Saturday, April 21, 2012

Sajak bertajuk KANSER

Entah kenapa tiba-tiba malam kelmarin perasaan saya meronta-ronta seolah-olah meminta saya untuk menulis sebuah sajak.Sudah lama saya tidak menulis atau membaca sajak.Kali terakhir saya deklamasi sajak adalah pada tahun 2004 di dalam satu majlis perpisahan di Johor Bahru.

Setelah menulis sajak ini dengan sempurnanya semalam, saya cuba mencari ruang untuk mendeklamsi sajak ini pada malam ini dalam satu majlis Fund Raising Dinner di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia anjuran UPM dengan Persatuan Kanser kami (KanWork). Selepas merisik kabar, nampaknya tidak ada harapan kerana acara oleh kanser survivors sangat padat dan juga kerana saya maklum pada pehak penganjur pada last minute.Tak apa lah. Nanti jika ada rezeki boleh deklamasi di platform lain.



Berikut, saya perturunkan sajak tersebut untuk tatapan para pembaca blog ini.

KANSER,
Namamu terkenal di seluruh pelusuk dunia
Kau sentiasa digeruni, ditakuti dan menjadi mimpi ngeri
Kerana,
Namamu sinonim dengan kehadiran maut
Kau datang dalam pelbagai wajah
Kau serang tanpa mengenal usia, tua atau muda
Namamu sentiasa menjadi bualan
Antara kita,
Antara mereka

KANSER
Kedatanganmu dalam diriku tanpa diundang
Tidak ada kiriman kad jemputan buatmu
Tapi, kau datang dan tetap datang
Tidak lewat sesaat, seminit atau sejam pun
Hadirnya mu padaku adalah satu rahmat
Kau dekatkan aku pada Illahi
Kau eratkan silaturrahim antara...
Suami dengan isteri
Ibu dengan anak
Saudara mara serta sahabat handai
Kau suntikkan semangat dan kekuatan pada diriku
Untuk melawan onak dan duri
Untuk menghadapi segala rintangan
Dengan tabah, cekal, berani dan tawakal

KANSER,
Kehadiranmu memberi peluang kedua kepada ku,
Kehadiranmu memberi pelbagai isyarat
Untuk sujud kepada Yang Maha Esa
Untuk berbahagia bersama keluarga
Untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan negara

KANSER,
Apapun jua wajahmu KANSER
Aku tetap bersyukur, bersyukur dan bersyukur
Kerana kehadiranmu membawa aku
Bertemu dengan ramai rakan dan taulan
Dalam dewan yang serba indah ini.

Hasil nukilan: Hjh. Rokiah Bte Abdullah - 21 April 2012

Thursday, April 5, 2012

Buah Pokok Menjalar

Buah Pokok Menjalar

Malam tadi suami saya maklumkan bahawa isteri jiran kami di taman DS yang mengidap sakit kanser telah masuk hospital Putrajaya (PJ). Memandangkan waktu sudah malam saya berjanji kepada suami akan menziarahi Puan Nor pada esok hari. Tepat jam 1.00 tengahari 5 April 2012 yang kebetulan merupakan waktu rehat pejabat, saya bergegas ke hospital PJ untuk memenuhi janji saya iaitu menziarahi Puan Nor.Dalam cuaca panas terik saya memohon kepada Allah semoga ada tempat parking kereta dan memudahkan urusan yang baik ini. Alhamdulillah ada tempat letak kereta dan pejabat saya ke hospital tersebut tidak jauh, lebih kurang 10 minit perjalanan.

Semasa di pejabat saya telah bertanya kepada kawan-kawan apa yang perlu saya bawa sebagai buah tangan sebab saya difahamkan yang Puan Nor makan melalui tuib. Seorang kawan mencadangkan supaya beri duit sahaja supaya bolehlah pesakit menggunakan untuk membeli apa-apa keperluan. Betul juga cadangan tersebut dan tidak perlulah saya pening kepala mencari-cari lagi buah tangan lain.

