pagi ini saya dapat bersua muka dengannya. Saya menegur beliau dan mengucapkan salam serta bertanya kabar. Kelihatan beliau berpeluh-peluh kerana sibuk mencangkul dan terdapat seekor itik jantan sedang menemani wanita ini.
Mukaddimah saya tertumpu pada cerita tentang itik tersebut kerana kebetulan beberapa bulan lalu terdapat dua ekor itik sesat memasukki kawasan ternakan itek dan ayam kami. Puas kami memikirkan dan bertanya jiran tentang asal usul itik ini tapi menemui jalan buntu.Entah kenapa hati saya mengatakan insyaallah hari ini saya akan dapat jawapannya. Kami berkenalan dan bertukar-tukar nama. Rupa-rupanya nama wanita ini misteri ini adalah Cik Mah. Saya melemparkan pertanyaan sama ada cik mah pernah kehilangan dua ekor itiknya. Beliau memaklumkan memang ada kehilangan 2 ekor itik beberapa bulan lalu dan memohon maaf sekiranya itik tersebut mengganggu ketenteraman penduduk taman ini. Seterusnya saya mohon maaf juga kerana itik-itik tersebut telah dimasak rendang dan di bahagi-bahagikan kepada kawan-kawan pada minggu lepas. Wanita ini tersenyum mendengar nasib itiknya dan menghalalkan keatas apa yang berlaku.
Selepas cerita tentang itik tersebut, saya beralih topik kepada jemputan bacaan yaasiin di taman dan mempelawa cik mah untuk turut serta. Beliau keberatan untuk bercerita tentang pengalamannya tetapi menolak pelawaan saya kerana takut disalah tafsir kedudukannya sebagai single (spinster). Pengalaman pahit beliau di masa lalu membuat cik mah memencilkan diri dari masyarakat taman ini. Beliau takut disalah tafsir nanti seolah-olah mahu menggoda atau cuba mengambil suami orang di taman ini. Cik mah ini bukan calang calang wanita tetapi adalah wanita yang educated kelulusan kimia dari salah sebuah universiti di Kanada. Pernah memegang jawatan tinggi di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia. Bukan sahaja berkelulusan tinggi, pernah berjawatan tinggi tetapi ilmu agama juga tinggi. Kasihan, sungguh kasihan nasib wanita ini. Sudahlah hidup single, bebanan ditambahkan lagi dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.
Hati rasa tidak sedap bila mengetahui jiran berkeadaan sedemikian. Teringat saya pada hadis Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya."
Jiran bukan sahaja bermaksud sebelah rumah tetapi bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.(Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud)
Firman Allah Taala didalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkannya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yang bukan kerabat."
Pada pendudukan taman berkenaan, jika kita telah mencuit/menyakitkan hati dan perasaan cik mah itu, marilah kita menyambung semula silaturrahim dengan cik mah. Ingatlah, bukan kehendak cik mah untuk hidup single tapi telah ditakdirkan Allah.
Seperti kata ustaz Azhar, semua benda/perkara datang dari Allah, termasuklah jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Kita hanya merancang dan segalanya Allah yang menentukan. . Surah Al Hadid, ayat 22,
"Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk
itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."
Bagi wanita yang berumahtangga dan berkeluarga, bersyukurlah. Ingatlah bahawa setiap apa yang dikurniakan kepada kita, dan setiap apa yang terjadi pada kehidupan kita semuanya merupakan ujian yang datangnya dari Allah Yang Maha Esa. Allah jadikan kehidupan kita sedemikian rupa sebagai suatu bentuk ujian bagi melihat sejauh mana keimanan dan kesyukuran kita terhadap nikmatnya.
Bagi wanita single, bersyukurlah juga. Sekiranya single itu dianggap sebagai musibah, seorang ustaz di TV9 (17/12/12) menasihatkan supaya:
1.Bersabar
2. Ingat Allah dan berdoalah kepadanya
3. Tengoklah pada orang lain yang lebih teruk lagi daripada kita
4. Cari ilmu untuk takwilkan musibah tersebut untuk dijadikan pahala supaya akan beroleh ganjaran
di akhirat kelak.
5. Berzikir kepada Allah untuk mendapat ketenangan.
Di akhir perbualan kami, cik mah suarakan hasrat beliau untuk mengadakan kelas tuition secara percuma bagi subjek kimia dan matematik untuk anak-anak orang susah/miskin di rumahnya. Beliau minta saya carikan beberapa orang murid untuknya. Saya lontarkan pertanyaan kepada cik mah, "kenapa tuition di rumahnya tidak di rumah anak-anak yatim sebagai contoh?. Menurut beliau adalah untuk mengelak dari fitnah sekiranya pihak berkenaan tahu tentang statusnya. Untuk cik mah yang budiman, tabahlah menghadapi dugaan kerana orang beriman jika kena musibah adalah peringatan sebagai tanda Allah sayangkannya.
Nasihat saya pada diri sendiri dan masyarakat, janganlah pandang rendah dan serong pada wanita single. Mereka juga makhluk allah yang mempunyai hati dan perasaan Jika satu hari nanti terjadi pada anak atau keluarga sendiri berstatus single bagaimana agaknya penerimaan kita? Fikir-fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment