Saturday, April 21, 2012

Sajak bertajuk KANSER

Entah kenapa tiba-tiba malam kelmarin perasaan saya meronta-ronta seolah-olah meminta saya untuk menulis sebuah sajak.Sudah lama saya tidak menulis atau membaca sajak.Kali terakhir saya deklamasi sajak adalah pada tahun 2004 di dalam satu majlis perpisahan di Johor Bahru.

Setelah menulis sajak ini dengan sempurnanya semalam, saya cuba mencari ruang untuk mendeklamsi sajak ini pada malam ini dalam satu majlis Fund Raising Dinner di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia anjuran UPM dengan Persatuan Kanser kami (KanWork). Selepas merisik kabar, nampaknya tidak ada harapan kerana acara oleh kanser survivors sangat padat dan juga kerana saya maklum pada pehak penganjur pada last minute.Tak apa lah. Nanti jika ada rezeki boleh deklamasi di platform lain.



Berikut, saya perturunkan sajak tersebut untuk tatapan para pembaca blog ini.

KANSER,
Namamu terkenal di seluruh pelusuk dunia
Kau sentiasa digeruni, ditakuti dan menjadi mimpi ngeri
Kerana,
Namamu sinonim dengan kehadiran maut
Kau datang dalam pelbagai wajah
Kau serang tanpa mengenal usia, tua atau muda
Namamu sentiasa menjadi bualan
Antara kita,
Antara mereka

KANSER
Kedatanganmu dalam diriku tanpa diundang
Tidak ada kiriman kad jemputan buatmu
Tapi, kau datang dan tetap datang
Tidak lewat sesaat, seminit atau sejam pun
Hadirnya mu padaku adalah satu rahmat
Kau dekatkan aku pada Illahi
Kau eratkan silaturrahim antara...
Suami dengan isteri
Ibu dengan anak
Saudara mara serta sahabat handai
Kau suntikkan semangat dan kekuatan pada diriku
Untuk melawan onak dan duri
Untuk menghadapi segala rintangan
Dengan tabah, cekal, berani dan tawakal

KANSER,
Kehadiranmu memberi peluang kedua kepada ku,
Kehadiranmu memberi pelbagai isyarat
Untuk sujud kepada Yang Maha Esa
Untuk berbahagia bersama keluarga
Untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan negara

KANSER,
Apapun jua wajahmu KANSER
Aku tetap bersyukur, bersyukur dan bersyukur
Kerana kehadiranmu membawa aku
Bertemu dengan ramai rakan dan taulan
Dalam dewan yang serba indah ini.

Hasil nukilan: Hjh. Rokiah Bte Abdullah - 21 April 2012

1 comment:

  1. Assalamualaikum... Saya mumtaz mohd bohari...boleh pggil sy mum...umur bru 24 thn..sy disahkn kanser payudara prgkat 1...dan baru saja mnjalani pmbedahan lumpektomi di hosp.sultan ismail...hati sy ni kdg kuat..kdg lemah...kuage n kwn2 byk bg sokongn...dgn mmbaca blig puan...sy mndapat inspirasi...trima kasih krn sudi berkongsi kisah puan...hrp usaha ini brterusan... =)

    ReplyDelete