Sampai di kaunter wad tersebut saya mengajukan pertanyaan kepada jururawat yang bertugas tentang kedudukan bilik pesakit ini sebab suami saya hanya beritahu pesakit ini berada di wad 3B tapi tak diberitahu nombor katil/bilik. Pada waktu itu saya betul-betul lupa nama pesakit ini dan hanya ingat nama suaminya. Jururawat tersebut berasa pelik sebab saya maklumkan bahawa saya hendak melawat jiran saya tapi tak tahu namanya.Selepas menjelaskan nama suami pesakit dan tempat tinggal kami, barulah beliau menunjukkan bilik berkenaan. Malu betul saya sebab lupa nama jiran.

Saya terus menuju ke katil Puan Nor dan mendapati beliau sedang berbaring dan beg makanan/cecair tergantung disebelahnya.Bicara dimulakan dengan menanya kabar dan sejak bila beliau berada di wad. Rupa-rupanya Puan Nor telah 18 hari berada di wad ini. Saya amat berhati-hai untuk berkata sesuatu apabila ziarah pesakit kerana takut akan menyinggung perasaannya. Tiba-tiba teringat saya pada tahun 2008 semasa Puan Nor dan suami datang ke rumah menziarah saya yang baru menjalani rawatan kimoterapi. Waktu itu beliau sihat, ceria dan mendoakan supaya saya cepat sembuh. Hari ini pula saya menasihatkan Puan Nor supaya tabah dan cepat sihat. Itulah dikatakan takdir. Kita merancang dan Allah menentukan segala-galanya. Setiap dugaan dari Allah sudah pastinya ada hikmah.

Teringat saya pada sebuah artikel dari akhbar the Star yang saya baca semalam. Tajuknya very interesting iaitu,
Handling life's many problems - Be alert and open, then you'll get the solution oleh corporate guru.Pada saya yang menariknya ialah mengikut penulis; Human beings biggest problem is not "outer space" but "inner space". People fail to count blessings but count problems. If you look into people's life, you will not get surprised at what people suffer but what people miss.One has to learn the art of seeing opportunity in a difficult situation and not a difficulty in an opportunity.This is creating inner space.....One has to understand this clearly - Problems are inevitable but suffering is optional...What is more important is how do we approach a problem?...If one can be alert, then one will operate with commitment more than complaint...Ineffective people approach a problem with worry, with anxiety, with fear and that adds to the problem.But if one is alert to the problem, open to the problem then in that alertness is stillness and in that stillness ones deeper intelligence will flow....One can approach a problem wisely or foolishly.To approach a problem wisely involves one being open, alert and have fun with the problem. One has to learn to enjoy the problem, learn to date with the problem. One has to learn to fill thrilled with the problem. if one enjoys the problem, then one will be bigger than the problem or else the problem will be bigger than you. Inilah yang saya hendak kongsi, yang saya pelajari bila saya mengalami sakit kanser. Lihatlah sesuatu itu secara positif. Allah sayang pada makhluknya dan apa yang diduga sudah pasti ada hikmahnya. Saya lihat pada diri saya. Bagaimana saya enjoy cuti kanser dua tahun bergaji penuh walaupun terpaksa menjalani rawatan-rawatan yang menduga ketabahan saya. Dalam dua tahun macam-macam saya dapat lakukan. Belajar semula mengaji Quran,ikut kumpulan usrah dan yaassin, dengar ceramah-ceramah agama/motivasi, tulis blog, jadi sukarelawan membantu pesakit kanser lain, buat jualan amal untuk isi tabung persatuan kanser (KanWork), berkebun dan banyak lagi. Sakit memang sakit tetapi dalam sakit itu bagaimana kita manafaatkannya. Begitu juga jika dalam kereta, jika suami saya memandu, waktu itulah saya gunakan untuk menjawab sms, buat catitan-catitan untuk tulis blog atau senaraikan untuk membelibelah. Jika saya sendiri memandu, semasa berhenti kerana lampu isyarat merah, saya akan pakai stokin jika tak sempat nak pakai di rumah, minum oats yang saya bawa bekal untuk ke pejabat, menikmati kejadian Allah seperti keindahan pokok-pokok di Putrajaya. Cubalah lihat the brighter side of life and you will enjoy it.

Setelah kira-kira 10 minit berada disitu, suami Puan Nor pun muncul dengan membawa buah-buahan yang telah dipotong untuk isterinya. Betapa bertuahnya isteri mendapat suami yang supportive dan understanding kerana dalam masa sakitlah pesakit memerlukan perhatian dan sokongan. Selalunya, masa sakitlah dapat layanan first class. Suami layan, anak ambil berat, saudara mara dan jiran ziarah untuk ambil tahu. Memandangkan Puan Nor hendak ke tandas, suaminya pun menutup tiup makanan/cecair dan menolak tiang tersebut bersama ke dalam tandas. Saya rasa sungguh terharu dan tiba-tiba teringat saya pada suami saya yang dulunya juga membantu saya ke tandas.

Maklumlah, hospital PJ ini penuh dengan nostalgia buat saya. Disinilah saya di diagnose sakit kanser dan di sinilah saya menjalani pembedahan/mastectomy, pembedahan pasang pod, masuk wad kerana ada batu dalam hempedu, menunggu isteri anak saudara saya bersalin sehingga jam 3 pagi, jaga abang ipar sakit, ziarah kawan-kawan sakit dan banyak lagi peristiwa menarik dan mengusik kalbu.

Semasa Puan Nor berada di dalam tandas, saya mohon suaminya (En. R) supaya tabah dan terus memberi sokongan pada isterinya. Maklumlah, orang sakit amat sensitif
kerana sakit dan menahan sakit. Tapi, sejak saya kenal En. R, beliau memang seorang yang tabah, penyabar, tenang dan kaki ke surau. Kadangkala pada waktu petang/pagi saya nampak En. R berjogging di Taman perumahan kami dan saya akan menanyakan tentang keadaan isteri beliau.

Kami meneruskan perbualan dan Puan Nor menunjukkan tempat pembedahan di perut beliau yang sekarang ada lubang yang mengeluarkan air dari usus kecil ke dalam beg plastik. Puan Nor sebenarnya baru menjalani pembedahan memotong usus kecil yang telah dijangkiti oleh tumor tersebut. Malangnya tempat pembedahan tersebut tidak pulih sepenuhnya kerana terdapat lubang yang mengalirkan air keluar dari usus tersebut. Melihat begitu keadaannya, saya mencadangkan supaya Puan Nor banyak makan buah-buahan terutamanya buah anggur/grapes yang kaya dengan vitamin C dan anti-oksidan.
Terperanjat saya apabila puan Nor memaklumkan bahawa ibunya tidak benarkan beliau memakan buah dari pokok menjalar.(buah anggur). Pening saya sekejap memikirkan logik dan perhubungan antara buah dari pokok menjalar(grapes) dan sakit kanser/tumor. Apa pertalian dan kaitannya? Entahlah, sebab orang-orang dulu banyak pantang larangnya tapi biarlah ada logiknya.

Balik rumah saya cuba cari maklumat dari internet dan belum dapat maklumat yang mengaitkan makan grapes dengan penyakit kanser. Tak puas hati, saya cuba buka buku Eat Right For Your Type oleh Dr. Peter J.D'Adamo. Tak jumpa juga kaitan makan anggur dengan sakit kanser. Sebagai anak dan untuk menghormati ibu, apa yang Puan Nor buat tu tak salah. Nasihat saya, cuba cari maklumat dan jika buah anggur itu baik untuk kesihatan, makanlah tapi jangan makan depan ibu yang dikasihi. Hati ibu perlu dijaga kerana doa ibu adalah mustajab. Fikir-fikirkanlah...